“Gaji Diorang April-June Akan Jalan Macam Biasa,” – Perihatin Nasib Staf, Cara Altimet Urus Bisnes Terima Pujian

Share

Tidak dinafikan tempoh Parintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19 ini sedikit sebanyak menjejaskan banyak pihak, termasuk usahawan.

Bagaimanapun, penyanyi rap, Altimet menjelaskan dia tetap akan membayar gaji staf tetapnya seperti biasa tanpa membuat sebarang pemotongan.

“Settle bagitahu permanent staff company aku gaji diorang April-Jun akan jalan macam biasa.

Altimet yang kini sedang mengusahakan rangkaian restoran pizza miliknya memberi tahu bahawa dia akan berbincang bersama pemilik kedai tentang status sewa ruang niaganya itu.

“La ni nak nego dengan tuan sewa tempat

niaga pulak macam mana. Diskaun ke, moratorium ke, sewa naik ke,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Mambang itu di laman Twitter miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Altimet yang perihatin terhadap para pekerjanya selain turut mendoakan agar segala urusan bisnesnya dipermudahkan.

Sumber: Twitter Altimet 

Published by
Aizam Manaf