Awal hari ini, Rebecca Nur Al-Islam ada berkongsi sekeping foto dirinya bergambar dengan seorang bayi perempuan comel menerusi Instagram.
Bayi yang diberi nama Nor Aurora Riana Norazam itu dipanggil sebagai ‘anak anugerah’ apabila ditanya peminat mengenai status bayi yang didukungnya itu.
“Memperkenalkan kepada dunia, seorang lagi anak perempuan saya. Nor Aurora Riana Norazam.
Ads
“Semoga Allah SWT memberikan Mummy mendidik Aurora hingga ke jannah. Semoga Aurora sentiasa sihat dan bijak belajar nak.
“All your brother and sister waiting for you nak,” tulisnya.
Ads
Sementara di ruangan komen, rata-ratanta memuji sifat mulia Rebecca yang sudi menjaga bayi berkenaan selain mengharapkan yang terbaik buat si kecil itu.
Ads
Untuk rekod, Rebecca yang pernah bergelar pelakon dan pengacara tidak lama dulu itu sudah mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2 dan Nor Ahmet Al-Reaggan selain seorang anak angkat lelaki, Nor Adam Daniel, 10.
Rebecca mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel turut berkongsi rasa gembira bersempena majlis pernikahan kakaknya yang telah pun berlangsung pada Rabu.
Menurut Naim, di majlis akad nikah tersebut, kakak yang juga merupakan pengurus peribadinya itu kelihatan amat cantik apabila mengenakan sepersalinan berwarna putih.
Katanya lagi, kakaknya itu merupakan individu yang bertanggungjawab mengurus serta menjaga kebajikannya sepanjang bergelar anak seni.
“Hari ni, dia cantik sangat. Sebelum ni okay je, ada cantik, ada kejap muka macam projek terbengkalai. Tapi harini, dia cantik sangat.
“Dialah teman pergi show, tukang suap bila lapar, cabut bulu janggut bila panjang, teman dekat dalam each flight bila kerja, tukang record video, tukang kejut bangun, tukang drive, tukang deal dengan organiser event, tukang tarik bila saya tenggelam dalam crowd, tukang pegang segala jenis barang saya bila soundcheck, tukang bebel, dan banyak tukang lagi.
“Dan setiap kali dia bertukang tu? Confirm muka dia lagi serious dari pak menteri. Komited. Dan tak ada masa lansung nak cantik-cantik beria. Tapi harini, dia cantik sangat,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Sumpah ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Naim turut dilihat ada menitipkan doa semoga perkahwinan kakaknya itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Ya, heroin kesayangan saya yang cantik selepas mama ni dah jadi milik orang. Tak cemburu pun, sikit pun tak. Puih.
“Semoga kakak dan suami dikurniakan ketenangan, kebersamaan dalam menjalin rasa bersama-sama dalam alam yang baru. Dalam mana-mana alam sekalipun. Doa Naim untuk kalian berdua akan sentiasa teriring, mudah-mudahan Allah setuju.
“Tak, tak sedih pun tulis ni, heroin saya kahwin, apalah sangatkan? Biasalah tu.
Tapi itulah nak cakap; Hari ni, dia cantik sangat.
“Cantik sampai buat semua sudut hati ini terenjat. Sayang kakak sampai lepas bila-bila,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan ucapan tersebut selain turut menitipkan ucapan tahniah buat kakak kepada Naim.
“Selamat pengantin baru kakak yang cantik. Tahniah Naim dapat abang ipar.
“Aaa sebaknya baca kapsyen.
“Sweetnya dapat adik macam ni.
“Eh kenapa pula terbit air mata ni. Barakallahulahuma.
“Bestnya baca ayat-ayat ni. Tahniah Naik dapat abang ipar,” reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Terdahulu, entri berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih lebih 130,000 tanda suka selain turut dihujani ratusan komen.
Sumber: Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kerajaan ketika ini sedang dalam usaha merancang untuk mengharamkan produk tembakau terhadap generasi akan datang dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada golongan yang dilahirkan selepas 2005.
Malah, akta baharu yang dikenali sebagai Akta Kawalan Tembakau dan Merokok juga akan diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menggantikan undang-undang kawalan tembakau sedia ada di bawah Akta Makanan 1983.
Ini bermakna golongan yang berusia 17 tahun hari ini tidak akan dapat membeli produk tersebut secara sah dari segi undang-undang apabila mereka mencapai umur tertentu untuk mula merokok pada tahun depan.
Foto: Bernama
Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin, akta ini juga akan dikenali sebagai Generational End Game. Ia juga akan mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kejadian kanser.
Namun begitu, timbul pula persoalan, sejauh manakah keberkesanan akta ini? Adakah ini sahaja jalan terbaik untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bebas asap rokok (smoke-free nation).
Mungkin terdapat beberapa aspek lain yang harus diambil kira sebelum kerajaan memutuskan untuk melaksakan akta ini. Sedar atau tidak, perlaksaan undang-undang ini secara tidak langsung akan merancakkan lagi aktiviti penyeludupan rokok haram pada masa akan datang.
Secara tidak langsung, aktiviti perdagangan rokok seludup bakal menjadi halangan terbesar di dalam melaksanakan larangan menyeluruh kepada rokok dan merokok.
Permasalahan ini juga akan menyukarkan lagi pihak berwajib untuk memantau dan mengawal aktiviti pemerdagangan melibatkan produk tembakau ini.
Lantaran itu, selain menguatkuasakan akta, kerajaan juga sebenarnya boleh mempertingkatkan lagi kesedaran menerusi strategi pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau atau ‘tobacco harm reduction’ (THR).
Kaedah ini sebenarnya kian popular di seluruh dunia dalam membantu menggalakkan perokok tegar untuk berhenti merokok melalui pengenalan produk alternatif bebas asap rokok yang kurang mudarat seperti rokok elektronik (vape), produk tembakau dipanaskan (heated tobacco product, HTP) dan pelekat nikotin.
Pendekatan ini sebenarnya dilihat lebih realistik berbanding dengan kaedah-kaedah yang lain buat masa ini.
Umum mengetahui, meminta para perokok tegar untuk berhenti merokok secara mengejut sememangnya satu permintaan yang agak sukar. Ketagihan ini sebenarnya memerlukan waktu dan proses yang betul sebelum tubuh mereka mampu mengadaptasi dengan perubahan.
Antara langkah awal yang boleh diaplikasikan adalah dengan mengamalkan produk alternatif bebas asap rokok. Selain meminimakan risiko penyakit, langkah ini sebenarnya mampu mengurangkan pembebasan asap berbahaya ke udara.
Memetik laporan Astro Awani, menerusi satu kajian yang dikendalikan oleh pakar kardiologi, Dr Konstantinos Farsalinos, biarpun formaldehid turut dibebaskan menerusi e-rokok, kadarnya jauh lebih rendah berbanding rokok tembakau.
Sementara itu, Pakar Perunding Respiratori Institut Perubatan Respitori Prof Datuk Dr Abdul Razak Mutallif menjelaskan kandungan nikotin yang rendah dalam e-rokok mungkin menjadi penyebab mereka yang beralih daripada rokok tembakau mendapati selera mereka mungkin bertambah.
Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) seperti yang dilaporkan akahbar Utusan, 88 peratus daripada pengguna vape yang sebelumnya menghisap rokok, telah berjaya berhenti merokok.
Tinjauan sama juga mendapati 79 peratus yang kini menggunakan vape dan menghisap rokok biasa pada masa yang sama telah mengurangkan bilangan rokok yang dihisap sejak menggunakan vape.
Konklusinya, semua pihak harus memainkan peranan bagi memastikan misi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bebas asap rokok dapat dirialisasikan dan bukan hanya sekadar cakap kosong.
Sumber: Astro Awani & Utusan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...