Usahawan dan instafamous Hafiz Mahamad bersama isterinya Syafiqah Aaina telah meraikan majlis akikah anak sulungnya,Raisya Arisa.
Momen indah itu dikongsikan Hafiz di Instagramnya.
“Done Majlis Aqiqah untuk Puteri Sulung saya yang cantik, pandai, kaya & solehah ni @raisyaarisa
“Alhamdulilah isteriku, after 7 years. Tak sangka kita dijodohkan bersama & dihadiahkan Raisya. Dulu mampu berangan satu hari nanti kita kahwin & ada anak perempuan
“Harini, Ya Allah. Segala imaginasi & mimpi tu jadi kenyataan. Kita usahakan untuk Raisya Kejayaan, Kebahagiaan & Kekayaan dunia akhirat ya,” tulisnya.
Bertemakan warna ungu, Aaina tetap tampil cantik meski dalam keadaan berpantang.
“Ramai pula Acik Acik tanya Mommy semalam mana pilis dekat kepala? Mana stocking? Kasi chancela dekat Mommy nak melaram macam anak Mommy jugak 🤪
“Jangan risau habis majlis Mommy terus capai bengkung, capai stocking, sweater semua!,” tulis Aaina.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata,Raisya Arisa, 13 hari.
Bagaimanapun, pasangan ini masih belum mendedahkan wajah penuh anak mereka.
Foto: Instagram Hafiz,Aaina