Bekas isteri pemuzik, Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh kini sedang menikmati percutian di Bali, Indonesia.

Malah, ibu tunggal kepada dua orang anak ini juga berkongsi momen indahnya ketika bercuti di negara seberang.

View this post on Instagram

Bahagia itu dicari bukan dibeli..💚

A post shared by Intanroxs (@__iiiintan.saleh) on

View this post on Instagram

Kalau bisa aku kembangkan sayap dan terbang bebas…

A post shared by Intanroxs (@__iiiintan.saleh) on

Dalam pada itu, Intan juga ada berkongsi video berserta kapsyen tersendiri.

“No men no problem…buat love dgn mok ni pun jadilah,” tulisnya sambil disertakan video sedang bermain buaian di pusat percutian di Indonesia. 

Sementara itu, di ruangan komen, netizen turut gembira melihat Intan liburan bersama rakannya.

Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya  Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.

Ude kemudian berkahwin dengan  pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang dilahirkan 29 Jun lalu.

Foto : Instagram Intan Liana