Siapa yang tidak kenal dengan Christy Ng, seorang pereka kasut tempatan. Baru-baru ini namanya sering menjadi sebutan ramai gara-gara isu salah faham yang terjadi melibatkan seorang pelajar praktikal.

Isu menjadi keruh apabila kisahnya ini menjadi viral dan ‘pergaduhan’ mereka diketahui oleh orang ramai apabila gadis yang menjadi mangsa di kenali sebagai Azlin Nur Ain meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap cara pereka kasut ini mengerah tenaganya.

Gadis Praktikal Dakwa Dirinya Dibuli, Diberi Kerja Berat Oleh Sebuah Butik Pereka Kasut Terkenal!

Azlin menulis panjang tentang apa yang terjadi memberitahu dia telah dibuli oleh majikannya dengan mengangkat kotak, mempunyai waktu rehat yang tidak menentu dan disuruh menjadi jurujual berbeza dengan syarat berkerja yang diberikan sebelum ini.

Melalui perkongsiannya Azlin memberitahu dia telah ditawarkan peluang dengan jawatan sebagau ‘business admin’, malah dia turut dimaklumkan hanya dibenarkan cuti pada hari Ahad, baginya itu tidak menjadi masalah asalkan mempunyai sedikit waktu bersama keluarga.

Namun apabila masuk kerja, apa yang dilakukannya tidak sama seperti business admin.

“Pergi Interview as Business Admin and bagitahu I boleh cuti setiap hari ahad. Okay Im okay with that I don’t mind, at least I ada time to spend with my family.

 

“Masuk kerja, tak aada apa pun kena mengena dengan business admin. Dahla lunch hour tak tetap, makan pun selalunya pukul 3-4 petang.

 

“Ada sesekali tu I lunch around 4.30. Ada la dua kali dapat makan pukul 2 tu pun kalau nasib baik la.”

Malah Azlin turut memberitahu selepas minggu pertama dia tidak dibenarkan untuk cuti sabtu ahad dan cuti umum. Sebaliknya hanya dibenarkan cuti pada hari Khamis.

Ads

“Kerja dekat sana mostly angkat kotak yang besar-besar tu. Masukkan kotak kasut dalam parcel. Scan kotak kasut untuk data online website, tampal sticker dekat kotak kasut yang baru,” jelasnya.

Tambahnya lagi dirinya telah rasa tertipu apabila majikannya itu menyuruhnya untuk menjual kasut. Kerana tidak punyai sebarang pengalaman dijerit terlalu perlahan dan pernah dimalukan di hadapan pelangan.

Akibat terlalu bekerja keras, Azlin telah mengambil MC kerana sakit belakang dan pinggang dan sering cramps di bahagian kaki kanan.

Namun majikan tersebut telah menghantar mesej melalui aplikasi whatsapp memerlinya untuk berhenti kerja jika tiada jiwa untuk berkerja..

Gadis Praktikal Dakwa Dirinya Dibuli, Diberi Kerja Berat Oleh Sebuah Butik Pereka Kasut Terkenal! Gadis Praktikal Dakwa Dirinya Dibuli, Diberi Kerja Berat Oleh Sebuah Butik Pereka Kasut Terkenal! Gadis Praktikal Dakwa Dirinya Dibuli, Diberi Kerja Berat Oleh Sebuah Butik Pereka Kasut Terkenal! Gadis Praktikal Dakwa Dirinya Dibuli, Diberi Kerja Berat Oleh Sebuah Butik Pereka Kasut Terkenal!

Perkongsiannya ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata tidak bersetuju dengan nasib yang menimpa gadis ini kerana diberhentikan.

Ads

Malah ada yang memberitahu pihak Christy tidak profesional dan agak tidak bertimbang rasa.

Gadis Praktikal Dakwa Dirinya Dibuli, Diberi Kerja Berat Oleh Sebuah Butik Pereka Kasut Terkenal!

Bagaimanapun pihak Christy Ng telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi dan memperjelaskan apa yang terjadi sebenarnya.

  1. Azlin gagal menunjuk bukti surat MC daripada pihak klinik pada ketuanya dan ada yang kurang jelas.
  2. Oleh kerana Azlin ada memberitahu ibunya terpaksa mendukung / memapahnya ke klinik, pihak syarikat ada meminta Azlin untuk ke klinik melakukan imbasan x-ray sebagai tanggungjawab mereka untuk memastikan kesihatan pekerjanya namun ditolak oleh Azlin
  3. Menurut laporan ketua, tiada memberi arahan untuk dia mengangkat kotak yang terlalu berat kerana mereka mempunyai pekerja yang boleh diharapkan.
  4. Mengenai perlu pack semua barangan, itu merupakan budaya kerja yang normal di syarikat tersebut kerana semua orang perlu berkerjasama tidak kira apa sahaja jawatan terutamanya apabila waktu genting dan memerlukan pertolongan dan telah dimaklumkan padanya sebelum ini.
  5. Pada sekian tarikh, Azlin ada hadir lambat dan sukar memberi kerjasama pada rakan kerja serta sering memberi alasan apabila diberi tugasan padanya.

Gadis Praktikal Dakwa Dirinya Dibuli, Diberi Kerja Berat Oleh Sebuah Butik Pereka Kasut Terkenal! Gadis Praktikal Dakwa Dirinya Dibuli, Diberi Kerja Berat Oleh Sebuah Butik Pereka Kasut Terkenal!

Ads

Bagaimanapun penjelasan ini mendapat pelbagai respon dari warga twitter dan rata-rata meminta pihak Chirsty membayar gadis tersebut dengan bayaran yang setimpal.

Malah, ramai juga menegur Chirsty berisiko dikenakan tindakan akta PDPA kerana menyebarkan nombor IC dan maklumat sulit pekerja kepada pengetahuan umum

Terkini, sejak kisahnya menjadi viral. Akuan gadis ini seperti sudah tidak wujud mungkin kerana tidak mahu memanjangkan cerita.

Apapun MH harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik biat kedua-dua pihak.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI