Selepas pertuduhan melibatkan kes dadah digugurkan, nama anak sulung Raja Bollywood, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan kembali menjadi bualan hangat netizen antarabangsa.
Terbaharu, agama anutan Aryan, 25, pula menjadi pertikaian apabila dia didakwa memakai rantai lambang salib ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran ke-50 pengarah terkenal, Karan Johar yang diadakan baru-baru ini.
Kedatangan Aryan turut ditemani bapanya, Shah Rukh serta ramai bintang Bollywood terkenal yang turut hadir pada malam itu seperti Kajol, Aishwarya Rai Bachchan, Abhishek Bachchan, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, Saif Ali Khan dan Katrina Kaif.
Gara-gara aksesori yang digayakannya pada malam itu, netizen mula mempersoalkan pegangan agama Aryan.
Menerusi laporan media sebelum ini, Aryan dikatakan menganuti agama Islam mengikut agama bapanya.
Seperti yang diketahui, Shah Rukh berkahwin dengan isterinya, Gauri yang merupakan penganut agama Hindu.
Sekadar informasi, perkahwinan campur tanpa melibatkan pertukaran agama sudah menjadi kebiasaan penduduk di India.
Susulan itu, agama anak-anak akan ditentukan mengikut perbincangan di antara kedua ibu bapa mereka.
Shah Rukh berkahwin dengan Gauri yang merupakan seorang produser pada 25 Oktober 1991 dan hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Aryan, 25, Suhana, 22, dan AbRam Khan, 9 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara, Nabila Huda yang bakal mengalas tanggungjawab sebagai menjadi pengacara baru program hiburan Melodi.
Menerusi hantaran di Instagram, Nabila atau lebih mesra dengan sapaan Abil meluahkan rasa syukur atas peluang dan kepercayaan yang telah diberikan pihak TV3.
“Bismillahirrahmanirrahim. 25 July 2021. Hari ini dalam sejarah abil keluar dari comfort zone dalam kerjaya abil. Bermulalah perjalanan hidup dan tanggungjawab baru untuk menyambung legasi program hiburan yang sensasi, penuh kontroversi No. 1 di Malaysia.
“It was an exceptional honor to be part of this team. Segala puji bagi Allah di atas rezeki yang dikurniakan kepadaku..Syukur Alhamdulillah!,” tulisnya.
Bintang filem Munafik ini turut meminta ramai untuk menyokong perjalanan barunya itu.
“This is my debut as a solo host and i hope you guys bagi peluang untuk abil explore my new journey,” tulisnya bersama pautan beberapa foto.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga mengakui masih baru namun cuba untuk memberikan yang terbaik.
“Abil perlukan sokongan korang sebab since day 1 abil dalam industry ni, you guys been supporting me,criticize me, loving me, hating me and nevertheless you guys are family to me.
“Apa kelainan yang abil akan buat? Nothing much, I’m just being me, your most favourite person, Nabila Huda!
“Jujur cakap, i’m still new. Kalau ada kekurangan maafkan saya. Please don’t expect me to be better than others, but expect the unexpected. I might not be the best, but i’ll give you my very best.
“Let’s enjoy this new journey together Malaysia! Tingkatkan prestasi, Kurangkan kontroversi, Berdiri di atas bakat sendiri. Assalamualaikum
Mic check! Saya NABILA HUDA…I’m signing in. @meloditv3 @dior #DiorMY,” tulisnya lagi.
Penyanyi Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima bengang apabila seorang jurujual kereta sebuah syarikat didakwa seperti mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Kisahnya, Shima berniat untuk membeli sebuah kereta di sebuah showroom beberapa hari lalu dan telah menyerahkan dokumen untuk pembelian tersebut.
Bagaimanapun, jurujual tersebut menghubungi Shima untuk menawarkan dirinya sebagai duta kereta.
Namun, selepas berjumpa kembali, Shima kecewa apabila jurujual itu mempunyai agenda tersendiri.
“Nak berniaga buat cara berniaga ! ..Saya tak nak buruk sangka ! Korang fikirlah sendiri ya.
“Nak dijadikan cerita ,kemarin Shima datang showroom kereta..tengoklah kereta..kemudian dokumen dah bagi semua,,so hari ni sales person call nak ajak jumpa konon nak offer jadi duta!
“So kita pun jumpalah lepas promo! masa meeting kat A&W discus cantik je !! lalu masa manager shima pergi toilet ,tinggallah shima berdua sahaja, boleh pula wakil syarikat ni cakap, minta shima datang seorang diri saja, nak deal dengan shima je konon sama dato.
“Padahal waktu mula2 meeting sama manager cakap lain..now cakap lain pula! nak jumpa personal! direct shima sahaja. Korang rasa apa? (depan manager shima tak pula berani nk cakap mcm tu ajak jumpa personal),” kongsinya sambil disertakan video ketika mencuba sebuah kereta mewah di showroom tersebut.
Malah, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu menegaskan bahawa dia bukan perempuan murahan yang boleh dipergunakan.
Sekali gus, tidak akan berurusan lagi dengan jurujual tersebut.
“Maaf! Sy bukan perempuan murahan ya..itu bukan cara kerja sebenarnya! mana professionalism korang? mcm ni ke cara kerja company besar? Banyak lagi Audi R8 dan mustang kat Kl ni! dari minat nak beli jadi menyampah!! Kau nak jual kereta atau nak jadi orang tengah!,” tegasnya.