
Umum mengetahui, penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak, Zizi Kirana sememangnya sudah sinonim dengan imejnya yang seksi.
Malah, penyanyi tersebut mengakui dia selesa dengan penampilannya itu dan hanya menjadi diri sendiri.
Terbaru, Zizi sekali lagi dilihat menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial gara-gara memuat naik foto dirinya di sebuah pantai.
Kali ini ambar tersebut memaparkan Zizi hanya mengenakan singlet pendek sehingga menampakkan sebahagian bahagian dadanya itu.
Terdahulu, foto yang dimuat naik di laman Instagram itu telah menerima lebih 41,000 tanda suka setakat ini malah turut dihujani lebih seribu komen daripada netizen yang hanya fokus kepada susuk tubuh penyanyi tersebut termasuklah yang berbaur lucah
Dalam perkembangan lain, Zizi kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya bersama Waris dan Sophia Liana bertajuk Terbaik Bossku.
Wow, bila Zizi nyanyikan lagu Nak Ke Tak Nak dalam vers akustik. Cara gak weh!
Posted by MEDIA HIBURAN on Friday, 28 September 2018
Foto: Instagram Zizi Kirana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI