Sukar diungkapkan apabila kehilangan insan bergelar bapa dalam hidup, lebih-lebih lagi pada usia yang cukup mentah.
Menurut perkongsian Anita Baharom, dia menggalas status anak yatim pada usia 12 tahun dan pada waktu itu, hidupnya terasa cukup sunyi.
Malah, selepas kematian bapa, orang di sekeliling mula menunjukkan perangai sebenar sehingga mencabar ketahanan mental dan fizikal.
“Assalamualaikum Abah .. nyawa Abah datang ziarah Abah ni.. pejam celik dah 24 tahun Abah tinggalkan Ita.. hmmmm Sempat laa Ita menggalas title anak yatim.. ? dr umur 12 tahun .mula2 sedih Abah.Tiba tiba Abah tak ada.Tiba tiba Ita jadi anak yatim..sunyi abah.
“Macam macam rintangan Ita kena hadap sementara tunggu nak besar..Masa Abah ada tak der sapa berani.. Abah tak ada jaa.. ramai jugak tunjuk taring. Kena laa Ita kuatkan semangat demi mempertahankan diri dr segi fizikal dan mental. Dasyat kan Abah! Ita tak pernah lupa apa cabaran yang Ita kena tempuh selepas Abah tinggalkan Ita ..Tak pernah Lupa!”
Kongsinya lagi, terlalu banyak detik istimewa yang dilalui bersama arwah bapa antaranya kejadian kereta ditimpa pokok.
“Sebelum Abah pergi selamanya beberapa minit sebelum di timpa pokok dek kerna angin yang kuat..Kita berdua dlm keta.. bersembang melawak.
“Masa tuu hujan.tiba2 Abah cakap.. “ haa dah jom dah sampai masa dah . Abah nak pi” (Sambil tengok jam) yaa abah memang nak pi..nak pi ambik barang2 kita di seberang jalan,tepi landasan keretapi untuk berniaga di Medan Selara Jam Besar Sg Petani. Tapi rupanya, Abah nak pi ketempat lain.Tempat yg abadi..
“Kita keluar kereta..Abah selimut Ita dengan tuala sebab hujan..takut Ita demam..Ita ingat lagi.. Ita cakap Ita nak ikut Abah..tapi dengan muka risau Abah mnghlang Ita ikut Abah..”Tak Bolehhh!! “abah cakap.Selalunya mana Abah Ita pegi Ita ikut jaa.”
Malah, bapanya pernah memeluknya secara tiba-tiba dan menangis sambil mengucapkan kata-kata sayang.
“Abah pernah menangis teresak2 sambil peluk Ita .. Abah cakap Abah sangat sayang kat Ita . Ita pelik jugak masa tuu,tp Ita layan jee Abah.. dalam hati sedih jugak, tapi Ita x paham masa tu.. rupanya tak berapa lama lepas tuu Abah tinggalkan Ita. .
“Kasih sayang Abah pada Ita tak akan Ita lupa sampai akhir hayat.Ita b’syukur..Ita tak ada dosa dgn abah.
“Ita janji dgn Abah dgn Izin Allah,Ita nak jadi anak yang solehah utk Abah.Ita nak Abah masuk Syurga.Ita cuba akan jaga pahala Ita untuk Abah suami anak2 lelaki Ita.
“Jangan kerana kelalaian dosa Ita ,Abah menanggung masuk neraka..Ita anak perempuan Abah..dosa Ita Abah dan suami yg tanggung. Ita x nak kita brgaduh saling slh mnyalahi di hari perbicaraan akhirat nanti. Sayang till jannah bukan sekadar ucapan tapi perbuatan di dunia ini. Utk bertemu di Syurga.InsyaAllah
Nyawa Abah-Anita Baharom
Baharom b Che Din 1943-1995 alfatihah,” kongsinya di laman Instagram.
Al-Fatihah buat yang telah pergi.
Foto : Instagram Anita Baharom