
Posting terkini pelakon dan pelawak, Zizan Razak nyata mencuri perhatian para peminatnya.
Berkongsi foto sedang berada di hospital, pelakon Abang Long Fadil itu meminta maaf kerana tidak menjawab panggilan serta mesej yang diterimanya.
Bagaimanapun, posting berkenaan sudah pun dipadamkan selepas beberapa minit ia dimuat naik.
Bagaimanapun, terkini Instagram Zizan sekali lagi berkongsi foto keadaan terkini bintang berkenaan yang terlantar di hospital.
View this post on InstagramA post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on
“InsyaAllah Zizan ok. Doakan Zizan kuat dan sihat sentiasa. Amin,” kongsinya tanpa memaklumkan apakah punca dirinya terpaksa bermalam di hospital.
Lalu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti berdoa agar kesihatan bintang tersebut kembali pulih, apatah lagi dengan kehadiran Syawal yang bakal tiba, beberapa hari sahaja lagi.
Foto: Instagram Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baca Banyak Kali Yassin Ni…”- Pakai Baju Tanpa Lengan, Tapi Guna Kapsyen Tak Selari Dengan Foto, Ruhainies Kencang Dikritik Netizen

Pelakon Ruhainies ada memuat naik sekeping foto dengan mengenakan gaun berwarna hitam tanpa lengan di Instagram.
Bagaimanapun, foto tersebut telah mendapat kecaman hebat netizen apabila kapsyen yang digunakan itu merupakan kata-kata pujangga, namun ia bagai tidak selari dengan gambar pelakon berusia 26 tahun itu yang dianggap terdedah.
“Be the flower that gives its fragrance to even the hand that crushes it,” tulisnya.
Lalu, netizen telah memberi pandangan masing-masing terhadap gambar dan kapsyennya itu seakan tidak berapa sesuai.
Pada masa sama, pelakon Jejak Karmila ini juga menerima komen pedas.
Menerusi carian di Google, ungkapan emas atau quotes itu sangat sinonim sebagai pembakar semangat dalam hidup bagi setiap individu.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bangun Pagi Dengar Lagu, Tatap Gambar Rihanna,” – Cara Haneesya Hadapi Komen Negatif

Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee telah membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan sebuah trofi malam tadi mengakui dia ada cara tersendiri untuk terus positif bila bercakap mengenai fikizal.
Memiliki figura tinggi lampai dan berkulit hitam manis, Haneesya pada masa sama memang aktif dalam memberi kesedaran kepada netizen yang seakan pesimis dengan individu yang dikatakan tidak cantik apabila berkulit gelap.
Bagaimanapun, gadis berusia 18 tahun itu tetap tenang berhadapan situasi sedemikian, bahkan mempunyai cara sendiri untuk terus yakin dan positif.
“Bangun pagi saya akan dengar muzik dan lagu-lagu seperti Rihanna dan tatap gambar-gambar penyanyi antarabangsa itu,”kata Hanee kepada MH.
Menjadikan Rihanna sebagai idola, Hanee juga menganggap penyanyi lagu Umberella itu seorang yang berkeyakinan tinggi.
“Kalau dia boleh buat dengan tona warna yang sama macam saya (hitam manis),kenapa tidak bukan?
“Malah, Rihanna juga seorang yang berkeyakinan dengan diri dia sendiri. Apapun, saya memang sering bercakap mengenai isu ini memandangkan masih ada yang seakan menidakkan mereka berkulit gelap juga mampu berdiri setara dengan mereka yang berkulit cerah.
“Apapun saya percaya masing-masing ada kelebihan yang boleh diketengahkan,” tambah Hanee lagi.
Sementara itu, gadis yang fasih berbahasa Mandarin, Tia Sara pula dijulang sebagai tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi Sherin, semalam.
Tempat keempat disandang Anna Jobling sementara tempat kelima pula milik Rania.
Selain itu, program final yang bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD itu menampilkan Scha Alyahya sebagai hos, Datuk Aznil dan Neelofa sebagai juri jemputan.
Sementara Datuk Hans Isaac pula sebagai bertindak sebagai juri tetap.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tengok Usaha Dia Pun, Saya Rasa Penat,” – Harith Iskander Kecewa Ada ‘Aduan’ Atas Kerja Amal Ebit Lew

Pelawak Harith Iskander meluahkan kekecewaan apabila ada pihak didakwa ada membuat ‘aduan’ sehingga pendakwah bebas, Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi penjelasan.
Jelasnya, niat Ebit cukup murni untuk menolong golongan susah, malah jelas Harith, dia sendiri tidak mampu melakukan usaha yang sama seperti itu.
Dia turut memohon netizen untuk terus memberi sokongan kepada pendakwah itu untuk terus melakukan kerja-kerja kebajikan.
“Siapa pulak buat “aduan” sehingga saudara Ebit Liew dipanggil melapurkan diri ke Bukit Aman? Ya, memang beliau kesana kesini waktu PKP ini … dengan niat nak tolong orang.
“Dia bukan saja nak pergi jumpa orang tanya khabar. Saya tengok usaha dia pun, saya rasa penat.
“Saya juga faham perasaan beliau bila lihat orang yang tengah susah tak boleh ignore, buat tak tahu. Sebagai manusia kita rasa sedih dan kalau boleh – kita tolong. Penat tak fikir asalkan kita dapat ringankan beban mereka yang susah.
“Maybe I dont know the “background story” but I hope he gets to fulfill his calling. Kita bersama mu Ustaz Go to his page and see how many people he has reached out too,” tulisnya yang turut dilampir posting Ebit yang terkait.
View this post on InstagramA post shared by Harith Iskander™️ (@harithiskander) on
Lalu, posting berkenaan turut mendapat reaksi warga maya yang rata-ratanya memberi pandangan terhadap isu berkenaan.
Foto : Instagram Harith Iskander
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI