Pelakon dan pengacara, Nabila Huda menzahirkan rasa kagum saat menyaksikan aktor, Beto Kusyairy melakonkan adegan mengerikan tanpa penglibatan daripada para ‘stuntman’.
Adegan tersebut memperlihatkan Beto sedang bergelut dengan api yang sangat marak di seluruh tubuhnya.
Menurut Nabila, aksi yang ditunjukkan oleh Beto itu sememangnya wajar diberikan pujian kerana menyifatkan tindakan tersebut memerlukan keberanian yang sangat tinggi.
“This is @beto_kusyairy everyone. He buat stunt sendiri ok!! Fuhhh Standing ovation!!Ni baru real ahhh!
“I’m so proud of you Bet. Team stunt pun power jugak! Uncle Razid, Hafiz and crew,” tulisnya.
Ads
Video berdurasi hampir 20 saat itu dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Melodi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Nabila turut memuji para ‘stunt team’ yang mengendalikan adegan tersebut dengan baik tanpa sebarang komplikasi.
Aksi ngeri yang ditunjukkan oleh Beto itu nyata mengejutkan hati ramai pihak.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa kagum selain turut menyatakan rasa tidak sabar untuk menyaksikan karya baharu daripada Beto itu.
“Uishh, Beto Kusyairy ni dah level lain ni. Gila lah,” komen Zahiril Adzim.
Ads
“Wow wow wow, Beto Kusyairy. I knew you were of a different level but this is of a different kind all together. Ini luar biasa,” balas Catriona Ross.
“Uishh, terbaiklah Beto Kusyairy. Gila Daring,” kata Shah Iskandar.
“My respect for Beto,” tulis Pekin Ibrahim.
Terdahulu, adengan ditunjukkan oleh Beto itu merupakan salah satu babak di dalam drama terbarunya yang berjudul Halimun yang turut menampilkan pelakon seperti Nabila Huda, Kodi Rasheed dan Harun Hashim.
Sumber: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Intan Ladyana mengakui rasa berdebar untuk disatukan sebagai suami isteri bersama pasangannya, Harris Alif yang dijadualkan bakal berlangsung Jumaat ini.
Hampir setahun menjalinkan hubungan, majlis akad nikah bintang drama Bougainvillea itu bakal dijalankan di pejabat Agama Islam dengan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.
Perkara tersebut adalah sebagai mematuhi SOP yang ditetapkan menerusi syarat pernikahan sepanjang musim Covid-19 ini.
“Jika tiada aral saya dan Harris akan bernikah minggu ini. Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cumanya dalam keadaan sekarang ini, contohnya dengan kes covid 19 makin meningkat setiap hari.
“Jadi agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.
“Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar. Insya-Allah, doakan kami berdua,” katanya bakal menyarungkan busana perkahwinan rekaan, Dato Ruiffai.
Meski sibuk dengan persiapan menjelang detik bergelar raja sehari, Intan masih berkesempatan melakukan satu usaha murni, iaitu menghulurkan sumbangan kepada komuniti ibu tunggal yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Inisiatif tersebut dilakukan Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, sebagai tanda menzahirkan rasa syukur di atas pelantikan beliau sebagai duta produk kesihatan dan kecantikan, Seri Lady.
“Dalam rezeki saya ada rezeki orang lain. Siapa sangka dalam kesibukan kerja dan membuat persiapan perkahwinan, saya dilamar pula menjadi duta produk Seri Lady.
“Jadi saya terfikir apa salahnya jika saya infaqkan sedikit rezeki yang Allah SWT beri untuk dikongsi bersama golongan yang memerlukan. Semoga kehidupan dan perkahwinan saya memperoleh keberkatan. Amin.
“Inilah yang membuatkan saya dan pihak Seri Lady terpanggil untuk memberi sumbangan berupa produk dan wang tunai untuk komuniti ibu tunggal yang terpilih. Mereka ini antara yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Saya sendiri dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Saya nampak macam mana ibu saya struggle untuk membesarkan kami tiga beradik. Bagaimana ibu bahagikan masa untuk keluarga dan pada masa sama bekerja demi kelangsungan hidup.
“Jadi saya faham masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan ibu tunggal. Dikesempatan ini saya cuba untuk membantu mereka sedikit sebanyak yang saya mampu,” katanya.
Intan turut meluahkan rasa terharunya apabila pihak Seri Lady, bukan saja mempercayainya untuk menggalas tugas sebagai duta kepada jenama berkenaan, malah amat mendukung usahanya untuk sama-sama menjayakan majlis Kunjungan Silaturahim Seri Lady dan Duta Intan Ladyana Menyantuni Ibu Tunggal.
