
Sama cantik sama padan. Itu perumpamaan yang boleh digambarkan buat pengantin baru, Nadiyah Shahab dan Ben Ali yang telah selamat melangsungkan majlis resepsi di Damansara Perdana, pada Sabtu.
Kedua-dua mempelai tampil anggun dan segak mengenakan busana prisis kisah dongeng Cinderella.
Masakan tidak, si pengantin perempuan anggun menggayakan gaun berwarna putih-cream,manakala si pengantin lelaki suit berona gelap.
Jadi, jom MH kongsikan kepada anda sekitar majlis resepsi mereka. Meriah sungguh!
Berlatarbelakangkan pelamin berwarna putih dan tompokan bunga-bungaan kekuningan, kedua-dua mempelai tampak manis dan berseri-seri di atas mahligai itu.
Tambah menarik,kehadiran rakan selebriti yang turut meraikan majlis tersebut.
Wah! Semoga perkahwinan mereka berdua kekal sehingga ke hujung nyawa!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selepas GV9, Saya Tidaklah Berdiam Diri Sahaja,” – Selepas 21 Tahun, Akhirnya Hazrul Nizam Lancar Lagu Solo Baru

Penyanyi Hazrul Nizam akhirnya tampil dengan single baharu selepas kali terakhir melancarkan lagu kira-kira 21 tahun lalu, menerusi Kaulah Segalanya.
Single berjudul Rawan yang ditulis dan digubah oleh Amylea Azizan itu tentunya menjadi pengubat rindu peminat yang sekian lama menantikan buah tangan baharu daripadanya.
Sudah pun dilancarkan di semua platform penstriman muzik termasuk YouTube sejak 13 Oktober lalu, Rawan menerima maklum balas positif pendengar.
“Alhamdulillah penerimaan sangat memberangsangkan. Ramai yang suka lagu ini dan syukur ia turut terpilih menjadi runut bunyi (OST) bagi drama Satu Hari Nanti yang dibintangi Bella Astillah dan Ezaidi Aziz terbitan Mache All Star United,” katanya.
Bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) asal Singapura ini turut mengulas mengenai muzik video Rawan.
“Saya bersyukur kerana pelakon legenda dan handalan sudi bekerjasama. Antara yang terlibat ialah Beto Kusyairy, Nabila Huda dan Datuk Rahim Razali.
“Ia diarahkan oleh Bobby Husaini dan diterbitkan oleh HMA Entertainment.
“Menerusi muzik video ini, saya nak menceritakan sebuah situasi yang menggambarakan kehilangan diri kerana kalau cerita pasal cinta, macam sudah banyak lagu sebegitu.
“Jadi mahu buat kelainan dan Ahamdulillah apabila saya berkongsi idea ini, pengarah turut tambah baik idea berkenaan lalu terciptalah muzik video ini,” katanya lagi.
Rawan menceritakan mengenai kehilangan yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai maksud.
“Rumusan lagu Rawan ini menceritakan soal perasan pilu bercampur sedih. Seperti kehilangan, tidak kisahlah sama ada kehilangan orang tercinta, atau kucing kesayangan ataupun ‘kehilangan’ diri sendiri.
Hazrul turu menambah, dia masih menerima undangan untuk menjayakan persembahan, namun terpaksa menolak beberapa tawaran di Malaysia. berikutan tiada permit daripada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).
“Selepas GV9, saya balik ke Singapura untuk uruskan kerja hartanah saya. Banyak juga undangan di Singapura dan di Malaysia juga. Tapi kerana saya tiada permit PUSPAL, banyak yang terpaksa saya tolak.
“Lagu solo ni mengambil masa agak lama kerana selepas GV9, saya ada lancarkan lagu duet bersama penyanyi Singapura, Diana Nazyra berjudul Sejuta Kata.
“Selepas itu, bergabung pula dengan kawan baik saya di GV9 iaitu Dina Nadzir dengan lagu Berat Hati.
“Jadi saya tunda lancarkan lagu Rawan ini. Jadi sudah tentu saya rasa teruja terhadap lagu ini. Kiranya selepas GV9, saya tidaklah berdiam diri sahaja. Masih berkarya dan akan terus berkarya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Banyak Serpihan Tajam,” – Tayar Kereta Pecah Kali Kedua, Ayu Damit Rayu Pihak Berwajib Pantau Kerja Pembinaan

Prihatin akan keadaan jalan raya yang tidak selamat dilalui pengguna, penyanyi Ayu Damit meluahkan kekesalan apabila banyak serpihan tajam daripada kerja pembinaan bertaburan di tengah jalan raya.
Malah, situasi tersebut telah menyebabkan tayar keretanya pecah buat kali kedua.
Lalu, penyanyi Hanya Di Mercu ini memohon agar pihak berwajib mengambil tindakan segera agar tidak kemalangan parah berlaku.
“Perjalanan balik ke rumah. Again.
“Kepada semua pengguna jalanraya dr melawati ke flamingo hotel sila berhati2 di laluan yg dlm pembinaan tu kerana bnyak serpihan tajam dr keja pembinaan itu yg x sepatut nya ada di jln raya hingga mnyebabkan tayar kereta sy pecah.
“Pihak berwajib sila pantau benda serius ini, sblm ade kecelakaan yg lebih parah oleh pengguna jlnraya yg lain.. Sekian,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #sukemalaysia, #pecahtayar #secondtimedahkena dan #tolonghati2semuapenggunajalanrayabilamalam.
View this post on InstagramA post shared by Norayu Damit (@ayudamit) on
Semoga selepas ini pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera.
Foto : Instagram Ayu Damit
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Intan Liana Perjelas Pertemuan Dengan Izreen Azminda – “Biarlah Masa Yang Memulihkan Segala, Tak Perlu Lagi Mengaitkan Atau Mencalarkan Nama Sesiapa.”

Bekas madu kepada pelakon, Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh mendedahkan situasi ketika dia dan aktres berkenaan dipertemukan menerusi Melodi Raya, baru-baru ini.
Intan muncul bersama Izreen menerusi segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih, menerusi segmen khas sempena Aidilfitri program hiburan berkenaan.
Intan merupakan bekas isteri kepada pemuzik, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini suami, Izreen.
“Di sini, saya nak memperjelaskan keadaan yang terlihat dalam rakaman Melodi Raya. Pertama, saya menerima jemputan pihak mereka (Melodi Raya) atas dasar professionalisme.
“Saya ada dimaklumkan akan tajuk segmen yang diangkat oleh Melodi Raya iaitu Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih, akan tetapi saya tidak dimaklumkan untuk ditemubual bersama-sama Izreen pada hari tersebut.
“Saya cuma dimaklumkan bahawasanya Izreen akan ada bersama di set Melodi Raya dan saya diletakkan pada meja yang sama tetapi bukan bersebelahan.
“Saya bersetuju untuk keadaan itu, kerana setakat itu sahaja maka tiada masalah pada saya,” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Intan pada masa sama berkata, dia sebelum itu turut bertanya, adakah akan dilakukan sesi untuk bermaaf-maafkan kerana sekiranya ada, dia masih belum bersedia untuk berbuat demikian.
Mengikut pemahaman Intan juga, keberadaanya ke sesi rakaman tersebut hanyalah sekadar jemputan bukan, untuk ditemubual.
“Dan sebelum saya bersetuju, saya ada bertanyakan pada pihak Melodi, adakah akan berlaku sesi bermaafan? kerana seandainya ada, maka saya belum bersedia untuk itu.
“Saya diberitahu tidak akan ada sesi tersebut, dan sekadar datang sebagai jemputan.
“Sebagai orang biasa yang bukan berada dalam dunia hiburan, pemahaman saya adalah sekadar jemputan dan bukan untuk ditemubual.
“Namun keadaan berubah apabila tiba di set rakaman. Saya dimaklumkan kerana perlu mematuhi SOP maka, set berubah, dan saya diminta untuk ditemubual bersama-sama Izreen bagi segmen tersebut.
“Atas dasar profesionalisme dan bagi tidak mahu mengganggu program rakaman yang sedang berjalan, maka saya terima aturan sesi temubual tersebut dalam keadaan tidak bersedia.
“Jadi apa yang terlihat dalam sesi temu bual tersebut adalah secara spontan bagi menjawab soalan yang diajukan,” katanya lagi.
Menyifatkan masing-masing sudah ada kehidupan sendiri, ibu tunggal ini mengakui ia tidak perlu disensasikan kerana dia bukanlah seorang selebriti.
“Buat masa sekarang biarlah keadaan berjalan seperti sediakala yang mana masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Itu lebih baik untuk kedua-dua belah pihak.
“Hal ini pada saya tidak perlu disensasikan mahupun dijadikan ruangan hiburan media kerana ia melibatkan hati dan perasaan, dan saya bukanlah selebriti untuk dijadikan bahan topik.
“Biarlah masa yang memulihkan segalanya. Tak perlu lagi mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapapun dengan merujuk hal ini di masa hadapan.
“Saya harap dengan penjelasan ini akan merungkai persoalan yang berkaitan isu tersebut,” katanya.
Intan dan Ude sebelum ini bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.
Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup, Intan dan Ude dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI