
Usahawan dan anak kenapa pemilik Naza Group of Malaysia, Tan Sri SM Nasimuddin iaitu Nadia Nasimuddin telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya yang diberi nama Taraa Camila.
Menurut Nadia, bayi perempuan tersebut dilahirkan seminggu awal dan telah diletakkan di bawah penjagaan rapi. Namun, Taraa kini dilaporkan sudah semakin baik.
Dalam pada itu, Nadia turut berkongsi beberapa gambar Taraa untuk tontonan pengikutnya di laman Instagram.
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah selain turut memuji kecomelan anaknya itu.
Terdahulu, Nadia telah mendirikan rumah tangga dengan Hamzah Alang Azman Shah dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Foto: Instagram Nadia Nasimuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tapi Sebenarnya Kalau Sebelah Lelaki Boleh 24 Jam Masuk,” – Fakhrul Radhi Kongsi Ilmu Masuk Raudhah, Golongan Wanita Terhad Tiga Waktu Saja

Berkongsi rakaman video usahawan Sajat dan pembantunya, Mok Kay mengenakan telekung dan baru usai mengerjakan solat di Raudhah, jelas penyanyi nasyid, Fakhrul Radhi ketika di Raudhah, golongan lelaki boleh keluar masuk pada bila-bila masa namun ada laluan khas untuk jemaah lelaki.
Sebaliknya untuk jemaah wanita, hanya tiga waktu sahaja dibenarkan iaitu selepas Subuh, Zuhur dan Isyak.
“Untungnyaaa boleh masuk raudhah. Tp sebenarnya kalau sebelah lelaki boleh 24 jam masuk,” jelasnya.
View this post on InstagramUntungnyaaa boleh masuk raudhah. Tp sebenarnya kalau sebelah lelaki boleh 24 jam masuk..😭
A post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on
Muat naik ini turut mendapat reaksi netizen yang rata-rata mendoakan agar individu terbabit diberi pencerahan dan hidayah Allah.
Perkembangan terkini, menerusi Berita Harian, difahamkan Sajat telah dibawa keluar dari Tanah Suci selepas kontroversi yang berlaku.
Foto : Instagram Fakhrul Radhi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idzham Ismail Keras Kepala & Ego Tinggi, Dedah Isteri Mampu ‘Tukar’ Sikapnya

Pelakon Idzham Ismail mengakui dia seorang yang keras kepala dan mempunyai ego tinggi.
Bagaimanapun, isterinya Siti Nur Abilah atau mesra disapa Bella mampu ‘mengubah’ sikapnya itu.
Perkara itu dikongsikan pelakon Juvana menerusi Instagram miliknya.
“Saya seorang yang keras kepala , ego tinggi , nasihat orang lain tak betul , tapi individu yang saya jadikan isteri ubah semua saya sikit demi sedikit.
“Keputusan yang saya buat nampak dia buruk di mata orang , dia terima , dia sabar sebab dia percaya saya akan belajar kesilapan saya masa demi masa.
“Menangis sebab terguris dengan perlakuan saya apabila ditegur , dia sabar , sampai sekarang , dia lah menjadi penyokong utama dibelakang saya sehingga saya dapat jadi diri saya yang sekarang.
“Terima kasih isteriku sebab ada sentiasa diwaktu saya memerlukan tak kira masa dan perasaan . Betul orang cakap , dugaan isteri semasa suami tiada apa apa , dugaan suami sewaktu dia ada segalanya.
“Saya memang tak reti express perasaan saya depan-depan, macho la kononya,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on
Terdahulu,Idzham dan Bella yang juga seorang pramugari mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Sofea Inara.
Foto: Instagram Idzham Ismail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Payah Nak Pening. Buat Aje, Tiru Habis Cerita,” – Datin Ira Ghani Ralat Produk ‘Dicabuli’ Sesuka Hati, Mohon Pelanggan Tak Salah Beli

“Ada yang lagi berani bila terang-terangan guna nama Aura Seri untuk lariskan produk lain.” Itu kata pengasas jenama terbabit, Datin Ira Ghani yang mendakwa produk yang diusahakan sejak 20 tahun lalu cuba ditiru pihak yang tidak bertanggungjawab.
Malah, Ira Ghani yang turut aktif dalam lakonan turut kesal apabila kerana ada yang terbeli produk pihak lain tetapi menyangka ia merupakan hasilan jenamanya, Aura Seri by DIG.
“Kalau boleh tak mahulah ada pihak yang buat macam ni. Kami tiada masalah kalau orang lain pun nak berniaga, sebab saya sendiri pun ada melatih para usahawan untuk berbisnes.
“Sepatutnya, bersainglah dalam cara yang positif. Memang terharu kalau jadikan produk kami sebagai inspirasi. Tetapi janganlah mencabuli jenama tersebut,” katanya.
Menyedari perkara sedemikian telah pun berlaku sejak beberapa tahun lalu, bekas hos program Feminin di RTM ini turut mendakwa, ada peniaga yang terlibat pernah menjual produk asli Aura Seri.
“Ada yang pernah jual produk Aura Seri, jadi daripada situ mungkin ada yang jadikan ia sebagai inspirasi, dapat ilham tak payah nak pening-pening. Buat aje, tiru habis cerita.
“Tapi kami yakin dengan produk kami. Saya bukan ke kilang, ambil produk dan tukar label. Maaf ya. Kami buatnya sendiri. Jadi kalau ada yang nak meniru pun, tidak akan sama,” katanya lagi.
Ira berkata demikian ketika ditemui dalam majlis minum petang Aura Seri by DiG di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dia yang kini turut mempunyai program sendiri di YouTube, Santai With DIG di bawah saluran YouTube sendiri, DIG TV Channel turut meminta pembeli agar peka dan tidak terkeliru.
“Saya nak tekankan hal ini bagi memberitahu pembeli di luar sama, jangan keliru takut tersalah produk. Bimbang ada yang akan salahkan kami kalau produk yang dibeli tidak seperti yang diharapkan.
“Nak berniaga ni biarlah dengan cara yang sihat. Lebih baik ada identiti sendiri, itu lebih bagus.
“Cuma kalaulah perkara ini masih berterusan dan mereka yang tidak bertanggungjawab masih suka-suka hati ‘claimed’ jual produk sama, mungkin kami akan ambil tindakan susulanlah,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, aromaterapi Aura Seri by DiG yang merupakan item terbaru darinya kini sudah pun berada di pasaran pada harga RM99 di Semenanjung Malaysia, dan boleh didapati dari stokis sah produk berkenaan.
Foto: Instagram Datin Ira Ghani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI