Pihak pengurusan Elizabeth Tan, Warner Music Malaysia menerusi satu kenyataan media menjelaskan penyanyi berkenaan memohon maaf atas berita perkahwinannya yang menjadi tular sejak awal hari ini.

Bintang berusia 28 tahun itu bagaimanapun memberitahu, dia memilih untuk tidak berkongsi berita mengenai perkara tersebut pada awalnya kerana ia adalah isu yang kecil.

“Lizzy memang plan nak announce pada semua bila Lizzy dah ready.

“Lizzy ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan Lizzy kerana pada Lizzy, ini adalah isu kecil sahaja,” katanya menerusi kenyataan terbabit.

Lizzy atau nama sebenarnya, Tan Su Mei  memilih Siew Jim, 30, yang juga seorang ahli perniagaan sebagai  suaminya di sebuah gereja di Gombak, Kuala Lumpur.

Dia yang popular menerusi lagu Semua Sudah dan Polis Entry turut mengesahkan mengenai majlis yang telah berlangsung pada Sabtu.

IKLAN

“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.

“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja,” ujarnya lagi.

Menyifatkan perkahwinannya adalah satu hal yang privasi, dia sekali lagi memohon maaf kerana tidak berkongsi hal tersebut.

“Gambar Dan Video Tersebar Menyatakan Lizzy Sudah Berkahwin Adalah Benar,” – Elizabeth Tan Sahkan Kini Bergelar Isteri Ahli Perniagaan “Gambar Dan Video Tersebar Menyatakan Lizzy Sudah Berkahwin Adalah Benar,” – Elizabeth Tan Sahkan Kini Bergelar Isteri Ahli Perniagaan“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi untuk Lizzy. Lizzy ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.

IKLAN

“Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Lizzy masih Lizzy yang sama dan Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy,” tambahnya.

Sementara itu, Warner Music Malaysia yang mewakili Elizabeth Tan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tak pernah jemu menyokong kerjaya penyanyi itu.

Terdahulu, media sosial kecoh memperkatakan mengenai foto penyanyi terbabit yang mengenakan gaun pengantin di laman sosial.

Malah, bapanya iaitu David Tan Suan Chew turut berkongsi foto dipercayai upacara perkahwinan anak perempuannya itu menerusi laman Facebook.

IKLAN

David memuat naik sekeping foto memperlihatkan penyanyi itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Dalam hantaran tersebut, David turut menulis kapsyen memaklumkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, merupakan anak perempuan terakhirnya.

“Anak perempuan terakhir saya, Elizabeth,” tulisnya.

Meski tidak memberikan butiran lanjut mengenai majlis tersebut, namun tindakan Elizabeth memegang tangan lelaki berkenaan sekaligus menguatkan spekulasi pasangan itu kini sudah bergelar suami isteri.

https://youtu.be/-22Nf-lPBu4

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI