Pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans telah menyambut majlis aqiqah dan cukur jambut buat puteri sulungnya, Tengku Kamaliah Zanariah.
Lalu, pelakon berusia 30 tahun itu ada berkongsi momen tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Majlis Akikah dan Cukur Jambul Tengku Kamiliah Zanariah binti Tengku Shariffuddin Shah,” tulis Jue.
Dalam pada itu, peminat turut memuji kecomelan puteri sulung Juliana yang kelihatan sangat comel.
Pelakon Kami The Movie ini mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.
Foto: Instagram CP Juliana Evan