Umum mengetahui, kumpulan, New Boyz merupakan antara band popular tanah air yang pernah mencetuskan fenomena sekitar tahun lewat 90-an.
Malah, kebanyakkan lagu-lagu hits mereka masih lagi menjadi siulan ramai sehingga hari ini.
Bagaimanapun, seperti band-band lain, New Boyz juga ada fasa naik dan turun.
Sebagai contoh, selepas kejayaan dua album pertama, pemain bass, Syuk memutuskan untuk menarik diri daripada New Boyz lalu digantikan dengan Zack.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok, Syuk ada menjawab pertanyaan netizen mengenai punca dia meninggalkan New Boyz sewaktu kumpulan tersebut sedang berada di puncak kerjaya.
Jelas Syuk, antara sebab dia meninggalkan kumpulan New Boyz kerana menyifatkan dunia glamour ini sememangnya penuh dengan cabaran.
“Mungkin jodoh dengan New Boyz tak panjang dan dunia glamour penuh pancaroba,” tulisnya ringkas.
Video berkenaan nyata mendapat respon pelbagai daripada ramai pihak sehingga meraih hampir 400,000 jumlah tontonan.
Terdahulu, News Boyz baru sahaja selesai mengadakan konsert reunion New Boyz: Sejarah Mungkin Berulang yang berlangsung pada 10 dan 11 Februari lalu.
Bagaimanapun, ketiadaan Syuk dan Along yang juga merupakan pemain drum nyata mengundang tanda tanya di kalangan peminat.
Ketika ditemui media, vokalis New Boyz yang juga merupakan penyanyi terkenal, Tomok memaklumkan beberapa anggota kumpulan lain tidak dapat ikut serta kerana terikat dengan komitmen-komitmen lain.
“Saya cuba hubungi Syuk dan Along tetapi mereka punyai komitmen lain. Kita berlatih ni ambil masa yang sangat lama sehingga memakan masa berbulan-bulan.
“Kalau ikutkan hati, memang saya nak bawa Syuk dan Along bermain pada konsert ini. Along pun saat terakhir dia tak dapat ikut serta walaupun dah beri komited pada awalnya.
“Mana yang ada, kita jalan dulu. Syuk saya tak pasti sama ada dia masih bermain muzik atau tidak. Along pula masih lagi aktif,” katanya kepada MH.
Konsert yang berlangsung di Stage 1 Theatre, PJ Performing Arts Centre (PJPAC) baru-baru ini, New Boyz berjaya menggamit kenangan lama lebih 1,400 penonton yang hadir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok @_Sauxx & Aimangraphy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Keadaaan pelakon Nad Zainal kini dikatakan kritikal dan berada di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi di Hospital Ampang Puteri.
Pelakon Ungku Ismail Aziz memaklumkan perkembangan terkini aktres tersebut menerusi paparan yang dimuat naik menerusi Insta Story sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua. Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU.
“Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala. Allahuma Amin,” tulisnya.
Sementara itu, bekas suami Nad iaitu Faliq Amirudin turut memohon doa orang ramai agar bekas isterinya itu diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat.
Dalam entri yang ditulis menerusi Insta Story, Faliq menulis,
“Assalamualaikum, buat sesiapa yang mengenali kawan saya, @nad.zainal, dia dimasukkan ke dalam hospital dari malam tadi (Selasa).
“Sekarang dia ditidurkan atas beberapa faktor, mari kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya dia diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat,” tulis Faliq.
Sementara itu, rakan artis seperti pengarah Shahrulezad Mohameddin, Zalif Sidek, Mira Filzah, Haiza Hanafi dan Ummi Nazeera turut mendoakan agar aktres itu segera diberikan kesembuhan.
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, moga Nad Zainal dilindungi Allah SWT. Moga dipermudah segalanya, amin,” titip Zalif Sidek.
“Allahuakbar, Allah Maha Penyembuh,” tulis penyampai radio Buletin FM, Haiza Hanafi.
Terdahulu, Nad atau nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan kini berada dalam keadaan ditidurkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...