Zaman yang dah serba moden ni istilah ‘perigi cari timba’ bukanlah sesuatu yang pelik dan luar jangkaan.

Ramai wanita sekarang yang semakin berani meluahkan rasa hati kepada lelaki pujaan hati mereka malah ada juga yang berani meluahkan hasrat ingin mencari jodoh secara terbuka.

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang seorang wanita cantik yang meluahkan perasaannya ingin mecari jodoh melalui akuan Twitternya.

“Looking for boyfriend all over the world, I’m 32, I ‘m still single, I don’t know where my other half is , or there isn’t such person . I just want to live a normal life . Single is too bad!,” tulis wanita tersebut yang menggunakan nama @TheAnugerah.

Gadis ‘Perigi’ Mencari ‘Timba’ Viral Di Twitter, Korang Berani Buat Benda Yang Sama?

Nampaknya tweet daripada wanita berusia 32 tahun ini mendapat lebih daripada 5,000 retweet dan likes melebihi 4,500 like.

Ads

Ramai juga nampaknya kaum adam yang memberi respon terhadap tweet wanita ini untuk mencuba nasib.

Asyraaf Suhaimi: I’m single too and it’s bad. Too bad. I think we better be together! ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Ads

Elmi: Assalamualaikum. Hi. Kebetulan, saya pun sedang mencari.

Nazri: Salam, boleh try dgn @ikmal_ilias ni. Hensem, sado, kelakar + ada lesung pipit. Pakar dlm kejuruteraan mekanik dan juga merupakan bakal jurutera rumah tangga awak

Ads

Aduh lucu betul MH baca respon daripada para lelaki yang mencuba nasib ni. Mungkin ada yang sekadar bergurau dan mungkin juga ada yang benar-benar ingin berkenalan.

Apapun MH doakan yang terbaik buat wanita ini. Semoga dia bertemu dengan pasangan hidupnya tidak lama lagi.

Apapun tindakan gadis ini memang sempoi habis!

Sumber: Twitter @TheAnugerah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI