
‘Eh, Muka samalah!’- Mungkin itu antara kata-kata yang dilontarkan netizen kepada pasangan selebriti yang mempunyai wajah seiras.
Sering berkongsi gambar bersama di Instagram, mungkin sekali imbas wajah mereka nampak seiras dari segi bentuk wajah,mata, hidung dan senyuman.
Jadi, kami kongsikan barisan pasangan suami isteri yang mempunyai wajah seiras.
1.Fad (Bocey) & Syaheera Rahman
2.Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad
3.Fasha Sandha & Aidil Aziz
4.Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
5.DS Aliff syukri & DS Nur Shahida
6.Nora Danish & Nedim
7.Jihan Muse & Ungku Hariz
8.Zaim Zaini & Nur Damia Nasir
Kata orang, kalau muka sama itu tandanya jodoh kuat. Betul ke?
Foto : Instagram Selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
26 Tahun Dalam Industri, Dayang Nurfaizah Cerita Waktu Rakam ‘Seandainya Masih Ada Cinta’ – “Masa Tu Ajai Tak Ada.”

Isi Kandungan
TogglePenyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah bersyukur kerana salah satu lagu hitsnya, Seandainya Masih Ada Cinta ciptaan Ajai, masih kekal malar segar dan diminati oleh para peminat hingga kini.
Menurut Dayang, 44, lagu tersebut dirakamkan untuk album keduanya pada tahun 2000 dan penyanyi itu kini sudah pun 26 tahun terlibat dunia seni suara.
Hanya Menyanyi…
“Ketika proses rakaman lagu itu, Ajai tiada di studio. Bila lagu tersebut selepas proses rakaman baru dia datang dan dengar. Ketika itu jugalah saya pertama kali bertemu dengannya di studio.
“Waktu itu kita masih lagu muda dan naif, hanya nyanyikan lagu itu untuk dirakamkan.
“Kita buat album pun ada A & R yang akan pilih lagu dan bincang lagu mana yang nak dijadikan single.
“Alhamdulillah, lagu itu ‘boom’, jadi rezeki untuk saya. Malah saya rasa diri ini bertuah kerana seseorang penyanyi itu untuk memilih ‘the song’ mungkin akan ambil masa dalam lima hingga 10 tahun.
“Tapi saya sudah dapat menerusi album kedua dan lagu itu menjadi lagu wajib untuk disampaikan dalam tiap persembahan.
”Bagi saya, setiap penyanyi itu ada perjalanannya sendiri dan masanya. Cuma untuk saya, rasa syukur kerana mendapat sebuah naskhah yang baik seperti lagu itu,” katanya.
Dayang yang kini muncul dengan album terbaharu berjudul Lemah, berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Konsert By Ajai & Mega Friends di Kuala Lumpur, pada Isnin.
Momen Istimewa Bersama Ajai
Berkongsi mengenai Konsert By Ajai & Mega Friends, Dayang turut amat berbesar hati kerana sekali lagu bakat terlibat dalam persembahan tersebut yang sebelum ini dilangsungkan dengan kayanya di Zepp KL, Ogos tahun lalu.
“Saya berterima kasih kepada Ajai kerana sekali lagi mengundang saya untuk menyertai konsert ini, kali ini di Singapura. Saya terima pelawaan ini memandangkan kami mempunyai momen bermakna menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta,” katanya.
Dalam konsert tersebut, Dayang bakal menyampaikan dua lagu, iaitu Seandainya Masih Ada Cinta dan sebuah lagu popular Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Kesetiaan.
Selain Dayang, Konsert By Ajai & Mega Friends yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei depan di The Star Theatre, Singapura, akan menampilkan barisan penyanyi popular seperti Aina Abdul, Hafiz Suip, Hazama dan Asmidar.
Ajai juga bakal membuat persembahan selain penampilan istimewa, Talita iaitu satu-satunya anak perempuan kepada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, sebagai penyanyi jemputan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tolong Viral Sebelum Anak Tidak Berdosa Ni Mati,” – Harap ‘Binatang Meroyan’ Ditangkap, Amyza Aznan Mohon Bantuan Awam!

Luluh hati melihat klip yang dikongsikan Amyza Aznan menerusi laman Instagram yang merakamkan seorang kanak-kanak disepak dan didera seorang individu tidak berperikemanusiaan.
Menerusi suara tersebut, wanita itu beberapa kali mengatakan “ini anak kau kan?”
“TOLONG VIRAL! PLEASE SHARE! SEBELUM ANAK YG TIDAK BERDOSA NI MATI !!!!!
“POLIS TOLONG !!!!! TOLONG !!!!!RAKYAT MALAYSIA VIRALKAN PLS!!!!!!!!!!!!
“Hancur hati aku… allah tolong lindungi anak ini sehingga BINATANG MEROYAN ni DITANGKAP!!!!
“CUCU SIAPA NI??? ANAK BUAH SIAPA NI???? ADA SESIAPA YG KENAL PLSSSS BAGI INFO SEGERA KEPADA
@pdrmsia_official
@pdrmsia_official.”
Menurut sumber asal, kanak-kanak ini dipercayai didera oleh bekas isteri ayah angkatnya.
“Dapat sumber ni dari ayah angkat anak ni. Di percayai ayah angkat dia dah brcerai. Anak ni di percayai di dera oleh bekas isteri/ibu angkat ayah angkat dia..jom gunakan kuasa viral anda supaya pelaku ni di ambil tindakan yg sewajarnya.”
View this post on InstagramA post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on
Semoga keadilan dapat ditegakkan dan pihak polis dapat mengambil tindakan segera.
Foto – Instagram Amyza Aznan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tidak Terlibat Dengan Mana-Mana Brands Burger,” – Ada Pihak Cuba Ambil Kesempatan, Maya Karin Tutup Terus Bisnes Burger Bakar!

Pelakon, Maya Karin memutuskan untuk menutup sepenuhnya operasi burger bakar kendaliannya sejak 1 Ogos lalu.
Menurut Maya, keputusan tersebut dibuat selepas mendapati ada banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap projek sampingannya itu.
Malah, pelakon filem, Ombak Rindu itu turut menjelaskan bahawa dia langsung tidak terlibat dengan mana-mana jenama burger di pasaran.
View this post on InstagramA post shared by Maya Karin (@maya_karin) on
“Delivery TERAKHIR #burgerbakarmayakarin . Kepada Maahad Tahfiz Lil Aytam.
“Dengan ini saya ingin mengumumkan #burgerbakarmayakarin akan tutup bermula 1st August ini.
“Dengan itu saya memberitahu saya tidak terlibat dengan mana-mana brands burger,” tulisnya.
Tambah Maya lagi, meski dia mempunyai hasrat untuk memperluaskan lagi bisnesnya itu, namun dia tidak mahu keadaan akan menjadi lebih teruk pada masa akan datang.
Dia bagaimanapun turut menzahirkan penghargaan buat semua yang menyokong.
“Projek burger ini bermula pada musim PKP untuk mengisi masa yang terluang.
“Sejujurnya niat di hati ingin memperluaskan dan memperkembangan burger bakar saya tapi saya mendapati ada pihak mengambil kesempatan jadi itu antara sebab saya mengambil keputusan untuk tutup terus.
“Terima kasih diatas sokongan anda semua yang tak terhingga.
“Saya amat hargai segala sokongan anda berikan! Dan Selamat Hari Raya Aidiladha! Love, Maya,” katanya.
Terdahulu, Maya memulakan bisnes burger bakarnya sebagai aktiviti harian semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan wabak COVID-19 diumumkan.
Maya juga dilihat ada memberikan burgernya itu buat para frontliner yang terpaksa betugas sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Sumber: Instagram Maya Karin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI