Categories: Uncategorized

[GAMBAR] “Dasar Lidah Bercabang,”- Atur Pertemuan Bersama DS Anwar Ibrahim, Netizan Kritik Sifat ‘Oportunis’ Norman KRU?

Share

Baru-baru ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan daripada pihak Yayasan KRU yang diketuai Datuk Norman Abul Halim.

Menerusi sebuah entri di Facebook Datuk Seri Anwar, perjumpaan tersebut adalah bertujuan membincangkan tentang halatuju program TVET selain, turut bertukar pendapat mengenai masa depan industri muzik tanah air.

“Anwar Ibrahim terima kunjungan dari ahli jawatankuasa Yayasan KRU yang diterajui oleh Datuk Norman Abdul Halim selaku Pengerusi yayasan tersebut.

“Perbincangan serius terkait perancangan dan halatuju program TVET, selain mereka turut bertukar-tukar pendapat soal perkembangan dan masa depan industri muzik tanahair,” tulisnya

Namun, pertemuan tersebut nyata mengundang kritikan daripada segelintir pihak yang melabel Norman seperti oportunis.

Rata-rata netizen mendakwa, Norman pernah mengkritik kewibawaan parti PKR sekiranya mereka diangkat menjadi kerajaan pusat suatu ketika dahulu.

Bagi MH, mungkin perjumpaan ini hanyalah bersifat perbincangan santai  dan tiada kena mengena dengan sebarang agenda politik.

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Published by
Aizam Manaf