Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti telah memuat naik foto arwah ayahnya, Taruddin Ismail di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, penyanyi lagu Anta Permana itu mengimbau kenangan saat berjenaka dengan Allahyarham.
“Al fatihah buat Ayahnda tercinta ..
“Arwah abah pernah bergurau dengan saya. katanya, kalau orang tanya macamana suara Ct sedap? bagitau depa sebab Ct selalu makan ikan abah pancing.
Ads
“Itulah Arwah Abah, insan yang suka bergurau ..,” kongsinya.
Dalam pada itu, Tok Ti turut berkongsi cerita situasinya sekeluarga tak lama dulu.
Ads
“Tapi sememangnya betul, lauk saya makan dulu, kebanyakkannya memang ikan yang arwah abah pancing. Itulah rezeki untuk anak anak.
“Nak makan ayam atau daging tunggu dapat gaji , baru boleh enjoy lebih skit. Gaji Rm 700 untuk 7 anak bersama isteri tercinta.
Ads
“Tapi bila bersyukur, Allah swt bagi lebih.. itu menjadi pegangan saya .. Bersyukur, Bersyukur & Bersyukur….,”tulisnya.
Menanti detik bergelar ibu pada usia muda, pelakon Elfira Loy kini dalam proses menyediakan ruang bilik tidur untuk cahaya mata sulungnya itu.
Kongsi Elfira, dia amat teruja untuk menyediakan keperluan diri sendiri dan keperluan anak yang bakal dilahirkan pada Oktober ini.
“Lagi dua bulan!! Tapi saya tak sediakan apa-apa lagi. Apa-apa pun, saya sangat excited!.
“Saya begitu teruja untuk menyediakan bilik nurseri, membeli keperluan untuk bayi, untuk diri sendiri agar semuanya teratur.
“Tetapi saya perlukan rancangan supaya saya tak stress. haha.
“Rancangan saya adalah untuk melabel setiap compartments, membeli barangan tersebut dan meyediakan ruang bagi setiap benda.
“Saya juga perlu banyak membaca mengenai kehamilan, penyusuan & segalanya tentang bayi.
“Bagaimana pula dengan pengalaman anda? Apa perkara yang membuatkan korang rasa dah lengkap, tapi lepas dah beranak baru mcm “ohh saya lupa tentang ini, saya lupa tentang itu”. Kongsikan dengan saya supaya saya tidak melakukan kesalahan yang sama. Hehe. Terima kasih!,” tulis bintang Kum Kum ini.
Menghiburkan! Itu yang dapat dirumuskan sejurus menonton Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jumaat.
Dalam konsert yang berdurasi hampir tiga jam itu, U.K’s mempersembahkan seleksi 20 buah lagu hits kumpulan itu sekaligus mengubati rindu peminat setia mereka.
Konsert yang dihadiri lebih 1,000 peminat itu dibarisi line up U.K’s iaitu Amir selaku penyanyi, Denil (gitar), Olley (bass) dan Amirul (dram).
Konsert bermula sekitar pukul 8.45 malam dengan segmen pertama mempersembahkan lagu Kau Satu-Satunya, medley lagu (Kembali Mencari, Membara, Berkat Kasihmu) dan Di Luar Kemampuanku.
Selain itu, Rondo Cinta Buta, Cintaku, Berkat Kasihmu, Rhythm Si Jantung Hati, Kekasihku Di Menara, Pahit Akan Manis Akhirnya, medley (Untuk Apa, Balada Ani).
Lagu-lagu untuk segmen kedua pula Seksa, Sesak, medley (Kekasihku, Sebak, Gemak Kasih Sepanjang Usia) dan Kita Sama Sahaja (duet bersama Saari Amri).
Persembahan diteruskan dengan lagu medley (Terasa, Tergamak Kau, Bila Diri Disayangi), medley (Nafas Orang Kota, Prosarasa), medley (Satu Lilin Sehening Malam, Sudah Tiada Tunasnya), Kita Akan Dijemput dan Siapa Yang Rampas Cintamu.
Konsert U.K’s sepatutnya berakhir dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu namun atas permintaan dan sorakan peminat, kumpulan itu memilih untuk menyampaikan lagu terakhir berjudul Benar-Benar Sungguh-Sungguh.
Dalam pada itu, Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad Yusof memberitahu U.K’s mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert di Indonesia dan Singapura selepas ini.
“Sebenarnya kami bukan tamat pada malam ini tapi akan lebarkan sayap ke Indonesia dan Singapura. Dengan sokongan yang kami harapkan agar selepas ni hajat dihati terlaksana.
“Tak terucap, sambutan peminat yang masih hafal lagu U.K’s, malah saya rasa lirik lagu melekat di hati peminat semua. Saya tak sangka lagu-lagu U.K’s boleh melekat lebih 20 tahun,” katanya.
Konsert U.K’s Reunion 25 tahun dibawakan oleh Mac Training Sdn Bhd bersama RCD Concepts Sdn Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Video yang merakamkan linangan air mata saat si anak menyaksikan ibunya membuat persembahan pada saingan kedua konsert Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) malam Ahad nyata menjentik hati ramai.
Momen anak kepada penyanyi, Ashira Aziz, Megat Shazril Haziq Hadi, 14 tahun dalam satu video berdurasi 21 saat yang dimuat naik kakak penyanyi itu, Shasha Aziz menerusi Twitter sebaik sahaja wanita tersebut mahu membuat persembahan mencuri perhatian.
Sudah tiga minggu tidak bertemu dengan anaknya yang kini di bawah jagaan sementara Shasha, ternyata emosi si anak tidak dapat dibendung apabila dia dilihat mengesat air mata kerana kala menonton persembahan ibu serta wajahnya yang terpapar.
Berkongsi mengenai perkara berkenaan, Ashira mengakui turut merindukan anak lelakinya itu namun terpaksa berjauhan demi memberi komitmen penuh terhadap program nyanyian realiti itu.
“Memang rindu sangat kepadanya tetapi apakan daya saya masih lagi berjuang dalam GV7.
“Saya menangis bila melihat video itu dimuat naik kakak, tidak terluah dengan kata-kata.
“Sekarang saya masih berjuang dalam rancangan ini. Insya-Allah apabila tamat nanti saya akan mencari rumah dan kami dapat duduk kembali bersama seperti dulu,” katanya.
Dalam pada itu, Ashira yang menyampaikan lagu Sempurna yang dipopularkan oleh Andra & The Back Bone menyifatkan lagu tersebut sebagai pembakar semangat buatnya dalam meneruskan hidup lebih sempurna selepas ini.
Meski berstatus ibu tunggal, dia tetap mahu mencari kesempurnaan untuk keluarga kecilnya itu dan menganggap Shazril adalah segala-gala buatnya.
“Doakan supaya saya kuat menempuh dugaan ini. Dalam keadaan berjauhan dengan anak, saya hanya minta agar dikuatkan hati sahaja,” tambahnya.
Terdahulu, Ashira diarahkan keluar dari rumah sewa beberapa bulan yang lalu. Dia yang kehilangan mata pencarian akibat impak pandemik19 terpaksa menempatkan anaknya di kediaman Sasha sementara dia pula menumpang di rumah kakak kelima, Sharifah Nur Azita.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!