Pelakon, Clara berkongsi beberapa foto dia berpakaian pengantin seiring dengan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 6 Januari ini.
Dia berbuat demikian melalui majalah pengantin Korea Selatan, toBRIDE yang menunjukkan aktress tersebut kelihatan cantik berbaju pengantin tersebut.
Sebelum ini, dia mengumumkan bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang merupakan seorang ahli perniagaan setelah bercinta selama setahun.
Apa-apapun, jom kita lihat gaun pengantin yang dipakai Clara. Meganya!
Foto: Allkpop
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buduh Hitam,” – Dikeji Kulit Gelap, Tapi Haneesya Syukur Sebab Kulit Inilah Bawa Rezeki!
Pelakon dan salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee menerusi Instagram dua hari lalu ada mendedahkan, dia menerima kiriman ‘direct message’ daripada seorang remaja yang dikatakan masih lagi di bangku selokah
Apa yang tidak sedapnya, mesej yang diberikan sepertinya menghina fizikal bintang berkenaan sebagai hodoh dan hitam.
View this post on InstagramA post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on
“The recent DM yang Hanee dapat. “Buduh hitam, macam Afrika” (budak sekolah lagi gurl pulak tu).
“Okay firstly you mengeja pun tak betul. Secondly, why not dik hitam cam Afrika ni sebab kulit hitam ni lah akak boleh cari rezeki untuk family akak,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon baru itu juga ada memaklumkan, dia tidak kisah mengenai apa yang ingin diperkatakan orang fasal dirinya.
Bagaimanapun, ramai juga yang bertanya apakah caranya di dalam menghadapi kutukan.
“Ni la cara Hanee. Hanee tak reply pun DM budak tu. Hanee siap spam like ig story semua tengok,” tulis Hanee atau nama penuhnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan.
Apa pun, menurut Hanee ia bukanlah kali pertama seumpamanya berlaku.
Bagi peminat Hanee atau penyokong setia Dewo Remaja, jangan lepaskan temu janji anda untuk menonton program realiti Dewi Remaja setiap Ahad jam 10 malam di saluran Astro Ria 104.
Foto: Haneesya Hanee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidur Kena Ada Bantal Busuk,”- Nampak Ganas Dalam Filem Wira, Tapi Hairul Azreen Dedah Sikap Sebenar Fify Azmi
Gandingan pelakon Hairul Azreen dan Fify Azmi apabila membintangi dalam filem Wira kian mendapat perhatian.
Pelbagai aksi lasak diketengahkan mereka tapi jangan tak tahu, Fify rupanya seorang yang manja dan tak boleh lekang dengan bantal busuknya!
Perkara itu didedahkan Hairul perihal sikap sebenar finalis Dewi Remaja 2015 itu ketika berada di set lakonan filem Wira.
Hero filem Wira itu memaklumkan, Fify dia memiliki ‘bantal busuk’ walaupun sudah berusia 29 tahun.
“Si @fifyazmi ni pukul orang sana sini dalam filem @wira_2019 tapi tidur kena ada bantal busuk. haha, btw kesian sy tgok budak ni, first time belakon!
“Tak berapa faham keadaan masa Shoting lepas tu , bila ada masa walaupun 5m dia mesti hilang, kalau jumpa mesti dia tgh tido sebab kepenatan.
“Walaupun dia tak larat tapi abg bangga dgn lakonan kau fighting kau dlm filem ni,” tulisnya di satu entri di Instagram sebelum memadamkannya.
Bagaimanapun, perkongsian sama turut dikongsikan menerusi IG Stories.
Terdahulu, filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini turut dibintangi Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan dan ramai lagi.
Pada masa sama, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, sementara pengarah popular, Dain Said tampil melakonkan watak antagonis.
Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw serta Primeworks Studios dan telah ditayangkan di pawagam sejak 21 November lalu.
Foto: Instagram Hairul Azreen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kenapa Cantik Sangat, Macam Barbie,” – Uqasha Senrose Pakai Serba Putih, Ramai Puji Lawa…Tak Sabar Tunggu Hari Bahagianya!
Satu perkongsian foto dari pelaon, Uqasha Senrose mendapat perhatian peminat di Instagram apabila dia tampil dengan solekan natural tetapi menawan.
Mengenakan persalinan kurung moden lengkap layah dalam rona senada, hantaran tersebut juga menerima pujian daripada para pengikutnya.
Masing-masing memuji dan tak kurang memberikan emoji berbentuk hati sebagai tanda suka, lebih-lebih lagi apabila ramai sedia maklum mengenai hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, pelakon Kamal Adli tidak lama lagi.
Ini antara komen ringkas yang ditinggalkan;
“Subhanallah…. Lawanya.”
“Stunning, mekap paling cun kat Uqasha.”
“Berseri.”
“Make up macam ni nanti masa nilah, simple dan natural je.”
“Cantiknya mekap macam ni. Soft and gorgeous.”
“Kenapa cantik sangat… macam barbie.”
“Cantiknya, lain gile muka Uqasha.”
“Alhamdulillah tahniah semoga bahagia hingga ke syurga. Selamat bercinta.”
Penampilan menawan Uqasha sebenarnya adalah sebagai ‘muse’ untuk koleksi Ijab Kabul Rizman Ruzaini Bridal RTW 2021 yang dilancarkan hari ini khusus buat mereka yang bakal bergelar raja sehari.
Malah beberapa foto hasilan penggambaran turut dikongsikan di Instagram jenama berkenaan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI