Penyanyi Erni Zakri yang diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Sinar Mata Hati di Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) menyifatkan trofi yang diraih sebagai sesuatu yang memberi makna tersendiri.
Selaian trofi tersebut, Ernie turut mengungguli kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi Goodbye Hello yang dinyanyikan bersama suaminya, Syamel.
Kemenangan itu sekaligus melayakkan mereka menerima sebuah trofi kemenangan beserta Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM500,000 yang disalurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).
“AIM adalah anugerah yang saya tunggu-tunggu. Impian saya, dari kecil menonton AIM dan saya ada bercakap dengan suami. Dia pernah merasa genggam trofi AIM sebelum ini tapi saya tak pernah.
“Bila dianjurkan kembali selepas beberapa tahun dan nama saya tercalon dengan rakan artis lain. Sudah tentu rasa gembira sebab sekurang-kurangnya ia bagi semangat untuk kita kerja lebih keras. Sekarang ada sebab mengapa kita perlu buat yang terbaik.
“Apa yang boleh saya katakan, kemenangan ini adalah sesuatu yang bermakna bagi saya pada tahun ini, alhamdulillah,” katanya kepada MH.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga terharu kerana anugerah yang diterima adalah hasil penilaian yang dilakukan lebih 100 juri profesional.
“Rasa bersyukur, juri yang menilai pun di kalangan mereka yang profesional dan saya gembiralah bika hasil kerja diiktiraf serta dihargai sebegini.
“Sejak usia saya 15 ke 16 tahun begitu, saya sudah berhasrat untuk genggam trofi AIM. Bagi saya, ia anugerah yang perlu saya ada dalam kerjaya. Hari ini (Ahad) Allah SWT makbulkan.
“Jujurnya banyak lagi perkara yang saya nak capai dan buat dengan lebih baik. InsyaAllah doa-doakan saya,” katanya lagi.
Terdahulu, AIM23 yang bertemakan Glam dan Sophisticated, telah dijurikan barisan juri profesional seperti Datuk Mokhzani Ismail, Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz, Fauzi Marzuki dan ramai lagi.
Malam penuh bersejarah itu turut diserikan dengan persembahan antaranya daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Nikki Palikat, Aina Abdul, Marsha Milan dan ramai lagi.
Disenaraikan barisan lengkap para penerima trofi AIM edisi kali ini;
1. LAGU NASYID TERBAIK – Thank You Allah – Alyah feat. Cat Farish & Ustaz Haris (Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris)
2. LAGU POP ETNIK TERBAIK – Adat Kasih – Ziha Salleh (Aubrey Suwito / Tinta)
3. ARTIS BARU TERBAIK – Vanessa Reynauld – Buat Ku Sempurna
4. KULIT SINGLE / ALBUM TERBAIK – Adat Kasih – Ziha Salleh (Patrick Leong Kok Soong)
5. LAGU PALING TINGGI DISTRIM – Lotus – ForceParkBois
6. RUNUT BUNYI (OST) TERBAIK DI DALAM FILEM / DRAMA – Bahagiakan Dia – Shila Amzah & Liza Hanim (Aliff Iskandar & Que Afiq)
7. VIDEO MUZIK TERBAIK – Gatal – Janna Nick (Chuan Looi)
8. RAKAMAN ALBUM TERBAIK – Belagu – Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)
9. RAKAMAN LAGU TERBAIK – Tudung Periuk – Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)
10. SUSUNAN TERBAIK DALAM LAGU – Tudung Periuk – Dayang Nurfaizah (Aubrey Suwito)
11. LAGU R&B / HIP HOP TERBAIK – CIAO – Joe Flizzow ft. MK, Jay Park (Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions)
12. LAGU POP ELEKTRONIK / DANCE TERBAIK – Fun, Lust, Love – Late Night Frequency (Mojan LNF)
13. VIDEO MUZIK RASMI MALAYSIA PALING TINGGI DITONTON DI YOUTUBE – Malam Semakin Dingin – Tajul & Afieq Shazwan (FMC Music Sdn Bhd)
14. LAGU NADA DERING JUALAN PALING TINGGI – Adakah Ini Mimpi (Reedzwann)
15. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK – Game of Charades – Sophia Zuhri (Sophia Zuhri)
16. LAGU CINA TEMPATAN TERBAIK – Wu Ren Qian Shou De Xin Fu – Uriah (Uriah, Jia Wang / Hong Jian Rui)
17. LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA – Tak Ingin Usai – Keisya Levronka
18. LAGU ROCK TERBAIK – Tugu Ugut – Sekumpulan Orang Gila (Nazrin / Ajim Juxta)
19. LAGU POP TERBAIK – Goodbye, Hello – Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)
20. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (BERKUMPULAN) – V.E – Tunggu
21. PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU – Shila Amzah & Liza Hanim – Bahagiakan Dia
22. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) – Arddley Nicholas – Pilu
23. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) – Ernie Zakri – Sinar Mata Hati
24. ANUGERAH SRI WIRAMA – Tan Su Loke
25. ALBUM TERBAIK – Yonny (Deluxe Version) – Yonnyboii (Wolfy)
26. LAGU TERBAIK – Goodbye Hello – Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)
AIM 23 menemui penonton secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada jam 9.00 malam tadi membawa gandingan tiga pengacara terkemuka tanah air iaitu Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jasmin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Ain Sufia hari ini berkongsi mengenai status kesihatan bapanya yang baru-baru ini dikejarkan ke Hospital Serdang dari Hospital Seremban, Negeri Sembilan bagi menjalani prosedur pembedahan membuang batu karang di kedua-dua belah buah pinggangnya.
Kongsinya menerusi Instagram, pembedahan yang dijalankan pada Khamis lalu tidak berjaya. Lalu, keadaan bapanya perlu dirujuk kepada pakar di Institut Kanser Malaysia (IKN).
“Salam semua. Terima kasih atas doa semua utk Abah. Saja nak share kat semua yg mendoakan Abah, operation yg abah buat Khamis lepas di Hospital Serdang TAK BERJAYA.
“Abah perlu di refer kpd yg lebih pakar di Institut Kanser Negara (IKN) tapi doc pakar tersebut tiada selama seminggu jadi doc Hospital Seremban buat keputusan cepat utk buat saluran kencing sementara di buah pinggang abah sblh kanan supaya tak jadi lebih teruk utk elakkan dpd dialisis.
“Buah pinggang sblh kiri mmg dah rosak dan juga ada batu karang. Jadi doc hanya fokus yg sblh kanan,” jelasnya.
Sambil mengharapkan yang terbaik buat bapa tercinta, bekas peserta Skool of Lawak ini juga turut mendoakan agar kita semua dilindungi daripada sebarang wabak dan penyakit berjangkit.
“Sementara tggu date drpd IKN abah tak boleh keluar dpd hospital lg sbb air kencing dpd saluran tu masih berdarah dan perlu diberi perhatian.
“Hari ni dah 8 hari lah abah kat hospital dan Umi yg teman abah. Ada yg ckp gilir2 lah ngn Umi tu. Kami adik beradik setelkan hal2 rumah, bawak dan masak makan minum Umi, bwk Umi blk mandi rehat dan tak perlu lah nk disenaraikn semua kat sini.
“Allah dah susun dgn baik. Insyaallah. ‘You are not in our shoes’.
“Doakan semua urusan Umi Abah di hospital dipermudahkan, batu karang abah pecah dan boleh keluar ikut saluran yg dibuat dan doc diberi petunjuk dpd Allah utk buat yg terbaik dlm rawatan abah.
“Semoga kita semua dilindungi dpd wabak penyakit, penyakit berjangkit. Aminnnn,” pohon Ain.