Pelakon Aishah Azman kini tampil lebih ayu sejak memilih untuk bertudung, Jumaat lalu.
Malah menerusi sekeping foto yang dimuat naiknya di Instagram baru-baru ini, bintang berusia 25 tahun itu turut berharap agar hijrah yang dilakukan mendapat keredaan Illahi.
“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Doa yang baik baik,” tulisnya ringkas pada ruangan komen.
Perkongsian positif berkenaan turut mendapat perhatian dari rakan selebriti dan peminat yang sama sama menyambut baik keputusan yang dibuat pelakonBukan Cinta Aku ini.
Malah, rata-ratanya tumpang sama gembira seterusnya mendoakan yang terbaik buatnya.
Ads
Ads
Terdahulu media melaporkan, Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, mendedahkan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung.
“Alhamdulilllah… ya betul sekarang saya sudah berhijab. Niat nak bertudung ni sebenarnya dah terdetik lama dan setiap kali atas sejadah, mesti rasa macam sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya.
“Rasa seperti satu perasaan sia-sia saja solat lima waktu tapi tak tutup aurat. Dan saya pegang dengan kata-kata ini, kalau kita nak dekat dengan Allah, kita perlu korbankan banyak benda.
“Pada Jumaat, saya nekad betul-betul nak berhijab. Alhamdulillah, keluarga terkejut dengan perubahan saya tapi memang sangat gembira dan memberi sokongan penuh kepada saya,” katanya memetik mStar.
Ads
Dia pada masa sama turut memadam kesemua foto yang tidak berhijab di Instagram selain turut akan lebih selektif terhadap tawaran lakonan agar bersesuaian dengan penampilannya kini.
“Selepas mengambil keputusan untuk bertudung, saya pun nekad padam semua gambar-gambar saya yang tidak menutup aurat di laman sosial. Hanya tinggal beberapa sahaja gambar saya memakai hijab.
“Insya-Allah, selepas ini juga saya akan terima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imej sekarang ini. Harap semua orang boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya,” ujarnya lagi.
Foto: Instagram Aishah Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Model dan hos, Nia Atasha Rosli akhirnya mendedahkan hubungan cintanya bersama pelakon, Qi Razali telah berakhir awal tahun ini.
Bagaimanapun memetik Gempak, Nia memaklumkan dia dan Qi masih meneruskan huhungan sebagai rakan baik.
“Saya dan Qi tidak lagi bercinta sejak awal tahun ini, tetapi, apa yang boleh saya katakan, kami berdua okay sahaja dengan keputusan yang dibuat.
“Lagipun, saya dan Qi masih mengekalkan persahabatan kami sebagai rakan baik sehingga kini,” katanya seperti dipetik.
Pada masa sama, Nia menjelaskan, dia lebih selesa untuk tidak menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum, khasnya di media sosial.
“Saya cuba untuk sentiasa bersikap tenang, saya juga tak kisah jika ada yang bertanya kepada saya secara terbuka di media sosial kerana saya tak mahu sorokkan perkara ini,” jelasnya lagi.
Nia dan Qi sebelum ini secara terbuka mendedahkan mengenai hubungan rapat yang terjalin kira-kira sejak tiga tahun lalu.
Sumber: Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berjaya menurunkan sebanyak 8 kilogram berat badan dalam tempoh kurang sebulan, penyanyi Yazmin Aziz berkongsi rahsianya tampil langsing menawan dalam masa singkat.
Menerusi perkongsian video di platform TikTok miliknya, Yazmin atau nama sebenar, Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 21, mendedahkan dia tidak mengambil sarapan pagi.
Malah paling penting, dia juga langsung tidak mengambil minuman bergula dan berkarbonat untuk mengekalkan dietnya.
“Memandangkan ramai yang nak tahu macam mana saya boleh turun 8 kg dalam tempoh masa kurang dari sebulan, jadi saya akan kongsikan rahsia.
“Sebelum itu, semua tips yang saya kongsi, itu yang saya buat.Kalau korang rasa tidak sesuai, bad ideas, it’s okay.
“Pertama, saya tak minum air manis. Tak minum teh tarik, teh ais dan air bergas… hanya minum air kosong.
“Kedua, saya tak ambil sarapan.Saya hanya makan pada waktu tengah hari dengan protein seperti ayam, ikan dan paling penting sayur dan saya langsung tidak makan nasi,” katanya.
Yazmin menambah, apa yang dilakukannya adalah mengikut kesesuaian diri dan terbuka sekiranya ada yang mempunyai tips diet selain yang diamalkan.
Bintang Big Stage 2022 itu turut menjelaskan, dia tidak pernah ketinggalan untuk melakukan sesi ‘workout’ pada setiap hari dalam mendapatkan tubuh badan idaman.
“Akhir sekali, pergi gim atau buat ‘home workout’.Saya akan pastikan setiap hari pergi gim. Tapi ingat, kalau korang tak jaga makan, susah nak kurus,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkahwinan merupakan sebuah ikatan diantara dua hati yang saling berkongsi rasa cinta dan sayang antara satu sama lain yang tak mampu terpisahkan. Namun, setiap perkahwinan yang termeterai pasti mempunyai fasa ‘naik turun’ serta cabaran yang tersendiri.
