Semalam, penyanyi Lan Solo ada berkongsifoto sekitar sambutan ulang tahun kelahiran pertama anak bongsunya, Nur Amna Quxandra di akaun Instagram.
Mengambil beberapa buah filem animasi sebagai temanya, majlis disambut meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan selebriti.
Antaranya ialah Siti Nordiana, Datin Fouziah Gous dan suami, Farhan dan ramai lagi.
Terdahulu, Lan dan isterinya, Nur Sheila Hassim mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff, 4 dan Nur Amna Quxandra, setahun.
Jom usha foto-foto sekitar majlis yang telah dilangsungkan di Grand Nikah Hall, Bukit Jelutong itu.
Penonton kini dilihat semakin memilih dan ingin sebuah drama yang berkualiti. Lihat sahajalah sudah berapa banyak drama yang dikritik netizen hanya terdapat kesalahan fakta di dalamnya.
Terbaru, drama Seribu Rindu turut mendapat perhatian ramai hingga mendapat perhatian seorang doktor.
Individu tersebut mengkritik jalan cerita drama tersebut yang seolah-olah tidak mencerminkan ciri-ciri profesion seorang doktor sebenar menerusi FB,Husna Dahari.
Berikut merupakan apa yang ditulisnya di laman berkenaan;
“Doktor dalam drama seribu rindu ni, mmg takde keje ke? Duk sibuk fikir cmne nak tackle bini org… Pastu asyik duduk bilik yg mcm office tu… Jumpa patient pun tak.
“Klo jumpa pun, jumpa sorg patient je yg bernama irfan.. Ko ingat keje doktor cmtu ke… Nak fikir diri sendiri pun tak sempat apatah lg ahli keluarga.
“Ni doktor dlm cte tu, sempat fikir n cr helah mcm2 time keje… Kemon la brader…. Kami klo de masalah peribadi ke, tetap kene g keje.. Jumpa pesakit senyum je takleh nanges takleh emo takleh nak layan perasaan sebenar.
“Blk rumah la pulak klo nak fikir pun itu pun klo tak balik lewat.. Nak makan nak minum hatta nak terkencing terberak pun mujur sgt kalau sempat.
“Come on.. Jgn rosakkan imej profesion kedoktoran wahai penerbit2 drama tempatan… Pulak tu, treat patient tak ikhlas.. Patient dh hampir sembuh pun ko resah gelisah sbb peluang ko nak dptkan wife dia makin tipis.
“Apa2 pun, drama kan… Nak emo kenapa.. Tp ak emo jgk!! Jap nak sambung…. Sedikit dialog dlm drama tersebut yg maksudnya berbunyi begini.
“papa nak ajak airel dgn damia dinner ng papa mlm ni.. Airel dtg ye”
“papa airel tk janji lg ye… Airel kan doktor.. Airel kene tgk dlu jadual oncall.. Takut airel oncall hr ni”
“Ko merepek apa syaitonnn… Ko klo btl doktor, oncall ko bulaan depan ko dh hafal siap2 dh bila.. Hari2 tu tak sah kalau tak belek jadual… Jgn acah2 sgt boleh? Sekian.. Haha,” luahnya kesal.
Di ruangan komen pula, dilihat ada netizen yang bersetuju dengan kenyataannya itu namun ada juga yang mengatakan bahawa itu semua hanyalah drama.
Sebelum ini, seorang wanita yang bertugas sebagai seorang jururawat mengkritiik babak sebuah drama tempatan yang difikirkan tidak logik secara praktikal.
Dalam babak tersebut memaparkan seorang wanita yang dimasukkan tiub ETT (endotracheal tube) dalam trakea dan masih boleh bercakap itu adalah mengarut.
Foto:Facebook & Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mendapat markah juri tertinggi bagi minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019), kumpulan J-Born yang dianggotai Khir Rahman, Joey dan Vicha gemuruh dengan kedudukan yang diperolehi.
Jelas mereka, minggu akan datang semestinya detik sukar kerana bimbang akan reaksi juri dan penoton meletakkan harapan tinggi.
“Percayalah bahaya apabila mendapat tempat pertama. Setiap yang dilakukan adalah pertaruhan dan kami tidak tahu reaksi penonton. Kami takut jangkaan penonton selepas ini.
“Dan kebetulan apa yang kami lakukan menjadi, namun tidak semestinya perkara yang sama akan berlaku untuk episod akan datang.
“Kami juga bukan hanya berlandaskan kepada markah juri, sebaliknya termasuk undian penonton. Ini mempengaruhi kedudukan kami untuk tidak berada di empat terbawah.
“Namun walau apapun, rezeki ilham yang paling penting. Jika tiada ilham, mendapat undian online tertinggi pun tiada guna,” jelas J-Born pada sidang media Maharaja Lawak Mega 2019.
Menyifatkan bersaing sengit dengan peserta senior MLM2019, jelas J-Born, bidang lawak masih baru buat mereka meski baru sahaja menyandang gelaran juara Muzikal Lawak Superstar (MLS) tak lama dulu.
“Kami masih lagi baru dalam lawak ‘kering’ ini. Walaupun baru sahaja memenangi MLS, harapnya pendekatan dan kaedah yang digunakan dahulu dapat dikekalkan.
“Saya sangat berdebar dan tidak senang duduk di belakang pentas. Kami sentiasa membayangkan jika penonton tidak ketawa dengan lawak kami, biru muka dibuatnya.
