Uncategorized

[GAMBAR] Cantiknya Beg Tangan Dior Ummi Nazeera, Cecah Harga RM20k?

Share

Memiliki beg tangan sudah seumpama perkara yang wajib dan harus dimiliki oleh semua kaum wanita, apatah lagi jika memiliki beg jenama idaman.

Baru-baru ini, pelakon Ummi Nazeera misalnya yang telah hadir ke sebuah majlis rumah terbuka bersama dengan rakan-rakan artis mencuri perhatian.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah kelihatan mengenakan persalinan baju kurung moden rona biru lembut sambil mengayakan beg tangan mini warna hitam yang sangat menawan.

Selepas melakukan tinjauan pasaran harga beg berkenaan, ia merupakan beg tangan 

berjenama antarabangsa, Christian Dior.

Ia adalah koleksi ‘Mini Lady Dior’ yang trendy.

Difahamkan, beg tangan milik pelakon drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap itu dianggarkan bernilai kira-kira RM20,000 harga pasaran semasa.

Wow! Mewah betul nilai beg tangan milik Ummi, patutlah ibu kepada seorang cahaya mata itu selalu tampak jelita dan menawan.

Foto : Instagram Ummi Nazeera, Carian Google

Published by
Nazar Rafiqhi