Joy Revfa atau nama penuhnya Siti Arifah Mohd Amin yang bergelar usahawan kosmetik ada berkongsi foto bersama seorang wanita yang dipanggil adik, Dr.Affa Rovna.
Malah, perkara itu dikongsikan Joy menerusi akaun Instagramnya.
“Tak puas spend time dgn my lil sister Affa smlm.
“Rindu sgt… insyallah nanti kakcik dtg kat Sabah pula spend time dgn Affa,” tulis Joy sambil disertakan swafoto bersama gadis manis itu.
Penyanyi Tasha Manshahar memohon doa orang ramai mendoakan kesembuhan buat kedua ibu bapanya yang telah disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Tasha bagaimanapun memaklumkan, ibunya, Herina Wong Abdullah kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Serdang, Selangor, sementara bapanya, Mohd Manshahar berada dalam keadaan stabil dan menjalani kuarantin di rumah.
Menerusi perkongsian di Insta Stories, Tasha mendedahkan paru-paru ibunya mengalami jangkitan selain tahap kandungan Oksigen di dalam badan juga merosot.
Lalu, ibunya terpaksa dikomakan untuk memberikan bantuan pernafasan sehingga keadaan tubuh kembali stabil.
“Sebenarnya tidak menjangka langsung akan sampai jadi tahap macam ni. Dia (ibu) kelihatan sihat ketika mula-mula dimasukkan ke wad. Apa-apa pun, kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu Allah.
“Sebab itu saya minta sangat-sangat doa semua. Doakan senjata oranf mukmin. Mummy pun kena kuat semangat,” tulisnya.
Dia pada masa sama, turut menzahirkan ucapan kasih kepada atas doa semua pihak dan mengakui memerlukan motivasi untuk berhadapan dengan situasi sebegini.
Foto: Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski berstatus selebriti dengan kerjaya profesional bergelar doktor, namun doktor viral, Dr Shazril mengakui pernah memandu kereta Perodua Viva keluaran 2010 yang diturunkan daripada kakaknya.
Menurut Shazril yang lebih sinonim dipanggil Say, kereta bukanlah keutamaan dalam hidupnya, apa yang penting dia boleh bergerak ke satu destinasi ke destinasi lain.
“Topik : Malu Ape Peeps Part 1
“Sy drive Perodua Viva keluaran 2010 yg diturunkan drpd akak sy. Membeli kereta was never a priority for me cz sy fikir kereta is not an asset. With time, d value will depreciate & xmendatangkan keuntungan, asal bley gerak dari point A to point B cukup dh. Paling penting bg sy ialah menyediakan tempat berteduh bg bini, bakal baby & diri sendiri.”
Walaupun isteri, Dr Azura Abas, pernah mengalami kemalangan akibat tertidur sewaktu memandu, namun setelah dibaiki, semuanya sempurna semula.
“Tapi parents sy dh mula bising sb yelah kereta ni dh agak kopak & rabak. Pnah one time bini eksiden dgn kete ni sb tertidur waktu Houseman dulu.
“Sedap die sagat divider jalan tapi no hal ketuk & cat & voila Viva kembali up & running. Skidded tak terkira dah, tayar pecah dh mcm rutin. Tp sy degil, masih dgn pendirian “buatpe nak bazirkan duit kt bnde yg kaum aku suke nak tayang ni”.”
Namun, melihatkan wanita tersayang yang kini sedang sarat mengandung, hatinya tersentuh melihat susah payah untuk menaiki kereta kecil ini.
“Sejak bini makin sarat ni, pendirian sy mengenai kereta mula goyang. Bile tgk die bersusah2 nak masuk kereta (agak sempit dlm viva tuk yg sarat), bersusah2 nak bangun bile smpi destinasi (viva agak lowered) & setiap kali terlanggar lubang/ bumper, bini akan pegang perutnye (risau akan kandungannye) sayu sy melihatnye. Bini xpnah langsung complain/ mintak kete baru kt saye tapi… Aih berlinang mata karang, sambung part 2 nnt peeps.”
Setelah hampir sebulan mengikat tali pertunangan, bintang versatil Zulin Aziz berkongsi beberapa keping foto pra-perkahwinan bersama tunang tersayang, Farhan Norzaini.
Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz telah memuat naik foto penuh makna itu menerusi Instagram miliknya.
Dengan menulis tanda pagar #countindays di ruangan kapsyen, tidak dinafikan pelakon berusia berusia 33 tahun ini sedang menghitung hari menanti saat diijabkabulkan.
Mereka dijangka ini bakal disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari depan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat meluahkan rasa teruja setelah melihat perkongsian pelakon drama bersiri Penjara Janji ini.
Pada masa sama, peminat turut mendoakan agar segala urusan bintang jelita ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
“Moga dipermudahkan segalanya,” titip seorang netizen.
“Ahh tak zabarrr nye nak tgok korang kawen,” tulis seorang wargamaya.
“Cantiknya. Serasi bersama ….,” puji peminat.
“Tak sabarnya nk tgk korang kawin,” luah lagi seorang peminat.
Terdahulu, Zulin telah mengikat tali pertunangan bersama Farhan pada 28 Januari lalu.
Majlis pertunangan itu diadakan secara tertutup dan sederhana di kediaman abang kepada bintang berkenaan di Segambut Dalam, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zulin Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!