Gitaris terkenal, JoBranko menafikan dakwaan dia sengaja meletakkan bayaran yang tinggi untuk kumpulan Barbarik sebagai tanda untuk menolak usaha berdamai yang cuba dilakukan vokalis Wings, Datuk Awie.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, JoBranko atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir menyifatkan soal harga ini tidak sepatutnya dicampurkan dengan urusan peribadi.
“Saya ingin menegaskan bahawa soal harga yang dibincangkan adalah perkara biasa dalam mana-mana urusan profesional, termasuk dalam industri muzik.
“Setiap artis, termasuk Barbarik, mempunyai hak untuk meletakkan nilai yang sesuai berdasarkan pengalaman, bakat, dan reputasi.
“Saya pasti, Awie atau mana- mana artis yang lain juga mempunyai nilai yang pada hemat mereka bersesuaian dengan reputasi dan harga pasaran mereka. Ini adalah perkara asas dalam industi hiburan di seluruh dunia.
“Meletakkan harga tertentu tidak
seharusnya dianggap sebagai penolakan terhadap hubungan silaturahim. Adalah penting untuk kita memisahkan urusan profesional daripada hal peribadi,” katanya.
Pada masa sama, bekas gitaris kumpulan Wings ini memaklumkan dia akan sentiasa menyambut baik usaha berdamai ini jika ia dilakukan secara ikhlas.
“Jika benar niat untuk bersilaturahim, cara terbaik adalah dengan pendekatan peribadi bukan melalui tawaran komersial seperti konsert.
“Saya terbuka untuk duduk dengan sesiapa sahaja, termasuk Awie jika tujuan utama adalah untuk memulihkan hubungan lama.
“Tetapi ianya mesti di mulakan dengan niat dan tujuan yang tulus dan ikhlas,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, JoBranko akui kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Awie selain turut menyifatkan ia tindakan yang tidak profesional.
“Mengeluarkan kenyataan yang jelas mengelirukan sebenarnya bukan untuk memulihkan hubungan silaturahim tapi kelihatan mempunyai niat yang tidak baik.
“Dalam dunia teknologi masa kini, Awie boleh saja menghantar mesej menggunakan Whatsapp atau menghubungi telefon saya jika beliau ikhlas tetapi mengeluarkan kenyataan melalui media dan mempersoalkan harga yang letakkan oleh kumpulan Barbarik adalah
jelas tidak profesional,” ujarnya.
Katanya lagi, dia juga sudah pun memaafkan dan melupakan segala sengketa lama bersama Wings.
Malah, dia kini hanya mahu memberikan fokus bersama Barbarik dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Media semalam melaporkan Awie menerusi syarikatnya menawarkan kepada JoBranko dan kumpulannya, Barbarik untuk mengadakan persembahan di Rock Warrior Music Festival (RWMF) tetapi tidak kesampaian apabila JoBranko dikatakan meletakkan harga tinggi.
Awie kemudian mendakwa JoBranko menolak silaturahim yang dihulurkan apabila menolak tawaran itu dengan meletakkan harga yang tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram JoBranko
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehilangan insan tersayang bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui oleh penyanyi Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair.
Menerusi akaun Instagram, penyanyi ini ada meluahkan perasaan bersama peminatnya.
Balu kepada arwah Ashraf ini memberi kata nasihat kepada peminatnya untuk menyayangi antara satu sama lain kerana setiap masa itu sangat berharga.
“Terlampau banyak Kehilangan.. 2020 memang berbeza.. Lets take care of each other.. Lets love each other.
“Nikmati moment yang dipunya. Mencintai. Memberikan kasih dengan orang yg dicinta. Karena kita tahu, waktu sangatlah berharga. Love, BCL,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata memberi kata-kata semangat kepada Bunga untuk terus cekal dan tabah.
Terdahulu, Ashraf yang sinonim menerusi aksinya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu di negara ini meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bergelar selebriti apa yang dipaparkan mungkin tak seindah apa yang dibayangkan. Kita sering melihat selebriti tampil cantik dan bergaya sempurna di khalayak umum. Disebalik ‘kesempurnaan’ itu mereka juga manusia biasa yang mengalami masalah sama seperti wanita-wanita diluar sana.
Siapa sangka ibu kepada dua cahaya mata ini juga mempunyai ‘struggle’ tersendiri dalam memastikan kesihatan rambut terjamin disebalik helaian tudung yang digayakan. Ini perkongsian Elfira Loy tentang bagaimana dia menangani masalah rambut rosak dan tudung mengeluarkan bau kepam yang kurang enak.
Jangan Buat Perkara Yang Satu Ini! – Elfira Loy
Menyedari dia antara artis yang sudah lama bertudung dan menutup aurat, Elfira memberitahu salah satu tip yang boleh dikongsi khusus untuk wanita berhijab, setelah menyuci rambut dengan syampu, anda perlu pastikan rambut betul-betul kering dan tidak boleh terus pakai hijab dalam keadaan rambut basah.
“Walaupun kita sudah jaga rambut sebaiknya dan benda ini patut dielakkan. Ramai yang lupa kerana mahu cepat bergegas ke tempat kerja atau aktiviti lain. Dan bagi yang bekerja 12 jam sehari pula cuba cari masa untuk biarkan rambut anda bernafas. Inilah tip yang memang El amalkan sejak mula berhijab beberapa tahun lalu.
“Biasanya untuk seminggu tu tiga kali saja El bersyampu dan waktu inilah El akan cuci kelemumur pada kulit kepala. El juga akan pastikan guna conditioner pada rambut dan kemudian pastikan rambut kering sebelum memakai hijab,” ujarnya ketika ditemui team NONA pada sebuah majlis di Usj, Subang.
Elfira Syorkan Syampu Ini Untuk Pelihara Kesegaran Rambut Wanita!
Elfira Loy turut mendedahkan sepanjang berhijab dia amat selesa memilih Rejoice Hijab Perfect Cool untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya, kerana sukakan bauan segar.
“El betul-betul jatuh cinta dengan syampu ini. Bila El basuh rambut pada waktu pagi, El benar- benar terkejut dengan kebersihan dan sensasi kedinginan ditambah dengan bau bunga Kasturi yang sangat menyegarkan.
“Jadi El tak kisah kalau seharian berada di luar dengan persekitaran yang lembap dan terdedah kepada cahaya matahari dan debu pada waktu yang lama. Rambut dalam tudung El masih bersih, sejuk dan segar.
“El sangat gembira dengan produk ini dan nak syorkan produk ini kepada wanita-wanita bekerjaya yang perlu memakai tudung seharian di luar sana!”, ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.