Semakin bulat dan comel. Itu yang dapat diungkap apabila menatap foto Adithya Jabbar iaitu permata hati kesayangan gitaris, Rody Kristal dan penjaga gol kebangsaan Niena Azman.
Genap tiga bulan pada hari ini, Adithya dilihat semakin membesar dengan sihat dan baik.
Jadi, jom lihat transformasi Adithya yang dilahirkan secara normal ini.
“Ayu ni dah berdiri ke duduk ni? Macam mana Ayu nak ukur ni? Tukang ukur pun boleh hilang. Tak nampak Ayu. Nampak ke number tu Ayu?
“Ambil dia galas dekat depan macam beg. Ayu ni bakal bagi saya nampak tinggi. Ayu akan jadi beg I. Masa anugerah tu saya akan pegang ayu macam ni,” guraunya.
“Me at @azuracouture ambik ukuran utk upcoming event.. Tapi yg amik ukuran ni ukuran macam tak cukup tinggi ja heheheh @eyqarazali.”
Pelakon, Puteri Sarah Liyana memanjat rasa syukur apabila dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berkelakuan baik sepanjang berada di tanah suci Mekah bagi menyempurnakan ibadah umrah.
Puteri Sarah meluahkan perasaannya itu menerusi entri di laman media sosial Instagram miliknya.
Akui Sarah, pada peringkat awal dia rasa takut dan bimbang untuk membawa dua permata hatinya itu pergi ke tanah suci Mekah.
Bagaimanapun, menurut Sarah segala urusan mereka anak beranak berjalan lancar dan dipermudahkan.
“#bismillahimasyaallah Imma proud mama of these 2 kids. Moga jadi anak yang soleh dan solehah.
“At first, i was really scared macam2 fikir alamak nak bawak 2 active kids travel jauh. Boleh jaga ke ni ? Kids nanti behave tak?
“Alhamdulillah, i said to myself takpe pegi je Sarah. Allah akan permudahkan urusan u nanti. Takut ke, susah nak jaga ke,tolak tepi yang penting niat nak pergi beribadah sangat2.
“Syukur… Syaikhul & Sumayyah behave, anak2 yg dengar cakap tak banyak songeh. Syaikhul pun ada gang kat sini, mutawif @insafftraveltours.
“Ustaz Wajdi yang bawak dia ziarah banyak tempat, pegi solat sama2.
M so grateful and thankful
“Alhamdulillah Allah mudahkan urusan Sarah dan anak2 disini.p/s : mama nak both of u jadi doctor ok Excel in Dunia also excel in Akhirah,” tulisnya.
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...