Pelawak, Abam Bocey meluahkan rasa bengang terhadap seorang netizen di laman Facebook yang meminta bintang berkenaan untuk melakukan ujian DNA terhadap bayi lelaki yang baru dilahirkan Jumaat.
Memurut Abam, perkara tersebut merupakan penghinaan yang amat dahsyatbagi dirinya dan dia berasa amat tersinggung.
Rasa tersebut dikongsikan Abam menerusi sebuah entri di laman Facebook miliknya.
“Sape kenal pakcik ni. Bagitahu saya. Saya nak jumpa dia. Ini satu penghinaan yang dahsyat.
“Kalau bukan DNA saya habis anak siapa. Maaf Sape kenal pakcik ni bagitahu saya. Saya nak jumpa dia.
“Maaf saya amat tersinggung dengan komen begini. Nak cakap saya benda tu kecik ke kura2 ke.
“Saya tak kisah sangat tapi ini satu penghinaan. Saya nak jumpa pakcik ni. Sangat-sangat nak jumpa,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa dengan tindakan individu biadap tersebut.
Terdahulu, Abam telah berkongsi satu perkhabaran gembira apabila isterinya, Siti Nurhidayah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.55 kilogram di Hospital Selayang pada Jumaat.
sumber: Facebook Abam Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, MH berkesempatan untuk bertemu penerbit terkenal Datuk A.Aida ketika dia menghadiri sidang media Kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) yang berlangsung di Sheraton Hotel, di Petaling Jaya.
Lalu, kami ada bertanyakan mengenai perkembangan terkininya, termasuk reaksinya yang bakal sambut sambut puasa dan Aidilfitri bersama suami, pelakonAriff Aziz.
Menurut A.Aida, tahun ini merupakan tahun pertama dia bakal menyambut bulan ramadan dan syawal bersama suami setelah mendirikan rumah tangga bersama bintang itu pada 21 Julai tahun lalu.
Malah, A.Aida turut berkongsi perasaanya itu.
“Awesome lah kan tapi pada masa yang sama saya rasa berdebar juga sebenarnya sebab I family dah tak ada, mak ayah dah tak ada.
“So dia masih ada mak ayah, so kena beraya di sebelah Ariff lah.
“Tapi tak tahu lagi, belum plan lagi,”kongsi A.Aida jujur.
Di samping berasa berdebar, penerbit yang berusia 48 tahun itu turut berasa teruja untuk menyambut ramadan dan syawal tahun ini bersama suami tercinta.
Tahun ini nampaknya raya mereka sekeluarga lebih meriahlah kan?
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Dayang Nurfaizah hilang kata-kata setelah menerima khabar berita pemergian penulis lirik dan bekas wartawan hiburan, Allahyarham Rudy Imran Shamsudin atau Iman Imran, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi yang sinonim dengan lagu Di Pintu Syurga Ini turut imbau kenangan ketika pernah berkerjasama dengan arwah, sebelum ini.
Akui Dayang, Allahyarham antara individu banyak berjasa sepanjang penglibatannya dalam karier seninya.
“Dayang kehilangan seorang lagi insan yang besar jasanya dalam perjalanan seni Dayang.
“Rudy Imran yang biasa Dayang panggil Abang Rudy antara orang yang melihat Dayang ‘membesar’ di dalam bidang muzik.
“Bermula dari hubungan antara wartawan dan artis hinggalah Abang Rudy menulis lirik untuk lagu-lagu Dayang.
“Terlalu banyak kebaikan Abang Rudy, orang sekeliling sentiasa menyenangi.
“Dayang bagai hilang kata-kata kerana semuanya berlaku sangat cepat. Akan Dayang kenang setiap kenangan indah sepanjang kerjasama kita,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Sarawak ini mengakui turut berasa terkilan apabila tidak berkesempatan merakamkan sebuah lagu ciptaan terbaharu karya Allahyarham.
“Dayang berasa sedikit ralat kerana tak sempat rakamkan lagu yang Abang Rudy tuliskan liriknya.
“Andai dapat diulang masa, Dayang nak rakamkan lebih awal agar Abang Rudy dapat mendengarnya. Namun mungkin inilah buah tangan terakhir Abang Rudy buat Dayang sebagai memori di hari mendatang.
“Semoga roh Abang Rudy ditempatkan di kalangan insan yang dikasihi Allah. Semoga kita bersua ‘Di Pintu Syurga’ Al-Fatihah. @iman_imran75,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, lirik lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang adalah hasil nukilan Allahyarham dan telah dinobatkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-31, pada tahun 2017.
Media melaporkan, Rudy yang menghidap penyakit kanser usus telah disahkan meninggal dunia di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor, pada pagi Khamis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Dayang Nurfaizah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!