Pelakon Nelydia Senrose semalam telah pun mengadakan majlis ‘bridal shower’ dalam suasana yang cukup meriah dengan diraikan ahli keluarga dan rakan selebriti terdekat.
Dilangsungkena di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu turut mengakui rasa teruja untuk menghadiri majlis seumpama itu, seperti yang ditulisnya menerusi akaun Twitter.
“Today is my first of many more big days. Haven’t felt anything like this my entire life but this excites me very much.
“Cant wait to experience today but now nak mandi dulu bye,” tulisnya.
Malah, Nely yang tampak ayu mengenakan persalinan serba putih turut menjadi perhatian para tetamu yang hadir apabila masing-masing turut berkongsi momen istimewa itu menerusi akaun media sosial masing-masing.
Terdahulu, Nelydia tanpa berahsia mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz sejak April 2018.
Pada masa sama, pelakon itu turut mengakui sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Menarik, jom ikuti beberapa foto sekitar majlisnya.
Foto: Instagram, Insta Stories Selebriti