Episod akhir drama rantaian, Curi-Curi Cinta yang bakal siaran jam 10.00 malam ini menerusi slot MegaDrama di Astro Ria nyata bakal memberi kerinduan terhadap jalan cerita serta para pelakonnya di kalangan pencinta drama tempatan.
Rata-rata menerusi media sosial berkongsi rasa terhadap drama arahan YM Raja Ahmad Alauddin itu kerana bagi mereka, barisan pelakon memberikan kualiti lakonan terbaik hingga menusuk ke hati.
Selain Aiman Hakim dan Zahirah yang menjadi perhatian dek keberkesanan watak dibawa mereka, peranan yang dimainkan si ibu kepada Intan Raihana, Fauziah Nawi juga tidak boleh dipandang sepi.
Seperti biasa, kredibilitinya dalam lakonan sedia terbukti dan ternyata watak sebagai Mak Su, seorang ibu cekal yang cacat penglihatan dibawa cukup baik di tangan pelakon senior ini.
Menerusi Instagram miliknya, bintang yang sinonim disapa Ibu Fauziah ini ada berkongsi sedutan promo drama yang mencetuskan fenomena itu.
Lalu menjengah ke ruangan komen menerusi entri terkininya pula, rata-rata memberikan reaksi positif terhadap kualiti lakonan yang dibawa Ibu Fauziah.
Selain tiga bintang utama yang tersebut, barisan pelakon lain yang turut membantu menghidupkan jalan cerita drama ini ialah Talha Harith, Uyaina Arshad, Adam Lee dan ramai lagi. Tahniah buat semua team Curi-Curi Cinta!
Foto: Instagram Fauziah Nawi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi laman media Twitter, seorang individu ada berkongsi satu rakaman video yang merakamkan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti mendendangkan lagu.
Menariknya, rakaman video tersebut menyaksikan penyanyi lagu Anta Permana itu menyanyikan lagu Lamunan Hati nyanyian asal Wann.
Malah, individu tersebut memuji nyanyian lunak Tok Ti.
“Aku suka lahhh bile tok ti @CTNurhaliza11 bawak lagu #wan #gegarvaganza2019,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memberi pelbagai reaksi apabila menonton rakaman video tersebut.
Sekadar informasi, Wann antara salah seorang peserta yang telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6).
Pentas separuh akhir bakal berlangsung pada jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD, Ahad depan.
All the best buat peserta yang masih dalam saingan!
Video: Twitter Sh4fi9
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kisah perceraian di antara Anang Hermansyah dan Krisdayanti pada tahun 2009 menjadi kisah hangat industri hiburan Indonesia. Pasangan yang berkongsi hidup selama 13 tahun itu melangsungkan perkahwinan pada tahun 1996 dan dikurniakan dua cahaya mata, Titania Aurelie dan Azriel Akbar.
Berkongsi cerita menerusi saluran YouTube The Sungkars Family, setelah bercerai dengan Krisdayanti, Anang berpindah dan tinggal di rumah kedai. Ketika itu dia hanya memiliki wang pegangan sebanyak 10 juta rupiah atau kira-kira RM3’000 sahaja sedangkan bayaran rumah kedai yang didudukinya kepada bank pula bernilai RM12’000.
“Aku pindah ke rumah kedai duitku hanya ada 10 juta rupiah sahaja, sementara rumah kedai itu adalah hutang kepada bank. Aku perlu membayar 40 juta rupiah sebulan,” ujarnya.
Biarpun dihimpit kesusahan, lelaki berusia 52 tahun ini memberitahu yang dia tidak mungkin meminjam wang dari bekas isterinya. Ucapnya, “Wow, ini gila Rp 10 juta, saya harus menanggung kedai ini dengan harga Rp 40 juta sebulan ‘. Tidak mungkin saya boleh bertanya kepada ibu mereka, bukan?”
Setelah jatuh disebabkan perceraian itu, Anang berkongsi lagi yang dia sangat gembira kerana kedua-dua anaknya memilih untuk tinggal dengannya. Kehadiran dua cahaya matanya itu memberikan semangat untuk dirinya lebih bekerja kuat dan menyifatkan mereka adalah titipan Allah untuk dirinya.
Kongsinya, “Saya mesti melakukannya, Bismillah. Lebih-lebih lagi, ketika dua anak hadir, itu saja. Mereka adalah titipan ilahi. Ya, mereka mahu tinggal bersama ayahnya, takkanlah saya mahu menolak.”
Selepas episod duka menerpa dalam hidupnya, Anang bangkit dengan menghasilkan karya-karya yang popular seperti Tanpa Bintang dan Separuh Jiwaku Pergi, kejayaan lagu-lagu ini membawa kerjayanya ke tahap yang lebih tinggi.
Kini, Anang bahagia bersama keluarga tercinta. Pada tahun 2012, Anang berkahwin semula dengan Ashanty dan perkongsian hidup tersebut sehingga kini dikurniakan dua lagi cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!