Perkara sama juga dilalui oleh penulis lirik dan penerbit popular Indonesia, Anto Hoed dan isterinya Melly Goeslaw, apabila bahtera perkahwinan yang mereka layari kini telah pun menginjak 29 tahun.
Memetik Liputan6.Com, sejak mendirikan rumah tangga, pemilik nama sebenar Melliana Cessy Goeslaw dan Anto Hoed tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi mahupun gossip liar yang boleh menggugat kebahagiaan rumah tangga mereka.
“Melly Seorang Isteri Hebat! Wanita Serba Boleh,” – Anto Hoed
MH berkesempatan bertemu Melly dan Anto Hoed ketika sidang media sempena Konsert Ada Apa Dengan Cinta yang lalu, dan berkesempatan untuk berkongsi perjalanan kisah cinta pasangan ini yang jarang menjadi sorotan dan perhatian di media.
“Dia seorang isteri yang hebat, wanita serba boleh. Sehingga sulit untuk kami, saya dan anak-anak tidak mengikut dia. Dia atur urusan rumah A sampai Z. Kami (tiga orang lelaki di rumah) ikut sahaja. Dia isteri yang hebat, wanita yang terlalu hebat.
“Sebagai seniman, saya respect dia kerana dia boleh berfikir tentang kerjaya muziknya dalam masa yang sama menyelesaikan segala masalah dan persoalan rumah tangga. Dia boleh membuat lirik, mencipta melodi yang bagus, hingga dikenang sehingga sekarang,” ujar Anto Hoed.
“Mas Anto bagi saya aadalah satu Trillion kali ‘Rangga’. Kalau Ada Apa Dengan Cinta, ada Rangga. Tapi Ada Apa Dengan Melly, ada satu Trillion kali ‘Rangga’ (Anto Hoed). Mas Anto cinta sejati saya, hidup saya,” ujar Melly penuh emosi.
Hasil perkongsian hidup selama hampir tiga dekad, perkahwinan pasangan ini telah diserikan dengan kehadiran dua orang putera iaitu Anakku Lelaki Hoed dan Pria Bernama Hoed.
Kenal Hanya Tiga Bulan, Kemudian Berkahwin
Pada pertemuan sama, Melly sempat berkongsi detik perkenalan dengan suami tersayang yang hanya mengambil masa yang singkat selama tiga bulan, sebelum memutuskan untuk berkahwin.
Meskipun mereka hanya berkenalan dalam waktu singkat, namun keduanya berjaya membuktikan bahawa ikatan cinta dan kasih sayang antara mereka begitu tulus, sehingga ikatan perkahwinan yang dibina mampu bertahan hingga ke saat ini.
“Tiga Bulan memang bukan waktu ideal dan tepat untuk saling mengenali antara satu sama lain, sampai memutuskan untuk menikah. Tapi kami membuktikan bahawa, panjang pendeknya waktu berpacaran (menjadi pasangan kekasih) tidak menjamin panjangnya usia bersama (perkahwinan),” ujar Melly.
Walaupun, rumahtangga mereka selalu terlihat harmoni dan jauh dari gossip liar, namun ternyata pasangan ini juga pernah merasakan menghadapu liku-liku dalam pahit maung kehidupan sebagai suami dan isteri.
“Segala yang pahit dan yang manis pastinya pernah dirasakan. Susah senang pernah silih berganti. Tapi ternyata semua itu menjadikan kita semakin kuat,” tambahnya.
Doa ‘Rahsia’ Perkahwinan Melly Utuh Hampir Tiga Dekad!
Menurutnya, apa pun masalah yang dihadapi selama ini, doa menjadi medium penyelesaian terbaik yang menjaga keharmonian serta kebahagiaan rumah tangga mereka kekal utuh terjaga.
“Doa selalu menjadi senjata terbaik dalam segala urusan kami. Semua jalan berliku, berbatu, berombak, dapat kami lalui berkat doa ibu,” kata Melly yang meletakkan punca kepada kebahagiaan dalam perkahwinanya adalah susuk ibunda tercinta, Ersi Sukaesi.
Tambah Melly, ibunya dan juga ibu mertua merupakan orang yang sering menjadi tempat rujukan buat dirinya dan suami tersayang dalam apa jua keadaan.
“Selalu kami tergingat ketika kami menangis, dan mengeluh sewaktu menghadapi masalah apapun, mama selalu berkata “sok sing sabar, ku mamah di doakan” (kamu berdua bersabarlah menghadapi ujian, mama akan sentiasa mendoakan).
“Begitu jua dengan ibu Anto (mertua) apapun perkara yang berlaku kepada kami, ibu selalu berkata “sabar.. berdoa sahaja, tuhan itu adil” dengan gaya khas ibu yg sering menadah tangan dan menunjuk ke atas,” tambah Melly lagi.
Untuk recap, Melly dan Anto mendirikan rumah tangga pada tahun 1995 setelah berkenalan dalam tempohmasa yang singkat selama tiga bulan. Siapa sangka perkahwinan pasangan ini bertahan sehingga kini hampir 30 tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.