
Menerusi InstaStory milik pelakon Ruhainies, dia telah berkongsi satu rakaman video ketika sedang membeli seutas gelang tangan.
Secara tidak sengaja, rakaman video tersebut telah memaparkan jam tangan milik Ruhainies berjenama Dior.
Hasil siasatan MH, jam tangan milik pelakon berusia 27 tahun itu merupakan koleksi ‘Christian Dior Christal’.
Jam tangan mewah bertatahkan batu kristal ‘Sapphire’ ini bernilai USD 4350 atau bersamaan dengan RM 17,995.95.
Wow! Mahalnya jam tangan milik Ruhainies! Apa-apa pun jam tangan tersebut kelihatan sangat elegan.
Ternyata, bukan calang-calang orang mampu memilikinya.
Foto : Instagram Ruhainies, Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah Meninggal Dunia Dalam Tidur, Al-Fatihah

Pengasas produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Anak Allahyarhamah yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd, SM Gadaffi Syed Ali ketika dihubungi MH berkata, ibunya meninggal dunia dalam tidur.
“Ibu pergi dalam tidur di rumah anak sulung di Rengit, Batu Pahat. Sekitar jam 2.00 petang begitu, kakak ada beritahu ibu macam tak ada selera nak makan.
“Kemudian kakak menelefon saya untuk maklumkan mengenai keadaan terkininya. Lalu pada sebelah malam kakak sekali lagi hubungi, maklum ibu sudah tiada,” katanya.
SM Gadaffi atau lebih mesra dengan sapaan Habib memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan ibunya ialah pada dua hari lalu.
“Pagi Ahad saya ada hantar video majlis konvokesyen saya kepadanya. Dia panjatkan rasa syukur atas kejayaan itu dan sifatkan saya sebagai anak yang baik.
“Malah ketika berkongsikan mengenai majlis graduasi itu di media sosial, saya ada dedikasikan kejayaan tersebut kepadanya, tapi hari yang sama dia telah pulang ke rahmatullah.
“Kami memang rapat, sama-sama meneruskan empayar JMD. Apa pun, kami adik beradik reda atas pemergiaan dan terima kasih atas ucapan serta doa baik-baik yang dititipkan semua kepada ibu,” katanya lagi.
Meneruskan legasi JMD hingga masih kekal bertahan sehingga kini, Habib bersyukur kerana telah cuba menjalankan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.
“Impian saya untuk bercakap dengan ibu sejurus graduasi dimakbulkan Allah SWT. Doa dan semangatnya akan sentiasa ada bersama. Allahyarhamah juga sudah jalankan tugasnya sebagai ibu dengan cukup sempurna bagi kami.
“Ibu banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak dan tidak kecil jasanya kepada ramai orang menerusi produk yang diusahakan. Sudah tentu saya akan rindukan perwatakannya yang lemah-lembut itu.
“Personaliti baiknya memang sudah sinonim di kalangan kenalan yang rapat. Terima kasih sekali lagi atas doa dan ucapan yang dititipkan semua,” katanya lagi.
Jenazah Allahyarhamah yang sinonim dikenali sebagai Ibu Halimah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat, Johor sekitar jam 9.00 pagi ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hampir 25,000 Penonton Jadi Saksi Konsert Siti & Judika Yang Sukses, Paduan Dua Vokal Emas Bergema Di Stadium Merdeka!

Sukses! Mungkin itu gambaran yang boleh diberikan apabila tempat duduk Stadium Merdeka telah diisi hampir 25,000 penonton yang hadir bagi menyaksikan Konsert The Journey of Sound: Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza, pada Sabtu.
Sama-sama berjaya memukau audiens, figura popular dari dua negara itu mempersembahkan lebih 30 lagu secara solo dan duet termasuk lagu-lagu medley.
Dua Figura Hebat!
Anggun mengenakan persalinan ilham pereka Ezuwan Ismail dan ditatarias juru solek Epie Temerloh, Siti meluahkan rasa teruja melihat kesudian para peminat yang hadir pada malam penuh bermakna itu.
“Konsert di Axiata Arena sebelum ini boleh memuatkan 12,000 penonton dan hari ini, di sini, 25,000 penonton. Terima kasih kepada semua,” katanya.
Sementara itu, Judika yang segak mengenakan baju daripada pereka Razman Razmi pula akui gembira apabila dapat sama-sama beraksi di stadium bersejarah bagi negara kira.
“Ini impian saya untuk beraksi di Stadium Merdeka dan kini menjadi kenyataan,” katanya.
Pada malam itu, antara lagu yang disampaikan mereka termasuk Bukan Cinta Biasa, Hati Kama, Wajah Kekasih, Balqis, Nirmala, Mama Papa Larang, Bukan Rayuan Gombal dan banyak lagi.
Terdahulu, Siti dan Judika diarak masuk ke stadium dengan menaiki kereta sport jenis GTR mengelilingi stadium sebelum muncul di pentas sebagai gimik pembukaan.
Malah penonton turut dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh Faizal Tahir yang menyampaikan tiga lagu popularnya.
Menjadi memori buat semua, langit Stadium Merdeka juga diserikan dengan pertunjukan bunga api berskala besar selama beberapa minit selain pencahayaan mernarik dari Menara Merdeka 118.
Selain peminat Siti dan Judika, rakan artis turut sama-sama hadir memberikan sokongan antaranya Hael Hussaini, Fatah Amin, Marsha, Mira Filzah, Nora Dansih, Anzalna Nasir dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aura ‘Penyanyi Nombor Satu’! 5,000 Penonton Terbuai Vokal Emas Siti Nurhaliza Sampaikan Lagu Cinta Di Puncak Genting Highlands

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza secara eksklusif tampil membuat persembahan menerusi konsert istimewanya di Arena of Stars, Genting Highlands.
Dilangsungkan pada dua malam berturut-turut iaitu pada Sabtu dan Ahad lalu, konsert Siti Nurhaliza Love Is In The Sky 2024, berjaya menghiburkan lebih 5,000 peminat pada hari pertama menerusi 30 buah rangkaian lagu cinta yang membuai perasaan.
Alunan vokal emas ibu kepada dua cahaya mata itu pastinya memberi seribu satu makna buat para peminat selama kira-kira dua jam setengah konsert berlangsung.
Siti ketika ditemui akui, 2024 adalah ‘tahun konsert’ baginya sekaligus mendedahkan persembahan di Arena Of Stars sebagai penutup yang baik bagi tahun ini selepas dua konsert terdahulu mencatat sambutan luar biasa.
“Untuk konsert solo, konsert ini boleh dikatakan sebagai penutup untuk tahun ini. Kalau untuk tahun depan, saya belum tahu lagi… sekiranya ada, saya akan buat pengumuman seterusnya.
“Setakat ini betul, ini adalah konsert solo penutup bagi tahun ini,” katanya yang mengambil tema ‘persembahan cinta setinggi awan’, untuk konsert berkenaan.
Watch on TikTok
Selain menyampaikan rangkaian lagu cintanya termasuk beberapa lagu penyanyi berkumpulan yang malar segar, Siti turut membuat kejutan dengan menampilkan Siti Aafiyah, yang bermain piano mengiringi persembahan menerusi lagu Nadi.
“Saya memang teringin (Aafiyah iringi persembahan). Dia memang mengikuti kelas piano. Kebetulan, ia kena dengan lagu Nadi yang memang ditujukan kepada anak-anak saya.
“Sehari sebelum persembahan dia menangis dan hampir tak mahu jayakan persembahan. Mungkin kerana gementar, takut dan malu. Tapi selepas dia mula main piano dan dipujuk, dia kembali okay. Lama jugalah nak pujuk, dalam setengah jam,” katanya lagi.
Sementara itu, konsert anjuran Resorts World Genting ini turut menggunakan khidmat Sharhan Syazwan atau Chaan sebagai Pengarah Muzik bersama Leman Band.
Terdahulu, bintang yang mendapat jolokan sebagai Penyanyi Nombor Satu Negara ini telah mencipta sukses menerusi Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Mac lalu dan disusuli dengan Konsert Fenomena Siti Nurhaliza di Singapura, pada Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI