Baru-baru ini MH ada terlihat satu video yang agak pelik tentang seorang gadis di media sosial Memang ngeri melihatnya kelainan upayanya.
Jika orang kaitkan lidah bercabang dua dengan perumpamaan seorang yang suka menipu, lain ceritanya dengan kebolehan gadis ini. Jangan terkejut, dia mampu memintal lidahnya yang bercadang dua dan membuatkan orang ramai ternganga melihat perbezaannya dengan manusia yang lain.
Lucy McAllister seorang gadis yang dilahirkan normal dan cukup sifat yang merupakan warga Britain merupakan peminat aktiviti tindik dan tatu. Malah dirinya juga suka sesuatu yang extreme dan nekad untuk mempunyai lidah bercabang sehingga sanggup melakukan prosedur memotong bahagian tengah lidahnya untuk hasil seperti itu.
Menurut laporan Dailymail, ‘lidah terbelah’ melibatkan prosedur memotong bahagian tengah lidah dari bahagian depan sehingga menghampiri dasar lidah dan kebiasaannya, mereka yang menjalani ‘prosedur gila’ ini mengambil masa dua minggu atau lebih untuk sembuh dari luka pembedahan.
Selain itu, mereka juga akan mengalami kesukaran untuk bercakap, makan, dan minum sepanjang proses menyembuhan.
Melalui sebuah posting di Instagram miliknya, McAllister memberitahu kesakitan yang dialaminya selepas pembedahan tidak seteruk apabila makan atau minum.
“The pain afterwards during healing isn’t so much an issue but the lack of eating and drinking is hell.” Tulisnya di laman Instagram
Sungguhpun dia berpuas hati dengan apa yang telah dimilikinya, ramai yang tidak bersetuju dan memberi tomohan seperti McAllister seorang yang gila serta menyerupai setan.
Jom #MHBelanjaGambar untuk korang beberapa gambar McAllister.
Sumber : Dailymail
Photo : FB Lucy McAllister