Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon Datin Seri Zizie Izette yang gemar berkongsi gambar anak-anaknya.
Terbaru, Zizie ada berkongsi foto ketika dia meluangkan masa bersama anak-anaknya di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.
“Pavi with kiddos Aloolooooo baru perasan first pic ni diorg semua pegang tangan.
@zac_zeke @naila_nur_jenna,” tulisnya.
Dalam pada itu perkongsian kakak kepada pelakon, Shaheizy Sam itu telah menerima pujian daripada peminat.
Rata-rata peminat memuji kecomelan wajah anak-anak Zizie.
Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Terus menerima rezeki zuriat, Zizie menimang cahaya mata ketiga bernama Alisa Bella Izette pada 1 Mac lalu.
Video : Instagram Zizie Izette
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tanya, Perlu Ke Sediakan Baju Raya Seminggu,” – Wany Hasrita Pertama Kali Syawal Di Sarawak Ikut Suami
Penyanyi, Wany Hasrita akui teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri buat pertama kalinya di kampung suami di Sarawak pada tahun ini.
Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, dia tidak sabar untuk melihat sendiri budaya masyarakat borneo menyambut hari raya yang dikhabarkan sangat meriah.
“Tahun ini saya akan beraya di rumah suami di Kuching, Sarawak. Saya agak teruja juga untuk beraya di sana sebab seperti kita tahu, orang-orang Sarawak memang meriah kalau menyambut hari raya.
“Mereka akan all out. Katanya selama seminggu mereka akan mengenakan baju raya. Saya pun tak sabar nak melihat sendiri budaya di sana.
“Saya ada bertanya kepada suami, perlu ke saya sediakan baju raya baharu selama seminggu? Dia kata tak perlu la membazir.
“Tujuh helai tu macam melampau sangat. Dua cukuplah yang selebihnya pakai balik yang lama,” katanya kepada MH.
Wany berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pengenalan lagu single duet terbaru bersama Wani Syaz berjudul, Sakitnya Penantian pada Rabu.
Bagaimanapun, pemenang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 ini agak sedih memandangkan dia tidak pernah berjauhan dengan ibunya ketika hari raya.
“Cuma saya agak risau sebab ini pertama kali saya beraya berjauhan dengan ibu. Walaupun ibu tidak beraya seorang tapi agak janggal juga bila anaknya tiada bersama di hari raya. Dia akan beraya bersama adik beradiknya di Perak.
“Bagaimanapun, ibu saya sangat memahami dan dia sebenarnya memang sudah bersedia untuk berhadapan dengan detik-detik seperti ini. Dia tahu, satu hari nanti, anaknya ini akan beraya di kampung suami.
“Masa sebelum kahwin dahulu, saya ingat perkara ini biasa sahaja dan macam ibu yang berlebihan. Bila dah kahwin ni, baru saya faham apa yang ibu maksudkan. Macam ini rasanya bila kena tinggalkan ibu ketika hari raya,” kongsinya lagi.
Dalam perkembangan lain, Wany dilaporkan bakal sekali lagi mengacarakan program terbitan RTM, Borak Dahulu Baru Berbuka buat tahun yang kedua.
Ketika ditanya mengenai penerimaan suami berhubung program berkenaan memandangkan dia terpaksa berbuka di studio hampir 20 hari, Wany bersyukur kerana suaminya itu amat memahami.
“Ada tak tertanya-tanya juga tapi saya sifatkan ini rezeki. Setelah kami berbincang, Alhamdulillah suami sangat menyokong. Program tersebut pun bukan borak-borak biasa. Ia program ilmiah.
“Lagipun, kalau suami ada jadual penerbangan, saya tetap tak dapat berbuka dengan dia. Nasib baik program itu hanya sampai 18 April sahaja. Selebihnya kami buat rakaman.
“InsyaAllah ada baki dua atau tiga hari saya boleh berbuka dengan suami,” akhirinya.
Terdahulu, Wany dan suaminya, Mohd. Al-Adib Fahmi Harun telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Julai 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Wany Hasrita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Duet Berpelukan Secara Live, Protege Hafiz Suip Mohon Maaf, Ini Reaksi Si Isteri
Terlalu menghayati lagu duet bersama penyanyi Indonesia, Zaskia Gotik yang membawakan lagu Jangan Tinggalkan Aku nyanyian Imam S Arifin, peserta dari Malaysia, Azmirul Azman,26, terkejut melihat kehadiran isteri yang muncul secara tiba-tiba di program D’Academy Asia 5.
