Baru-baru ini penyanyi versatil Ifa Raziah telah memuat naik beberapa keping di akaun Instagram miliknya.
Menyentuh hati apabila penyanyi yang berusia 43 tahun itu telah berkongsi gambar bersama arwah ibunya sempena hari ulang tahun kelahiran ibu Ifa, semalam.
“Al Fatehah buat Arwah Mak .. 4hb April 2019 Harini ulangtahun hari lahirnya .. Semoga Allah cucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dgn org2 yg beriman .. Aamin Ya Rabbal Alamin”tulisnya.
Lantas, perkongsian penyanyi yang berasal dari Jitra, Kedah itu telah menyentuh hati peminat lalu titipkan doa buat arwah ibu Ifa.
Terdahulu, ibu kepada Ifa, Maimunah Ahmad telah meninggal dunia pada tahun 2010 akibat menghidap penyakit komplikasi buah pinggang.
Foto : Instagram Ifa Raziah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boyfriend Ni Boleh Cari Ganti, Tapi Mak…,” – Usah Persiakan Ibu! Noor Khiriah Titip Pesanan
Menjelang Ramadan, terimbau kembali gelagat berpuasa zaman kanak-kanak.
Yang pastinya, bayangan ibu terbayang di depan mata.
Itu yang diperkatakan pelakon, Noorkhiriah yang pada masa sama turut berpesan, ibu selalu berpesan, teman lelaki boleh dicari, namun ibu tiada ganti.
Kongsinya lagi, ia kata-kata yang dipegang sekiranya diri sedang berduka.
“Baru pas makan sambalitam mak wat,mcm nmpk mak je dlm bubur lambuk ni..hadeh ttiber rasa mcm nak balik kg..korg jgn sia2kan Mak kita yg sorg ni.
“Dulu time akk jatuh frust tergolek dog,Mak pesan 1 je..boipren2 ni leh cari ganti..tapi Mak xde ganti dah..itulah penguat akak bila down,zmn dululah..zmn skrg nak frust mende..gedik rrr kalu frust2 nih.
“Time bulan poser gini hok yg darjah 1 punya kisah pun boleh ingt balik..time sahur,time bbuka..penuh meja,ntah pape je atas meja time tu..mak masak air pun rasa sedap..airtangan Mak..kan..bila tanya Mak ok..xde yg tak ok..rindu anak2 pun Mak diam je..sedar2 wasap suh balik..
“Maka anak2 pun meluru cari date bagi smua berkumpul..kdg dpt kadang bterabur baliknya..tp tkpe janji balik..moga Allah sihatkan mak rahmati mak..
“Mak,saya rindu ngat ke Pak..semalam genap 5 tahun arwah Pak pegi..Allah ambik hak Dia #AlfatihahPak #tudungsarungbedah #jangansia2kanMakkkita #inilahsorangtakdeganti #gantipuntaksama #percayalah #hartapalingbernilai,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on
Ibu tiada pengganti. Jangan sia-siakan selagi hayatnya masih ada di dunia.
Foto : Instagram Khiriah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Najib Menyanyi…Netizen Kata “Malu Apa Bossku”!
Kata Datuk Seri Najib menerusi laman Twitter, Anugerah Juara Lagu juga sudah mula menyebut Malu Apa Bossku.
Gembira tagline tersebut tersebar luas, Najib sekali lagi mencipta trending apabila menulis kembali lirik Haram di laman Twitter sambil memuatnaik gambar Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah.
“Salam 1Malaysia ! ?
“Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu
Kita saja tahu
Ternyata benar benar kali ini
Memilih kamu
Mencintai aku.”
Salam 1Malaysia ! ?
Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu
Kita saja tahu
Ternyata benar benar kali ini
Memilih kamu
Mencintai aku pic.twitter.com/PLoYZtz5KS— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 4, 2019
Terhibur dengan sikap Ahli Parlimen Pekan ini, netizen menyarankan Najib terus mendekati rakyat dengan gaya yang lebih santai.
“Bossku buat je ape bossku suka.. Asyik fikir negara serabut kpala.. Sesekali jadi lh pmimpin bjiwa rakyat.. Bru lh faham dunia rakyat kt luar mcm mna.. Nk kata bodek ke apa.. Lantak lh… Nyanyi lg bossku..”
Malah, ramai yang tidak menyangka, ahli politik masih mempunyai masa untuk menonton AJL.
Lebih lucu, netizen turut menyarankan agar bekas Perdana Menteri ini turut menyanyikan lagu Linkin Park.
Timbul pelbagai reaksi apabila lirik itu dikatakan bertujuan untuk menyindir sesetengah pihak. Macam-macam netizen ni.
Foto – Twitter Najib Tun Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Budak Flat Ni Yang Sanggup Bangun Je Terus Nak Pergi Main Bola,” – Dedah Sebab Pakai Baju Besar, Hisyam Hamid Cerita Memori Ketika Berumur 10 Tahun
Pelakon, Hisyam Hamid ada berkongsi foto pada zaman kanak-kanaknya buat peminat menerusi platfrom Instagram.
Jelas bapa kepada dua cahaya mata ini, imej yang dirakam ketika usianya 10 tahun itu turut menyimpan memori tersendiri apabila dia bercita-cita untuk bergelar pemain bola sepak suatu ketika dulu.
Menyebut beberapa bintang sukan terkenal pada ketika itu, bintang drama TQ Captain ini turut bercerita mengenai baju saiz besar yang dikenakan.
“Tgh mengemas terjumpa gambar budak flat ni yg bangun je terus nak pergi main bola. Masa ni umur 10 tahun, impian nak jadi mcm Fandi Ahmad, Abbas Saad, Azman Adnan & Olombumi Adigun.
“Ya baju mmg besar sikit sebab tu size paling kecil yg ada masa tu sebab dlm team tu aku paling muda; yg lain kebanyakkan 13-14 thn ke atas,” jelas Hisyam sambil disertakan dengan beberapa tanda palang.
View this post on InstagramA post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on
Lalu, perkongsian yang menggamit memori itu turut dihujani dengan komen pelbagai netizen termasuk rakan artis.
Foto: Instagram Hisyam Hamid.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI