Datin Hajah Nor Fouziah Mohd Gous atau nama komersialnya, Fouziah Gous bersama suami Dato’ Haji Md Zhafran Md Yusof ada berkongsi beberapa foto yang merakamkan mereka sekeluarganya berbuka puasa bersama team bisnes serta anak-anak yatim.
Tampil dalam persalinan jubah labuh rona biru cair sedondon sama anak, penampilan pelakon dan pengacara ini nyata menjadi tumpuan para pengikutnya di Instagram.
Ads
Malah, perkongsiannya berkenaan dengan anak-anak yatim turut membuka mata ramai, sementelah dia turut berkongsi mengenai kisah berkongsi rezeki.
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya turut memuji usaha murni yang dilakukan Fouziah dan berdoa agar mereka sekeluarga turut dimurahkan rezeki bagi membantu golongan memerlukan.
Foto: Instagram Fouziah Gous
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Achey berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya, Ngaisah binti Hasaan telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.45 pagi tadi.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Achey menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Jelas Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, dia mendapat tahu mengenai perkhabaran tersebut ketika dalam perjalanan pulang daripada menyelesaikan pekerjaannya.
“Achey atas moto lagi mak baru balik kerja. Mak baik. Mak pergi pada bulan yang baik. Semoga mak jalani waktu yang terindah. Al-fatihah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga ibu Achey ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Sebelum ini, Achey sering berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibunya yang dikhabarkan agak tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
Malah, beberapa hari lalu, Achey memaklumkan ibunya itu terpaksa menjalani pembedahan dan kondisinya juga dikatakan kurang baik.
Anggota kumpulan Bocey itu juga difahamkan sering berulang-alik daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk menjaga ibunya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Achey Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi posting Instagram terkini, aktor Beto Kusyairy ada berkongsi foto lamanya bersama maskot ikonik tahun 90-an, ALONG yang pernah menghiasi kaca televisyen sebagai antara program kanak-kanak popular tidak lama dulu.
Selain foto tersebut, Beto turut berkongsi maskot terkini yang disarung, khusus bagi mendukung watak menerusi telefilem istimewa sempena Hari Bapa, Seketika.
Katanya menerusi ruangan kapsyen, kali terakhir dia mengenakan maskot adalah pada tahun 2004 lalu sehinggalah diberi peluang untuk menyarung maskot kembali selepas 15 tahun.
Tugasnya pada ketika itu ialah menghiburkan kanak-kanak sambil berkongsi ilmu Matematik.
Lalu menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat teruja apabila mengetahui pelakon tersebut merupakan individu di balik maskot ALONG yang popular suatu masa lalu.
Malah ada juga yang berkongsi kisah saat menonton program kanak-kanak infomatif itu.
Foto : Instagram Beto Kusyairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil memberikan reaksinya susulan dakwaan anaknya, Marissa Dania yang dikatakan telah mengahwini lelaki yang dikenali sebagai Aslam di Thailand, baru-baru ini.
Abby berpendapat, Aslam individu yang belum layak untuk berpoligami kerana belum berkemampuan.
“Aslam tu bukan orang yang boleh berpoligamilah… saya tak nampak. Sebab dia tidak berkemampuan,” katanya, menerusi video yang dikongsikan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri bagi mempromosikan tudung labuhnya, hari ini.
Anggota kumpulan Elite itu pada masa sama turut mendedahkan mereka sekeluarga juga terkejut dengan perubahan sikap Marissa.
“Keluarga yang lain tak tahu-menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki yang sekarang inilah (Aslam).
“Lillahitaala, anak itu daripada kecil dengan saya, anak saya tak macam yang sekarang. Saya rasa macam ada sesuatu yang membuatkan anak saya itu macam ‘berpusing 360’, bukan dia.
“Benda itu memang di luar jangkaan saya dan papa dia sebab kita dah (usaha) sehabis baik untuk jaga anak. Cuma saya tak tahu kenapa sampai ke tahap itu dia boleh buat,” katanya lagi.
Terdahulu, timbul satu dakwaan yang mengatakan Marissa sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu sekaligus mencetuskan tular di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!