Baru-baru ini penyanyi versatil Ifa Raziah telah memuat naik beberapa keping di akaun Instagram miliknya.
Menyentuh hati apabila penyanyi yang berusia 43 tahun itu telah berkongsi gambar bersama arwah ibunya sempena hari ulang tahun kelahiran ibu Ifa, semalam.
“Al Fatehah buat Arwah Mak .. 4hb April 2019 Harini ulangtahun hari lahirnya .. Semoga Allah cucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dgn org2 yg beriman .. Aamin Ya Rabbal Alamin”tulisnya.
Lantas, perkongsian penyanyi yang berasal dari Jitra, Kedah itu telah menyentuh hati peminat lalu titipkan doa buat arwah ibu Ifa.
Terdahulu, ibu kepada Ifa, Maimunah Ahmad telah meninggal dunia pada tahun 2010 akibat menghidap penyakit komplikasi buah pinggang.
Foto : Instagram Ifa Raziah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Tomok Umum Bakal Dapat Anak Ketiga
Penyanyi Tomok berkongsi berita gembira apabila isterinya, Rahayu Abas kini hamil anak ketiga.
Tomok atau nama lengkapnya Shah Indrawan Ismail mengumumkan isterinya kini hamil lebih dari tiga minggu.
“Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah satu berita gembira untuk kami sekeluarga .
ayah doakan dibu di permudahkan segalanya.
“Arrian dengan Andra nak dapat adik!! yeyyyyyy. Alhamdulillah..terima kasih ALLAH!!,” tulisnya.
Sementara itu, rakan selebriti dan peminat membanjiri ruangan komen menitip ucapan tahniah terhadap perkongsian tersebut.
Imbas kembali, Tomok, 35 dan Ayu, 40, berkahwin pada Julai 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrianshah Akid,7 tahun dan Andrashah Iman, 5 tahun.
View this post on Instagramapa aktiviti korang hari ni…kami duduk rumah saja..dibu buat rebung masak lemak untuk ayah
A post shared by Tomok (@tomokofficial) on
Foto : Instagram Tomok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya ‘Sewel’ Sekejap…,” – Pulang Dari Brazil Sebelum PKP, Fatin Afeefa Akui Jalani Saringan Covid-19, Tunggu Masa Jumpa Anak
Awal tahun lalu, pelakon, Fatin Afeefa mengunjungi Brazil bagi menghadiri program terbesar anjuran jenama selipar flip-flop popular dunia, Havaianas.
Hadir sebagai duta, Fatin mengakui banyak perkara baru yang dipelajarinya sewaktu berada di negara Latin terkenaan.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi dirinya apabila dia berjaya pulang ke tanah air sebelum kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya kuarantin 14 hari kemudian saya buat swab test dan keputusannya negatif.
“Kemudian saya kena kerja orang datang rumah untuk shoot dan saya kene tunggu lagi 14 hari untuk jumpa anak saya,” jelasnya.
Berkongsi mengenai situasi yang perlu dihadapi seluruh dunia ketika itu, bintang Tentang Bulan ini turut memberikan reaksi terhadap segelintir individu yang didapati senjaga melanggar perintah kuarantin.
Bagi ibu kepada dua anak ini, ia hanya sikap mementingkan diri sendiri yang akhirnya memberi kesan negatif.
“Saya sedar, ada yang mengambil sikap sambil lewa. Ia mementingkan diri namanya.
“Malah ketika saya lakukan ujian saringan COVID-19 dan keputusannya negatif, saya tetap ambil masa lama untuk berjumpa dengan anak-anak.
“Risau dan lebih baik untuk ambil langkah berjaga-jaga. Lagi pula, saya ada mak dan ayah di rumah dan mereka boleh tengok-tengokkan mereka.
“Saya rasa tak selamat kalau saya jumpa mereka sejurus pulang dari luar negara sebab kita tahu, sistem imunisasi kanak-kanak bukan seperti orang dewasa,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pelakon drama, The Gadis itu turut mengakui dirinya sedikit-sebanyak mengalami gangguan emosi sewaktu menjalani tempoh kuarantin.
“Masa tu saya ‘sewel’ sekejap. Saya mentally disturb walaupun saya lazimnya sudah biasa hidup sendiri bersama kucing peliharaan.
“Minggu pertama tu saya boleh tahan lagi, akan tetapi, bila sudah masuk minggu seterusnya, saya dah mula cakap sorang sorang.
“Sampai saya minta kawan-kawan saya call hanya untuk bersembang. Walau mereka sibuk, saya tetap pujuk dan minta saling buat panggilan video.
“Kata orang, tak bercakap pun tidak mengapa asalkan mereka tengok saya,” seloroh Fatin.
Katanya lagi, dia turut berterima kasih kepada kedua orang tuanya yang memahami situasi tersebut.
“Saya dah tak berapa betul masa tu. Saya pernah hubungi anak-anak sampai nangis-nangis sebab rindu.
“Saya tak jumpa anak lebih kurang sebulan. Orang lain pun saya tak jumpa. Anak-anak saya ketika itu di bawah jagaan ibu.
“Ikutkan lepas saya balik Brazil mereka nak balik rumah, tapi saya tidak izinkan. Terpaksa tunggu lebih kurang 14 hari,” akhirinya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datuk Adzliana Turun Indonesia Teroka Kerjasama Kreatif, Erma Fatima – “Teknologi Produksi Filem juga Alami Perubahan Pesat…”
Usanita Sdn Bhd mengorak langkah baharu dalam perniagaan apabila bakal menceburi indutri kreatif.
Sebagai permulaan, deligasi diketuai oleh Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan berjumpa dengan beberapa penerbit filem terkenal di Jakarta, Indonesia pada 28 hingga 30 Jun lalu.
Mereka terdiri daripada Raam Punjabi dari PT Multivision Plus; Manoj Punjabi (MD Entertainment); Deddy Mizwar (PT Demi Gisela Film dan Ketua Umum Persatuan Produser Film Indonesia -PPFI), Zairin Zein, (produser dan Setiausaha Agung PPFI) dan Ilham Bintang (Pengarah PT Bintang Advis Multimedia).
Adzliana berkata, pihaknya mahu memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia serta meneroka kerjasama serantau.
“Industri kreatif Indonesia adalah mercu tanda inovasi dan kekayaan budaya. Pihak kami teruja untuk meneroka peluang dan bekerjasama bagi meningkatkan lagi inisiatif Usanita yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri kreatif yang dinamik di kedua-dua negara,” katanya.
Tambahnya lagi, industrti kreatif adalah peluang baharu yang boleh meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli Usanita.
“Kami dikenali sebagi sebuah organisasi yang menjalankan program kebajikan dan sosial di seluruh negara. Ia turut berperanan dalam pembinaan komuniti melalui acara yang memberi impak kepada masyarakat seperti bengkel, ekspo dan karnival keusahawanan.
“Selain memberikan bantuan kebajikan, Usanita juga aktif dalam mempromosi padanan perniagaan-ke-perniagaan dan industri kreatif adalah peluang baharu yang boleh meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli,” katanya.
Pada pertemuan tiga hari itu, turut serta penerbit, pengarah dan pelakon terkenal tempatan Erma Fatima.
Kehadiran Erma membuktikan komitmen Usanita terhadap kecemerlangan seni dan pertukaran budaya.
Erma berkata, sudah tiba masanya untuk Malaysia dan Indonesia menghidupkan semula produksi filem secara usahasama seperti yang dilaksanakan pada tahun 80-an dan 90-an.
“Kerjasama sebegini memberi peluang untuk kita bertukar pengetahuan agar mampu memenuhi kehendak penonton yang semakin mencabar.
“Teknologi produksi filem juga mengalami perubahan pesat dan jika bergabung, kedua-dua negara mempunyai kekuatan untuk menakluk pasaran global dengan sinergi yang betul,” katanya.
Delegasi Usanita turut melawat IDN Media dan berbincang dengan pihak pengurusan tertingginya untuk meneroka potensi kerjasama kreatif.
Perbincangan itu tertumpu kepada pembangunan bersama kandungan kreatif dan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk melaksanakan projek yang inovatif dan menarik minat penonton di kedua-dua negara.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI