
Pelakon Farah Nabilah ada berkongsi gambar bersama ibunya, Haslina Ismail.
Gambar tersebut melihatkan Farah dan ibunya bergambar bersama disertakan kapsyen pertanyaan.
“Cantikkan bakal mak mertua awak?,” tulis Farah di ruangan kapsyen.
View this post on InstagramCantikkan bakal mak mertua awak ? 🙊
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Bagaimanapun, gambar tersebut telah mendapat respon dari teman rapatnya, Fikry Ibrahim yang pernah bergandingan dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek.
Menjengah di Instagram ibu Farah, dia juga sering berkongsi gambar di Instagram.
View this post on InstagramThis year tak complete without Didi @raaicist 💔 #longdistance
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
View this post on InstagramSelamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin ✨
A post shared by Farah Shahirah (@farshaa_) on
View this post on InstagramA post shared by farah nabilah (@farah_nabilah_fans_) on
View this post on InstagramUs supporting @mimpi_kita & @fiziwoo last night. #TheWeddingKL
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Foto : Instagram Farah Nabilah/ Haslina Ismail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Langsung Tak Terima Lafaz Cerai Seperti Didakwanya Dilakukan Terhadap Saya Menerusi Whatsapp,” – Lufya Omar

Memetik artikel Berita Harian, penyanyi Lufya Omar mengakui tidak pernah menerima sebarang lafaz cerai menerusi aplikasi Whatsapp seperti yang didakwa suami, Dr Che Muhammad Hafiz.
Malah, dia mengakui bingung dengan penjelasan suaminya kepada media sebelum ini yang menjelaskan dia sudah melafazkan cerai ke atas isteri menerusi aplikasi berkenaan.
“Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp.
“Kalau dia ada memfailkan perceraian, saya pasti ada menerima dokumen berkaitan,” katanya dipetik.
Dia turut memohon agar suami mengikut saluran yang betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.
“Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.
“Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp.
“Dia kena fikir, dirinya mempunyai anak. Semua ini adalah untuk kebaikan dan hormatilah cara sepatutnya bagi melepaskan wanita yang kamu kahwini,” katanya.
Bintang Akademi Fantasia ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.
Foto : Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masa Mula Kahwin Terkejut Juga,” – Shaheizy Sam Terbiasa Ragam Si Isteri Yang Suka Gurau Kasar

Pelakon Shaheizy Sam tidak telalu mengambil pusing mengenai gurauan kasar isteri, Syatilla Melvin yang telah mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Mana tidaknya, tindakan Syatilla yang memuat naik sekeping gambar sambil memegang buah dada adiknya, Shifa Melvin telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Sekali gus, ia menjadikan gambar tersebut sebagai gambar berbaur lucah.
Bagaimanapun, Sam tidak menjadikan ia sebagai satu perkara serius kerana ia merupakan sifat semulajadi isterinya yang berasal dari utara.
“Kita tak boleh terlalu nak memikirkan tentang orang sangat sebab di dunia ni pelbagai jenis manusia yang mempunyai ragam masing-masing.
“Mungkin cara pemikiran orang berbeza dengan caranya mereka berfikir. Tetapi kadang-kadang adik-beradik yang faham dan orang sekeliling okay, jadi okaylah situasi itu.
“Masa mula-mula berkahwin dengan dia (Tilla) saya terkejut juga denga cara dia bergurau kasar, tapi bagi saya ia adalah satu keisitimewaan sebab dia berasal dari utara.
“Lama-kelamaan, saya sudah biasa dengan cara mereka (sekeluarga)”,kata Sam kepada MH ketika ditemui di Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya, pada Isnin.
Bagaimanapun, pelakon filem Polis Evo itu menepis kata-kata netizen yang menganggap bahawa perkara tersebut boleh menjejaskan imej mereka sekeluarga.
“Mungkin bagi saya sendiri, saya akan fikir dulu kesannya dalam jangka masa panjang, tetapi bagi mereka (adik-beradik Tilla) jenis yang tidak kisah dan mereka dengan cara mereka sendiri.
“Kadang-kadang kita buat baik pun orang tetap kecam. Jadi saya tak rasa gurauan tersebut boleh membawa kepada imej buruk saya sekeluarga,” jelas Sam.
Dalam perkembangan lain, pasangan ini merupakan pengasas produk kesihatan untuk memiliki bentuk badan ideal iaitu Freaky Fitz.
Seramai 30 peserta telah menyahut cabaran dalam 20 Days Challenge untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan hanya dalam masa 20 hari sahaja.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayub… Nama Anak Keempat Adira

Penyanyi Adira memuat naik video sedang menyusukan anak lelakinya yang baru sahaja dilahirkan pada 29 September lalu.
Apa yang menarik, Adira secara tak langsung turut berkongsi kepada peminat nama anak bongsunya itu.
“Botol susu favourite Ayub ni, dah la design cantik, extra soft dan large nipple close to mummy.
“Botol pun boleh guna sampai besar sebab boleh jadi botol air. Thank you @heorshemalaysia!,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan itu, para peminat menitipkan dedikasi indah selain memuji kecomelan permata hatinya itu.
“Comelnya.”
“Pipi dia bambam betul, sedap nama Ayub. Maksud yang indah, nak ingat pun senangkan. Semoga baby
Ayub jadi anak yang soleh. Ami tak pernah tak cantik tau.. berseri-seri.”
“Comelnya baby Ayub yang soleh ni.”
“Alahai comelnya baby Ayub.”
Artikel Berkaitan;
“Saya Dan Bayi Dalam Keadaan Baik,” – Selamat Bersalin Secara Pembedahan, Adira Timang Anak Keempat
Digelar Ratu Sountrack, Ini Perkongsian Adira – “Tapi Dalam Hati Kadang Rasa, Orang Tak Jemu Ke…?”
Untuk info, Adira selamat bernikah dengan suaminya yang juga ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015.
Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami turut dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI