Wakil Filipina, Alexie Brooks, berjaya mengharumkan nama negaranya apabila dinobatkan sebagai Miss Eco International 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung di AlZahraa Ballroom, Hilton Green Plaza, di sini semalam (20 April waktu Malaysia).

Dengan penuh keanggunan dan semangat jati diri, Alexie menewaskan barisan peserta dari seluruh dunia untuk menggondol mahkota kemenangan.

Sepanjang pertandingan, beliau menyerlah sebagai antara peserta paling menonjol menerusi gaya persembahan yang memukau, penampilan meyakinkan serta komitmen terhadap advokasi alam sekitar.

Ketika sesi soal jawab, beliau diajukan soalan yang berbunyi, “Bayangkan dunia pada tahun 2050. Apakah satu perkara yang anda harap telah berubah?”

Tanpa kekok, ratu cantik berusia 24 tahun itu memberikan jawapan penuh semangat yang mencuri perhatian juri dan penonton.

Ads

BACA JUGA: 10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

“Jika saya perlu bersikap realistik, perubahan iklim sedang menjejaskan dunia kita ketika ini. Dan satu-satunya jalan ialah kita perlu bertindak sekarang.

Tuan-tuan dan puan-puan, kita semua datang dari negara berbeza, namun kita berkongsi ibu yang sama iaitu Bumi. Ibu kita kini sedang merayu pertolongan. Maka, kita wajib menyelamatkan dan menjaga Ibu Bumi kita,” ujarnya.

Ads

Jawapan itu disambut sorakan gemuruh hadirin dan melayakkannya dinobatkan sebagai juara, sekali gus menambah satu lagi kejayaan bermakna buat Filipina di pentas ratu cantik antarabangsa.

Kemenangan Alexie menyambung legasi cemerlang Filipina dalam pertandingan Miss Eco International selepas kejayaan Cynthia Thomalla (2018) dan Kathleen Paton (2022) yang turut dinobatkan juara, serta kedudukan naib juara pertama yang pernah diraih oleh Maureen Montagne (2019), Kelley Day (2021) dan Chantal Schmidt (2024).

Ads

Selain Alexie yang bergelar juara untuk edisi 2025, wakil Indonesia Yuliana Fitriani bergelar naib johan. Tahun ini Malaysia tidak menghantar wakil biarpun pernah bergelar juara bagi edisi 2019.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI