Walaupun sekecil penghargaan namun ia mampu memberikan seribu makna dan kegembiraan kepada setiap individu yang merasainya.
Pelakon Datin Zizie Izette ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi di laman media sosial Instagram miliknya.
Menariknya, Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad telah membawa kesemua pembantu rumahnya pergi bercuti di Genting Highland, Pahang.
Dalam pada itu, isteri kepada ahli politik itu turut meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat meluangkan masa bersama kesemua pembantu rumahnya.
Malah, peminat juga memuji sikap Zizie yang bersikap penyayang dan pemurah.
Untuk rekod, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Kemudian, pasangan ini dikurnikan seorang cahaya mata perempuan bernama Aalisa Belle Izette pada 1 Mac yang lalu.
Foto : Instagram Zizie Izette