“Kami juga belum mesra dengan penonton jadi sukar untuk membuat mereka ketawa. Berbeza dengan pelawak senior lain, melihatkan muka sahaja boleh pecah perut ketawa,” kata Khir Rahman.
Akur dengan komen Inul Daratista sebagai juri tetap MLM2019 yang menyifatkan rata-rata peserta belum mampu membuatkannya terhibur, J-Born berpandangan, itulah kejujuran yang diperlukan untuk menjadi juri.
“Inul seorang yang jujur dan seorang yang sangat berseni. Apa yang diluahkan ialah berdasarkan jiwa seni dan pengalamannya.
“Persekitaran dan bahasa memainkan peranan. Jika dia meletakkan diri melihat comedian di Indonesia, maka ia tidak adil.
“Dia mahu lawak yang global yang difahami, namun penonton adalah masyarakat setempat dan tayangannya di sini. Ini yang menyukarkan kami.
“Inul di Indonesia sendiri merupakan komedian dan penghibur. Dia ada ilmu untuk menilai sesuatu lawak. Dia memang seorang yang jujur, jika tidak bagus, dia akan berterus terang,” jelasnya mereka lagi.
MLM2019 dihoskan Datuk AC Mizal bersama barisan peserta MLM 2019 yang terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon serta satu kumpulan dari Brunei, Cali.
Inul Daratista dan Lisa Surihani diberi kepercayaan menjadi juri tetap bagi musim ini.
MLM 2019 boleh diikuti secara langsung di Astro Warna, saluran 123 dan Warna HD, 124. Malah ia boleh distrim melalui platform Astro Go dan On Demand.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Niezam Zaidi akui detik hitam yang pernah melanda hidupnya sebelum ini nyata memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.
Menurut Nizam atau nama sebenarnya, Mohd Niezam Mohd Zaidi, mentalnya itu dikatakan sedkit terganggu lebih-lebih lagi membaca komen-komen negatif terhadap dirinya di media sosial.
“Kalau saya bukan Islam, mungkin saya dah gila atau bunuh diri. Saya minta maaf kerana berkata sebegini. Banyak perkara yang telah berlaku pada saya. Mungkin orang lain lihat ia kenangan pahit, tapi bagi saya pahit itu adalah ubat.
“Isu kesihatan mental ini janganlah kita ambil mudah. Mungkin kita nampak orang lain tu luarannya okay tapi sebenarnya tidak. Sosial media kita punyai notifikasi dan kita boleh lihat komen-komen daripada netizen sama ada membina atau mengecam.
“Walaupun dengan membaca, tapi komen-komen sedemikian sebenarnya boleh mengganggu mental juga. Saya kena berhadapan dengan situasi sedemikian dan kerana itu saya berhijrah pulang ke kampung,” katanya kepada MH.
Niezam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pra tonton super telemovie yang berjudul Kan Cheong di Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Katanya lagi, disebabkan hal sedemikian, dia memutuskan untuk pulang ke kampung untuk mencari ketenangan dan melebihkan masa bersama keluarga.
“Saya ingin lupakan detik hitam tersebut. Kini, saya lebih kepada mencari ketenangan melalui agama dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Masa senang memang kawan kita ramai, bila susah, keluarga juga yang datang dulu. Masa insiden di Kuala Kangsar, papa saya yang datang. Umur dah 60 lebih datang untuk selesaikan masalah saya.
“Mak saya pula sekarang tengah sakit tiga serangkai dan papa pun dah tua. Kita pun tak tahu boleh hidup sampai bila. Selagi boleh berjasa, kita buat,” kongsinya lagi.
Nizam yang tidak dapat menahan sebak memberitahu, kekuatan yang diperolehnya ketika ini datang daripada semangat para peminat yang tidak henti-henti menyatakan sokongan terhadap dirinya.
“Orang ramai juga banyak bagi semangat pada saya. Kalau ikutkan, saya memang tak kuat nak hadapi semua ini. Komen-komen membina ini membuatkan saya menjadi tambah bersemangat dan Allah yang menjadikan saya kuat.
“Sejujurnya saya memang dah putus asa dengan kerjaya seni tapi apa yang papa saya katakan, telah mengubah persepsi saya.
“Papa ingatkan saya, kenapa saya masuk di dalam industri ini. Saya masuk untuk beri kesenangan pada keluarga.
“Jadi, saya pilih untuk bangkit. Mulanya saya ingat nama saya dah disenaraihitamkan tapi sebenarnya tidak. Banyak stesen tv yang hubungi saya untuk tawaran berlakon,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon asal Ipoh, Perak ini turut mendedahkan dia telah mendapat kemanisan ketika beribadah sewaktu ditahan di dalam lokap.
“Saya tak pernah pergi umrah dan tak tahu macam mana perasaannya. Tapi saya dapat perasaan seronok nak beribadah ketika di dalam lokap. Itu perasaan paling indah dalam hidup saya.
“Saya tahu, tiada siapa lagi yang boleh tolong saya melainkan Allah,” akhirinya.
Terdahulu, Kan Cheong merupakan sebuah super telemovie yang akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 11 Ogos ini.
Selain Niezam, Kan Cheong turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Nora Danish, Jay Iswazir dan Shima Anuar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kematian anak pelakon Indonesia, Tamara Tyasmara pada awal tahun ini menjadi satu berita menyayat hati. Anak tunggalnya itu, Raden Adente Khalif Pramudityo ditemui mati...