Menurut Pengasas Seri Lady, Puan Juzailah Shariff, jasa ibunya membesarkan dia dan adik-beradik sehingga mencapai ke tahap hari ini tanpa figura seorang ayah di sisi tidak mampu di balas dengan wang ringgit.
“Sama seperti Intan, saya nampak kepayahan Ummi saya membesarkan kami adik-beradik yang lain tanpa seorang suami di sisi. Kehidupan yang lebih baik kami miliki hari ini, segalanya adalah atas usaha dan pengorbanan ummi.
“Kalau bukan kerana virus Covid-19 pun, kehidupan ibu tunggal sememangnya sudah cukup mencabar dalam memegang peranan ibu dan ayah untuk membesarkan anak-anak. Apa lagi dalam keadaan sekarang ini, hilang punca pendapatan. Justeru itu kami amat berbesar hati dapat memberi sedikit sumbangan kepada mereka.
“Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Intan diatas perlantikan sebagai duta Seri Lady. Orangnya cantik, personaliti juga menyenangkan dan bebas gosip, membuatkan saya yakin Intan mampu menggalas tugas beliau dengan baik,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nazrief Nazri kini bergelar suami kepada model hijab Aizatul Aqma Hamdan dengan sekali lafaz.
Pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan di Seavoy House, Titiwangsa, jam 6.10 petang pada Jumaat.
Nazrief yang berusia 28 dan isterinya yang berusia 25 tahun itu selamat dinikahkan jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM15,000 selain menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas lima daripada pihak perempuan.
Memetik Harian Metro, bekas finalis Hero Remaja itu merakamkan rasa syukur kerana majlis nikahnya berjalan lancar hari ini.
“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.
“Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Nazrief juga menghantar rombongan merisik Aizatul pada 30 Jun tahun lalu.
Sebut sahaja jenama Duck, pasti terbayangkan warna ungu yang menjadi trademark jenama itu. Malah, umum sedia maklum bahawa pengasas disebalik jenama gah ini merupakan figura yang sememangnya dikenali ramai.
Kejayaan pemilik nama Vivy Sofinas Yusof, atau lebih mesra disapa sebagai Vivy yang berjaya menempa nama sebagai usahawan pada usia 28 tahun sememangnya cukup membanggakan rakyat Malaysia dan wajar dijadikan sumber inspirasi.
Anak kelahiran Kajang ini merupakan pengasas bersama FashionValet, salah satu laman sesawang dalam talian yang menawarkan pelbagai label popular. Kejayaan yang diraih wanita muda ini bukanlah mudah yang disangka.
Mula Berjinak Di Alam Perniagaan Di Usia Muda 28 Tahun!
Vivy bermula dengan menulis di blognya sendiri, Proudduck.com dan telah mengelola laman blognya lebih tujuh tahun bermula dari zaman kolej ketika belajar di London.
Menerusi Blog itu, Vivy banyak bercerita mengenai kisah cinta, kerjaya, keluarga dan kini kehidupan hariannya sebagai seorang ibu. Ramai follower yang mengikut blognya dan dari situ Vivy mula mengumpul peminat tersendiri.
“Sebenarnya Vivy tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan mahupun fesyen. Vivy mengambil jurusan undang-undang dari London, ‘School Of Economics’, manakala Fadzaruddin (suami Vivy) pula lulusan kejuruteraan penerbangan angkasa.
“Pada awalnya, FashionValet mula beroperasi sejak bulan November 2010 dengan hanya 10 jenama tempatan sahaja yang mengambil bahagian. Kini, Vivy dan suami mempunyai 30 orang pekerja dan stok barangan lebih dari 400 jenama dari serata Asia Tenggara,” ujar wanita kecil molek anak kelahiran Kajang ini.
Sekadar info, FashionValet menawarkan pelbagai pakaian fesyen dan aksesori dari pereka karya seni tempatan dan luar negara seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk Till Dawn dan banyak lagi.
Meskipun harga produk yang dijual di FashionValet agak mahal, tetapi menurut Vivy mereka berpegang kepada prinsip menyediakan produk yang berkualiti kepada pelanggan.
Itulah keistimewaan Vivy Yusof yang kini menjadi ikon fesyen. Mempunyai followers di laman instagramnya berjumlah 1.8 juta dan apa sahaja yang digayakan Vivy akan menjadi ikutan serta sorotan warganet.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, Vivy tetap menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada keluarganya. Pelbagai kejayaan ditempa dan menjadi inspirasi kepada hijabi di luar sana yang mengangkat Vivy sebagai idola mereka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!