Penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti ada menitip ucapan hari jadi buat anak lelakinya, Azriel Hermansyah yang ke-19 tahun.
Berita gembira itu dikongsikan penyanyi lagu Menghitung Hari itu di Instagram miliknya.
“Selamat Ulang Tahun @azriel_hermansyah , doa mimi & Omm @raullemos06 menyertai langkah jiel . semoga tercapai segala cita-cita. Amin yra 🙏🏼#2000 #nagaemas,” tulisnya.
Untuk rekod, Kris berkahwin dengan Anang Hermansyah pada 1996 dan bercerai pada 2009. Mereka turut dikurniakan dua org anak iaitu Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Hermansyah.
Kris kemudian berkahwin dengan Ashanty pada tahun 2012.
Foto : IG Krisdayanti, Azriel Hermansyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta, pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini.
Malah, Che Ta pernah tersenarai antara selebriti wanita tercantik tanah air, sememangnya mempunyai aura dan pesona tersendiri. Apatah lagi, dia merupakan Miss Malaysia Intercontinental 1992 yang cukup sinonim dengan kecantikan dan fesyen.
Che Ta Selesa Dengan Small Circle, Mahu Elak ‘Backstabber’
Namun, wanita jelita ini kini sudah berada di usia emas 50-an dan kian matang melalui episod kontroversi dan asam garam dunia seni, hampir dua dekad bergelar anak seni Che Ta akui dia kini selesa dengan Small Circle dan lebih berhati-hati memilih kawan.
“Sebab I rasa bila dah berusia ni, I macam nak kecilkan circle kawan. Tengok mana yang kawan makan kawan, kawan yang friend for benefit ke semua tu I nak avoid,” ujarnya.
Usahawan Inai Che Ta dan RCW Scarves turut menjelaskan bahawa dia kini amat mengutamakan hubungan kekeluargaan dan selesa dikelilingi adik-beradik dan ahli keluarga tersayang.
“Hubungan adik-beradik memang akrab sebab kita tak banyak kawan luar, kita hanya berkawan dengan adik-beradik. Susah senang kami dari kecil, hanya ada adik-beradik je.
“Macam sekarang, I lebih suka keluar dengan adik-beradik stay dan lepak dengan mereka. Macam my mom pun duduk dengan I. Ayu je duduk jauh sedikit dengan kami, lain-lain semua duduk dekat KL. Bila weekend Ayu datang rumah, I akan ajak semua datang rumah makan-makan dan berkumpul,” katanya.
Che Ta Mahu Perbaiki Diri Lebih Dekat Dengan Ilahi!
Tambahnya lagi, meniti usia separuh abad, Che Ta hanya mahu menikmati kehidupan yang lebih tenang dengan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
“Sebab tu kalau tengok, I dah jarang lepak dengan kawan. Sekarang kehidupan I pagi mengaji, lepas Zohor baru pergi office dan balik. Sebelum Maghrib tu dah dekat rumah. Kehidupan I sekarang ni kalau orang mungkin tak nampak I dekat mana-mana, I sebenarnya sangat tenang di rumah.
“Iyalah, kita tua ni kita tak nak apa dah, kita nak kehidupan yang harmoni. Kalau boleh amal ibadat, kita tak nak tinggal. I rasa bila kita duduk dekat rumah just pergi office, I rasa waktu solat tu kita dah tak lambat, kadang-kadang (dulu) tertinggal.
“Bila umur macam ni ketenangan kita banyak di rumah dan dengan adik-adik saja,” luahnya.
Seronok MH tengok keakraban Che Ta dan adik-beradik. Walau masing-masing dah bekeluarga dan ada bisnes sendiri tetap meluangkan masa untuk berkumpul ramai-ramai. Kalau dah berkumpul, meriah sungguh!
Untuk rekod, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan pelakon kacak, Zain Saidin pada 11 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisya Dhia Rana.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sari Yanti atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari baru-baru ini akhirnya berkongsi berita gembira dengan mengesahkan dia kini sedang hamil anak kelima.
Pelakon drama Kisah Kaisara berusia 37 tahun itu mengumumkan perkara tersebut menerusi Ask Me A Question di Instagram Story.
“Betul ke kak Sari mengandung lagi,” tanya pengguna Instagram sambil dijawab positif oleh Sari.
“Lebih dari 50% soalan ini. Ya betul kak Sari mengandung. Alhamdulillah,” balasnya.
Bagaimanapun, Sari turut berkongsi, ia sebenarnya adalah kandungan ketujuh selepas dia mengalami dua kali keguguran.
Menerusi satu pautan lain, Sari turut berkongsi reaksi rakan selebriti, Wawa Zainal.
Secara seloroh, isteri kepada Aeril Zafriel itu memberitahu dia akan cuba ‘mengejar’ kehamilan Sari.
“Bestnya, tahniah Sari Yanti. Ku kejar nanti,” jelas Wawa sambil disambut Emoji oleh isteri Jep itu.
Terdahulu, teka teki yang membayangkan Sari hamil lagi mulai timbul selepas dia berkongsi foto bersama Scha Alyahya di Instagram.
Menepati frasa ‘beauty with brain’, pencapaian akademik penyanyi dan pelakon Dr Soo Wincci begitu membanggakan ramai.
Bagaimanapun, Wincci menerusi satu sesi langsung bersama Institut Perbankan Islam dan Kewangan Malaysia (IBFIM), baru-baru ini menegaskan bahawa mempunyai pendidikan tinggi saja tidak mencukupi sekiranya tidak dapat melakukan tugasan kerja dengan baik.
“Jangan fikir ia (pendidikan) hanya untuk kebanggaan semata-mata. Jika anda pelajar kelas pertama sekali pun tapi tidak tahu bagaimana untuk berikan khidmat terbaik, maka itu tidak berguna.
“Sebab itu saya selalu sebut pada diri untuk dapatkan apa saja ilmu tapi bukan untuk menunjuk-nunjuk. Orang yang hebat itu bukan saja ada pendidikan tinggi, tapi dia juga boleh bekerja untuk perkara itu dan mempunyai pelbagai kelebihan lain,” katanya.
Memiliki pelbagai kelulusan memudahkan dirinya berhijrah ke luar negara untuk memberikan khidmat berkaitan, namun selebriti cantik berusia 37 tahun ini lebih senang untuk terus menabur bakti di Malaysia.
“Ada yang bertanya kepada saya kenapa balik semula ke Malaysia selepas sudah pergi jauh (belajar di luar negara). Saya jawab, ini adalah tujuan saya untuk kekal di sini dan tak ada sebab untuk menunjuk-nunjuk.
“Jika tidak ada sesiapa yang mahu kembali berkhidmat kepada negara, maka siapa yang akan pertahankan negara kita. Saya belajar dengan bersungguh-sungguh bukan hanya untuk dapatkan ganjaran wang semata-mata,” katanya.
Wincci kini berkhidmat sebagai pensyarah muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Miss World Malaysia 2008 itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Reading, United Kingdom, tiga sarjana, iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia); Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).
Anak kelahiran Selangor itu juga berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia, sekali gus melakar kejayaan tersendiri apabila memperoleh lima ijazah berkenaan dalam tempoh 15 tahun.
Lebih membanggakan, Wincci mencipta rekod Malaysia apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Dr Soo Wincci
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...