Malah, situasi berkenaan turut tular di laman media sosial, baru-baru ini.
Menerusi video dari Facebook hiburan Indonesia, Golden Memory, Amirul dan Zaskia terlalu asyik menyanyi sambil berpelukan dan saling menatap mata antara satu sama lain.
Terkejut akan kehadiran isteri, Nur Fatin Farahin atau mesra disapa Farah, reaksi Amirul yang juga pemenang tempat ketiga Mentor Musim-3 (protege Hafiz Suip) sangat terkejut dan wajahnya kelihatan pucat.
Bagaimanapun, Farah tenang berdepan situasi berkenaan dan ini responnya.
“Tak tahu nak cakap apa dah. Lelaki kalau belakang isteri memang macam ni,” katanya tenang.
Bagaimanapun, Amirul akui silap dan meminta maaf kepada isterinya itu.
“Sayang, b minta maaf. Selama b ada kat sini, b banyak menyakiti hati sayang . B terpaksa buat mcm ni untuk hiburkan orang di Indonesia dan semua negara,” katanya yang sudah berkahwin dengan Farah pada tahun 2017.
Mahu memberi kejutan, Farah telah menghadiahkan bantal tidur kepada suaminya itu sebagai simbolik bantal kegemaran anaknya yang kini berusia 1 tahun 10 bulan.
“Sebelum nikah kami beli bantal ini , apabila dah nikah, ada anak. Jadi bantal ini kepunyaan anak kami. Inilah bantal kegemaran anak saya. Saya sangat rindu anak saya,” katanya sambil memeluk dan mencium item tersebut.
Dalam pada itu, Zaskia turut meminta maaf kepada Farah dan menganggap ini sekadar hiburan semata-mata oleh pihak produksi program berkenaan.
Program itu turut menampilkan juri dari Malaysia, Mas Idayu dan tiga orang pengacara Indonesia termasuk Uyaina selaku pengacara tempatan.
KEJUTAN KEDATANGAN ISTRI AZMIRUL AZMAN MALAYSIA D'ACADEMY ASIA 5 TOP 6 RESULT SHOW 2019
KEJUTAN KEDATANGAN ISTRI AZMIRUL AZMAN MALAYSIA D'ACADEMY ASIA 5 TOP 6 RESULT SHOW 2019
Posted by Golden memory on Saturday, 21 December 2019
Video : Facebook Golden Memory
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Insya-Allah Apabila Kakak Saya Sudah Bersedia, Dia Akan Berikan Kenyataan,” – Didi Astillah
Adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan laporan media mengenai dakwaan pelakon berstatus suami orang yang dicekup berkhalwat dengan aktres di sebuah kondominium mewah di ibu negara, awal pagi tadi ialah abang iparnya, Aliff Aziz.
Menurut Didi, dia bersama kakaknya itu hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.
“Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.
“Kami pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Insya-Allah apabila kakak saya sudah bersedia dia akan berikan kenyataan,” katanya, lapor Harian Metro.
Didi pada masa menjelaskan, dia mengetahui perkenalan abang iparnya dengan pelakon wanita berkenaan.
“Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka.
“Saya pun tak berani nak cakap berapa kerap sudah mereka keluar bersama,” katanya lagi.
Sementara itu, Bella yang ditemui enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung tangkapan yang dibuat terhadap suaminya.
Terdahulu pada awal pagi Sabtu, kecoh berita mengenai kes membabitkan dua selebriti, di dalam satu serbuan yang dibuat di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Menerusi media sosial, warganet mula mengaitkan pelakon lelaki yang ditangkap ialah Aliff susulan isterinya iaitu Bella Astillah yang hadir ke pejabat agama Islam sekitar pukul 2.40 pagi ditemani beberapa rakan di dalam sebuah video tular.
Aliff pernah berhadapan dakwaan berlaku curang terhadap Bella dan pasangan ini bercerai pada 2019. Bagaimanapun mereka akhirnya memilih untuk kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber : Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI