Untuk rekod, Mya merupakan tempat kelima dalam program realiti Gegar Vaganza 5 danberjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort beserta piala Gegar Vaganza.
Foto : IG Mya Ruslee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian bekas pelakon Baywatch, Pamela Bach, yang juga bekas isteri kepada David Hasselhoff.
Pamela, 62, ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Hollywood Hills pada 5 Mac lalu dengan luka tembakan sendiri di kepala.
Punca kematiannya disahkan sebagai bunuh diri oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan Los Angeles.
Nama Pamela mula dikenali menerusi siri TV Knight Rider pada 1985 dan ketika itulah dia bertemu David Hasselhoff. Hubungan mereka semakin erat dan membawa kepada perkahwinan pada tahun 1989.
Pamela kemudian turut membintangi Baywatch bersama suaminya sebelum pasangan ini bercerai pada tahun 2006. Dalam siri terkenal itu, Pamela membawa karakter Kay Morgan, seorang pemilik restoran.
Penampilan Pamela dalam Baywatch
Sementara itu, dalam satu kenyataan rasmi, David menyatakan kesedihan atas pemergian bekas isterinya.
“Keluarga kami amat berduka dengan kehilangan Pamela Hasselhoff. Kami amat menghargai segala kasih sayang dan sokongan yang diberikan pada saat sukar ini, namun kami memohon ruang privasi untuk berkabung serta melalui masa yang mencabar ini,” katanya.
Dilahirkan di Tulsa, Oklahoma, Bach memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1970-an. Sepanjang kariernya, beliau pernah membintangi beberapa siri TV popular seperti The Young and the Restless, Cheers, The Fall Guy, T.J. Hooker, Superboy dan Viper.
Manakala, peranan filem sulungnya adalah menerusi filem Rumble Fish pada 1983, diarahkan oleh Francis Ford Coppola. Kali terakhir dia membintangi filem More than Puppy Love, yang disiarkan pada tahun 2002.
Pamela Bach dan David Hasselhoff dikurniakan dua orang anak perempuan hasil perkahwinan mereka, iaitu Taylor Ann Hasselhoff dan Hayley Amber Hasselhoff.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan popular, Shuib sah menyertai Suria FM sebagai penyampai bermula Isnin ini menerusi slot pagi.
Shuib bakal berganding dengan Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria yang turut diberikan penjenamaan baharu, Morning MorningSuria.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus Besar Suria FM yang juga penyampai Suria Cinta iaitu DJ Lin sebelum tamat siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell bertempat di IOI City Mall, Putrajaya, petang tadi.
“Kita harap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.
“Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Suria Pagi yang kini dikenali sebagai Morning Morning Suria,” katanya.
Jelajah Suria 90 Memang Cantik Kak Ell memasuki siri terakhir hari ini selepas menjelajahi beberapa negeri seperti Kuantan, Pahang; Alor Setar, Kedah, Johor Bahru, Johor bermula awal bulan ini.
Hampir 12,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahan gandingan artis 90-an terkenal seperti Amir UK’s, Mus dan barisan artis popular seperti Dayang Nurfaizah, Ziana Zain.
Tidak ketinggalan, persembahan turut diserikan dengan barisan artis muda seperti Haqiem Rusly, Wany Hasrita, Imsoniacs, Floor 88 dan Nuha Bahrin serta Naufal Azrin.
Sebelum ini, segemen Suria Pagi dikendalikan oleh Fizi Ali yang kini ke stesen Hot FM.
Suria FM turut dibarisi penyampai seperti Tyzo, Rara, Cik Piah, Anna J dan DJ Lin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Di kala rakyat Malaysia diminta mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan dan duduk di rumah, lain pula kisahnya dengan keluarga ini yang difahamkan sudah empat hari terpaksa tidur di jambatan.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Ebit Lew, dia bergegas ke lokasi berkenaan sekitar pukul 11.30 malam dan turut mendapat bantuan pihak polis.
Cukup menyayat hati melihat seorang kanak-kanak tidur beralaskan kotak manakala si ibu pula sedang hamil.
“Baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di fb Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan patron selayang tiada rumah dah 4hari disini. Saya terus gerak kesana dah 11.30 malam dan lalu roadblock dekat situ.
“OCPD tanya ustaz kemana ni. Saya minta bantuan mereka. Baik sangat semua ikut saya membantu. Sebak rasa. Terima kasih ACP Arifai Ketua Polis Daerah Gombak dan semua abang polis bersama saya tadi. Hebat PDRM. Abang polis semua tolong angkat barang kakak ni dan anaknya.
“Sampai atas menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejukknya lah ya Allah. Alas kotak jer. Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya. Meronta hati melihat.
“Terus ajak anak ini dan ibunya bawa balik rumah. Tanya suami katanya pagi kot baru balik sini. Syukur rasa. Akak ni kenal saya. Pernah baca buku pasal isteriku bidadari. Akak ni tengah mengandung lagi. Ya Allah lagi sayu sebak rasa bersalah.
“Dengan bantuan polis saya bawa akak ni balik rumah. Ya Allah apalah ujian mu anak kecil. Ada masalah keluarga juga. Polis kata apa-apa call jer ustaz. Kita bantu ustaz. Terima kaseh ustaz tolonglah yer anak ni ustaz. Sedih rasa.
“Siapa ada rumah untuk disewa sekitar kl atau area gombak ni yang tak mahal boleh pm saya yer. Terima kaseh yer.
“Sejuk hati tengok adik ni tadi baru sekejap tidur alas kotak dan ada ubat nyamuk. Sekarang dah takde nyamuk. Tidur lena yer adik comel bilik selesa aircond tandas semua selesa. Allah sayang. Terima kaseh adik yang tag dan amin mean atas berita dan gambar itu-ebitlew,” kongsinya panjang lebar.
Terdahulu tular perkongsian yang dimuat naik oleh Amin Mean di laman sosial akan nasib tiga beranak ini yang didakwa terpaksa keluar rumah selepas tidak mampu membayar sewa.
Foto : Facebook Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.