Pelakon, Shukri Yahaya mengakui berasa sedikit ralat kerana tidak berkesempatan untuk mengadakan majlis aqiqah buat anak lelakinya, Maleeq Miqayl memandangkan negara ketika ini masih lagi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Menurut Shukri, dia sebenarnya berhajat untuk mengadakan majlis buat anak keduanya itu sama seperti anak sulungnya tatapi niatnya itu harus ditangguhkah terlebih dahulu.
“Kesian @maleeqmiqayl lahir pada zaman pendemik ni sebab Shuk tak boleh nak buatkan dia aqiqah macam kakak dia. Ada kenduri semua tulah,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, 7 Hari Mencintaimu 2 itu menerusi ruangan Instagram stories miliknya.
Enggan menunggu terlalu lama, Syukri bagaimanapun mendedahkan dia telah mewakilkan pihak daripada Aqiqah Centre bagi menjalankan majlis aqiqah buat anak lelakinya itu di Mekah.
Malah, bapa kepada dua orang anak itu turut berasa lega kerana segala urusan sewaktu majlis tersebut telah diberjalan dengan lancar.
“Tapi dua hari lepas Shuk berhubung dengan @aqiqahcentredotcom untuk dia buatkan aqiqah Maleeq di Mekah.
“Hari ni mereka bagi bukti yang mereka dah tunaikan tanggungjawab tu. Ya Allah cepatnya dan kosnya untuk seekor kambing sangatlah berpatutan. Terima kasih @aqiqahcentredotcom.
“Sayang @tyaadnan, selamat dah dua ekoq kambiang untuk anak bujang kita. Alhamdulilah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Syukri dan isterinya, Tya Adnan telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl yang baru sahaja lahir pada Julai tahun lalu.
Sumber: Instagram Shukri Yahaya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Janna Nick mendedahkan dia telah disahkan positif Covid-19 selepas mengalami gejala seperti demam dan sakit tekak, semalam.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Insta Stories Instagram, pelakon Bawa Aku Ke Syurga ini mengakui dia akhirnya kecundang (positif Covid-19) selepas lebih dua tahun fasa pandemik melanda negara.
“Saya positif setelah lebih dua tahun bertarung (mengelak dari dijangkiti) dengan Covid-19. Walaupun sebenarnya kerja saya tak logik untuk saya tidak dijangkiti virus ini, tapi akhirnya kecundang jua.
“Semalam keadaan kesihatan saya masih okey. Namun, lewat malam saya mulai rasa demam, sejuk rasa. Lepas tu hidung mulai tersumbat.
“Doakan semoga saya cepat sembuh. Saya minta maaf kepada mana-mana yang ada berjumpa dengan saya,” katanya.
Terdahulu, dia disahkan positif virus berkenaan selepas melakukan ujian saringan RT-PCR (PCR) meski sebelum itu sudah melakukan ujian RTK Antigen (RTK-Ag) dan keputusannya negatif.
Tambahnya lagi, dia bukan sengaja mahu mencipta kandungan di media sosialnya, sebaliknya dia lebih mengetahui keadaan badannya yang kurang sihat.
“Semalam ramai yang hantar mesej peribadi mengatakan kalau keputusan sudah negatif tak payahlah ‘kalut’ nak positif Covid-19.
“Sebenarnya saya bukan saja-saja nak cipta kandungan atau terhegeh-hegeh nak buat ujian RTK-Ag dan PCR untuk mengatakan saya positif. Sebab kita pasti lebih tahu soal badan kita, misalnya rasa tak sihat atau pelik.
“Lagipun saya bukannya jenis yang mudah jatuh sakit, jadi saya boleh agak (postifi Covid-19) itu sebab saya pergi buat ujian PCR semalam,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!