Uncategorized

[GAMBAR] “Dah Pandang Jodoh Saya, Tapi Dia Tak Pandang…,” – Muat Naik Foto Di IG, Ini Respon Fazura Buat Fattah Amin

Share

“Kalau dah jodoh tak kemana,”, Itulah ungkapan sesuai buat pasangan popular Fattzura (Fattah Amin dan Nur Fazura) yang sentiasa ceria bersama. 

Menariknya, Fattah telah memuat naik foto di Instagram yang melihatkan satu babak dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia lakonan isteri tercintanya. 

“Masa ni saya dah pandang dah jodoh sy.. Tapi dia tak pndang sy pun @missfazura.. #jodohrahsiaAllah #jodohpastibertemu,” tulis Fattah di ruangan kapsyen. 

Gambar tersebut telah mendapat puluhan ribu tanda suka (likes) dan pastinya netizen telah memberikan pelbagai jenis komen menerusi gambar itu.

Lantas, Fazura turut memberi komen terhadap gambar tersebut. 

“Nak pandang malu.. nanti takut terjatuh cinta, awak pula tak mahu,” balas Fazura. 

Mereka mula digandingkan bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella (HSC) lalu timbulnya bibit-bibit percintaan antara pasangan merpati dua sejoli ini. 

Apa-apa pun, MH doakan semoga kalian kekal bahagia hingga Jannah dan sentiasa sukses dalam apa jua bidang! 

Foto : IG Fattah Amin 

Published by
Amynur Akmal