
Datuk kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Noor Mohamed, telah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 11.20 malam tadi di sebuah hospital di Kota bharu, Kelantan.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 83 tahun.
Terdahulu, menerusi kenyataan media dari pihak pengurusannya, Allahyarham yang mesra disapa dengan panggilan ‘abah’ di kalangan ahli keluarga hos program MeleTop itu akan dibawa pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan dan dijangka dikebumikan pagi ini.
Malah menerusi Insta Stories, Neelofa turut menzahirkan rasa terhadap pemergiaan datuknya ke Rahmatullah dengan penuh rasa cinta.
“Allah menjemput Noor Mohamed bersama dengan hari wafatnya Rasulullah kekasih Allah, Nabi Muhammad,”tulis Lofa.
Sebelum ini, Neelofa turut memuat naik mengenai tahap kesihatan datuknya yang kian merosot di media sosial sambil menitipkan shahadah dan berzikir.
Sama sama kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
AJL34: “Masih Ada Instagram, Twitter, Facebook…,” – Video Persembahan ‘Digantung’ Di YouTube? Ini Jawab Balas Aina Abdul

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak menjelaskan pihaknya mengambil pendirian untuk ‘menggantung’ terlebih dulu video persembahan penyanyi Aina Abdul dan kumpulan Drama Band di platform YouTube TV3.
Memetik Harian Metro, ia berikutan kontroversi terhadap gimik persembahan oleh dua bintang itu di Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) pada Ahad.
Malah, Johan dipetik sebagai berkata, pihaknya akan membuat semakan kod kandungan daripada Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) demi memastikan sama ada persembahan terbabit bercanggah dengan penyiaran stesen televisyen (TV) sebelum mengambil tindakan.
Mengulas mengenai perkara itu, Aina yang sebelum ini sudah pun meminta maaf serta menjelaskan secara terperinci mengenai konsep persembahan Sumpah pada anugerah muzik tahunan itu mengambil sikap positif.
Dia bagaimanapun turut merakamkan rasa syukur kerana setidak-tidaknya, dia berpeluang untuk bersaing di AJL34.
“Tidak mengapa, saya sudah cukup bersyukur berada di pentas akhir AJL. Jadi kalau video tersebuh kena ‘hold’ sekali pun tidak mengapa.
“Kita masih ada Instagram, Twitter, Facebook dan sebagainya, malah WhatsApp juga. Saya masih gembira dan saya okay,” katanya kepada MH.
Aina turut menambah, ia tidak menyekat semangatnya untuk terus memberikan karya terbaik selepas ini. Malah vokalnya juga turut dipuji ramai.
“Saya lega ia sudah berakhir dan harap penonton boleh ‘feel’ dengan apa yang saya sampaikan sedikit-sebanyak. Mungkin bukan rezeki Aina Abdul tahun ini.
“Ini merupakan batu loncatan untuk saya hasilkan lebih banyak karya, lagu-lagu yang membincangkan soal hati.
“Impian saya memang nak menang di AJL, saya pernah suarakan hasrat tersebut beberapa tahun lalu. Sadly, bukan tahun ni… Bukan sekarang, mungkin akan datang InsyaAllah.
Terdahulu ketika membuat persembahan, bahagian dada Aina tiba-tiba mengeluarkan cecair merah sebagai simbolik kepada darah.
Lalu ia menyebabkan sebahagian besar bahagian depan gaun putih yang dipakaikan basah dengan ‘darah’ yang mencurah.
Ikuti temu bual penuh bersamanya di sini;
Foto: Instagram Aina Abdul
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lebih 25 Tahun Berkecimpung Di Dalam Industri Filem Dan Seni,”- Tahniah! Datuk Hans Isaac Dilantik Pengerusi FINAS

Terbaru, pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Hans Isaac atau nama sebenar Gerald Hans Isaac telah berkongsi berita gembira apabila dia telah dilantik sebagai pengerusi FINAS yang baharu oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), hari ini.
“Setelah lebih 25 tahun berkecimpung di dalam industri filem dan seni negara, saya dengan rasa rendah diri bersedia untuk menerima jawatan yang dipertanggungjawabkan kepada saya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.”
“Untuk dua tahun yang akan datang, saya akan memberikan usaha yang terbaik demi melaksanakan tugas dan kewajipan saya.”
“Keutamaan saya adalah kebajikan dan kesejahteraan rakan-rakan industri dan pengamal seni yang lain di samping berusaha menaikkan kualiti filem dan hasil seni tanah air.”
“Harapan saya, masih sama, adalah supaya FINAS menjadi sebuah pertubuhan profesional, bukan politikal, dan telus supaya ia dapat bertahan dan membawa lebih manfaat kepada semua pengamal industri.”
“Saya amat teruja dan sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjuangan ini dan berganding tangan dengan CEO baharu FINAS, Ahmad Idham, serta ahli lembaga yang lain.Salam hormat, Dato’ Hans Isaac Pengerusi FINAS”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on
Terdahulu, Hans Isaac pernah menjadi ahli lembaga penasihat FINAS dan ahli lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 2012.
Manakala jawatan pengerusi FINAS sebelum ini telah disandang oleh Samsuni Mohd Nor selama 4 bulan yang lalu.
Foto : Instagram Hans Isaac
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Semua Dapat Kabahagiaan Berumah Tangga,” – Meski Jodoh Tak Panjang, Sharnaaz Ahmad Tetap Syukur Dapat Rasa Nikmat Jadi Bapa

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mengakui dirinya berasa amat bersyukur kerana masih diberi nikmat untuk dikurniakan cahaya mata meskipun jodohnya bersama bekas isteri tidak berpanjangan.
Menurut Sharnaaz, meluangkan masa bersama anaknya, Jebat Jayden merupakan antara detik paling indah di dalam hidupnya.
“Tak semua mendapat kebahagian berumah tangga tapi yang pasti jika dikurniakan zuriat, itu satu jenis nikmat Allah bagi pada kita dan bila aku dapat spend time dengan jebat macam ni, ini adalah sesuatu yg sangat istimewa bagi aku.
“Nanti aku buat full video dan letak di youtube sharnaaz ahmad tv sebagai simpanan aku dan jugak jebat,” katanya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Isteri Misteri itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut memberi tahu, dirinya tidak mahu dibayangi kisah kegagalan rumah tangganya demi memberikan yang terbaik buat anaknya itu.
“Aku gagal dalam perkahwinan, tapi aku pasti menang menjadi seorang baba yg terbaik untuk jebat. Baba sayang cheq sampai baba gol.
“Kalau nak saya post vlog tu, komen nak jebat sygggg dibawah okay guys,” katanya lagi.
Sementara itu, Sharnaaz turut mengumumkan dia bakal menghasilkan sebuah video di YouTube untuk berkongsi telatah comel anaknya bersama para peminat.
Sekadar informasi, Sharnaaz dan Nabila bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 2 tahun.
Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI