Sudah semestinya bila bergema takbir raya di pagi syawal, tidak kira selebriti ataupun netizen tidak akan melepaskan peluang untuk menunaikan solat aidilfitri.
Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Che Ta berkongsi gambar dia bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana ketika ingin menunaikan solat sunat aidilfitri di pagi syawal sambil bertelekung.
Alahai, bukan main manis lagi dua beranak ni bertelekung putih di pagi syawal, kelihatan sangat suci dan murni.
Untuk rekod, Che Ta telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zain Saidin pada 11 Disember 2013.
Foto : Instagram Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Kau Tak Reti Nak Hormat Orang Tua, Kau Yang Patut Kena Kaki,” – Azar Azmi Ulas Isu Viral Mengamuk Dalam Masjid
Pelakon Azar Azmi ada memberikan pandangan serta luahan susulan video seorang jemaah yang telah ditampar dan ditendang pada bahagian muka di dalam Masjid Felda Palong Tujuh, Jempol, sehingga tular di media sosial, baru-baru ini.
Menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu perkara sepatutnya berlaku, Azar turut bertegas mengenai kepentingan untuk menghormati insan yang lebih tua.
“Kalau setakat terkena SEJADAH kau nak mengamuk macam ni. Allahu tak kisah la apa level kau, tinggi mana pun darjat kau kalau kau tak reti nak hormat orang tua, kau yang patut kena kaki.
View this post on InstagramA post shared by ABOS (@azarazmi) on
“Belum lagi berasak berpusu-pusu dekat mekah kena tolak tarik dengan berjuta manusia kat sana. Tak tahu pulak la macam mana dia punya mengamuk agaknya.
“Tuhan bagi otak untuk berfikir. Tuhan bagi tangan untuk membantu. Tuhan bagi kaki untuk memudahkan. Mohon fikir sejenak,” tulisnya lagi.
Lampiran video viral tersebut turut dikongsikan Azar pada posting di Instagram dan sudah mendapat lebih 80,000 tontonan.
Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif sebagai yang dipetik berkata, suspek berusia 60-an itu sudah dipanggil bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Foto: Instagram Azar Azmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mereka Bukan Bangga Tapi…,” – Didakwa Tak Reti Siang Ikan, Uyaina Arsyad Back Up Rakan Hos
Baru-baru ini, tular sepotong video di media sosial yang memaparkan gandingan pengacara Sugeeta Chandran dan Syira yang dikatakan tidak pandai menyiang ikan ketika program, Wanita Hari Ini (WHI) sedang bersiaran secara langsung.
Video berkenaan secara tidak langsung telah menimbulkan perdebatan hangat para netizen di media sosial.
Terbaru, pelakon yang juga merupakan salah seorang pengacara WHI, Uyaina Arshad tampil memberikan responnya berhubung isu melibatkan rakan pengacaranya itu.
Jelas Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia bersyukur kerana suami dan ibu mentuanya tidak kisah mengenai kebolehannya melakukan kerja-kerja di dapur.
“Sejak pasal kes siang ikan Wanita Hari Ini (WHI) viral, saya nak cakaplah sikit. Mak mentua dan suami saya juga paling chill.
“Tak pernah kisah saya pandai siang ikan ke tak sebab masa beli dekat pasar sudah siap suruh siang. Benda boleh senang buat apa nak susah,” tulisnya.
Sementara itu, Uyaina turut mendedahkan setiap hos WHI harus menyahut setiap cabaran yang telah dirancang oleh pihak penerbit.
“Kalau anda tengok WHI, kita memang ada Host Challenge. Macam-macam cabaran ‘producer of the day’ kita akan bagi dekat host secara spontan.
“Antaranya kena siang ikan, tumbuk sambal belacan, teka sayur-sayuran dan macam-macam lagi.
“Dan siaran kami memang live. Bukan rakaman. Jadi apa sahaja yang terjadi masa siaran langsung tu, layankan sahaja,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon drama Love Elsa ini juga turut berharap agar semua pihak berhenti mengecam rakan-rakan pengacaranya itu.
“Ada perempuan tak reti make up, lipat kain, siang ikan, potong ayam serta tak kenal sayur dan ikan.
“Untuk kedua-dua hos itu, bukan mereka bangga. Tapi mereka hanya menjalankan tugas dengan buat cabaran tersebut,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Uyaina juga berharap agar kaum adam tidak mudah mempertikaikan para wanita kerana setiap individu mempunyi kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.
“Tapi relax la kaum lelaki. Dalam kalangan kaum lelaki pun ada je yang tak reti tukar tayar kereta,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Uyaina telah mendirikam rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran pada tanggal 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arsyad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr. Lavanya Sivaji Mara Ke Top 40 Miss World 2021. Bakal Berentap Di Pentas Akhir Mac Ini
Pentas akhir pertandingan Miss World 2021 sepatutnya diadakan pada 16 Disember 2021 yang lalu. Namun disebabkan penularan virus Covid-19 dalam kalangan peserta dan juga kru, organisasi Miss World mengambil keputusan untuk menangguhkan pentas akhir pertandingan itu.
Peserta yang tidak dijangkiti dilihat segera meninggalkan negara tuan rumah, Puerto Rico manakala mereka yang dijangkiti kekal di sana sehingga pulih. Wakil Malaysia, Dr. Lavanya Sivaji, 24, antara yang melalui proses pemulihan dan kuarantin setelah disahkan positif Covid-19.
Kelmarin, telah diumumkan bahawa pentas akhir pertandingan ratu cantik berprestij itu bakal diadakan pada 16 Mac akan datang bertempat di negara yang sama.
Berserta pengumuman itu, pihak Miss World juga mengumumkan baki 25 peserta yang layak ke peringkat Top 40 berdasarkan markah yang diberikan oleh para juri tetap.
BACA JUGA: [TRIVIA] 10 Selebriti Popular Ini Pernah Bergelar Ratu Cantik Mewakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa
Ternyata usahanya tidak sia-sia, wanita yang petah berkata-kata ini antara yang tersenarai dan akan terbang semula ke Puerto Rico meneruskan saki baki perjuangan yang belum selesai.
Sebelum ini 15 orang peserta lain telah berjaya menembus jajaran peringkat top 40 atas kejayaan mereka memenangi cabaran yang telah dijalankan. Antara cabaran itu adalah sukan, bakat, head-to-head challenge dan juga beauty with a purpose. Untuk edisi 2021 ini, seramai 97 peserta dari seluruh dunia telah mengambil bahagian.
Meninjau halaman Instagramnya, anak jati Selangor ini menulis, “Malaysia telah berjaya tembus ke peringkat suku akhir, top 40 Miss World menerusi pemilihan juri. Saya sangat gembira dan bersyukur untuk berita ini. Puerto Rico kami datang.”
Bersamanya, peserta lain dari Asia Tenggara yang turut tersenarai adalah dari negara Indonesia, Filipina dan Vietnam.
Sedikit latar belakang Dr. Lavanya Sivaji. Merupakan bekas pelajar SMK Seri Garing, Rawang, dia kemudiannya menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan kini bergelar seorang doktor perubatan.
Pertandingan Miss World seumpamanya banyak melahirkan personaliti popular tanah air antaranya seperti primadona Erra Fazira, Deborah Henry, Thanuja Ananthan, Dr Soo Wincci dan Lina Teoh.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI