Semalam, penyanyi Dayang Nurfaizah telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak ini telah berkongsi gambar ketika dia masih muda remaja saat membuat persembahan.
“Ok, satu lagi #1995, 14 tahun, sebelum #goldenteensearch nak lagi?”
View this post on InstagramOk, satu lagi #1995, 14 tahun, sebelum #goldenteensearch ?nak lagi?
A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on
Di samping itu, penyanyi yang berusia 37 tahun itu turut berkongsi gambar ketika dia telah menjadi juara untuk program Golden Teen Search 1997.
“#memories#throwback”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on
Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta ini telah menjadi perhatian peminat.
Rata-rata peminat berasa terkejut apabila melihat wajah Dayang yang kelihatan sentiasa cantik dan awet muda.
Wow, wajah Dayang memang tak berubah dari zaman muda sehingga kini. Tetap maintain cantik!
Foto: Instagram Dayang Nurfaizah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Love You Angah,” – Elisya Berterima Kasih Atas Sambutan Birthday, Fasha Sandha Titip Doa Baik-Baik Buat Bakal Ibu
Baru-baru ini, aktres Fasha Sandha berkesempatan isi masa bersama adik tersayang yang juga pelakon Elisya Sandha bagi meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-23.
Turut sama meraikan momen indah itu termasuk suami Elisya, Uzair Haqimy Azman dan Fasha sekeluarga.
Menerusi Instagram, bintang drama bersiri Dendam Seorang Isteri ini memuat naik video serta foto mereka sebagai kenangan bersama lampiran gambar lama.
“Dear sister, I’m not perfect. I’ll annoy you, but you’ll never find someone who loves you as much as I do.
“Happy birthday to my little sister. Welcome to motherhood May Allah ease everything.
“Jom Kesayanganku kita sama-sama doakan agar adik saya diberikan kesihatan yang baik dan bahagia selalu di hari lahirnya @elisyasandhaofficial
“Thank you @itsaidilaziz for the birthday dinner treat,” tulis Fasha pada ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya menitipkan ucapan selamat hari jadi di samping mendoakan urusan bersalin Elisya dipermudahkan.
Malah Elisya juga ada meninggalkan komen dengan berterima kasih atas keraian yang dilakukan.
Terdahulu, Elisya mendirikan rumah tangga bersama Uzair yang juga anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly pada 21 0gos tahun lalu dan kini mereka sedang menantikan kelahiran anak sulung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ciuman Ibu Dapat Gugurkan Dosa Kecil Anaknya,”- Ian Haziq Kian Dewasa, Jasmin Hamid Sayang Anak Hingga Jannah
“Hebat bukan?”. Itu antara trademark yang paling sinonim dengan pelakon senior, Jasmin Hamid.
Sering berkongsi aktiviti harian dan gambar anak-anaknya, terbaru bintang filem Suamiku, Encik Perfect 10 itu ada berkongsi momen indah saat memberi kejutan buat anaknya, Ian Haziq Macquistan.
“4 APRIL 2019..
Ini bukan lari-lari anak tapi lari-lari Ibu sebab nak surprise kan Big Boss ..syukur tak terjelabak..
“Syukur alhamdulillah kerana Allah panjangkan usia anakku Big Boss @ihmian hingga hari ini.. Ibu hanya bagi DOA dan kasih sayang sebagai hadiah buat anak Ibu.. CIUMAN SEORANG IBU dapat gugurkan dosa-dosa kecil anaknya ..Redho Ibubapa, Redho Allah.. Love you till jannah,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Meski Ian atau nama manjanya Big Boss, sudah mencecah 18 tahun, namun Jasmin perlu bersedia kerana satu hari nanti Ian akan mempunyai keluarga sendiri.
“Ye betul.. Big Boss memang anak mak, bukan anak sesiapa.. Big Boss @ihmian makin membesar.. Tapi bagi saya, Big Boss tetap baby saya sampai bila-bila..
“Cuma saya kena ready bahawasanya satu hari nanti, pasti Big Boss akan ada keluarga sendiri.. Walau macamana pun, SYURGA anak lelaki tetap di bawah kaki ibunya.. Setiap Ibu pasti inginkan anaknya menjadi ANAK SOLEH dan berjaya dunia dan akhirat.. Itu DOA IBU dan lebih utama! Happy Birthday Big Boss,” tulis Jasmin.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Dalam perkembangan lain, Ian kini sedang aktif berlakon drama Patah Sayap Bertongkat Paruh di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Malah, barisan selebriti seperti Fasha Sandha, Aaron Aziz, Elly Mazlein, Amelina dan ramai lagi turut membintangi drama arahan Along Kamaluddin.
Foto / Video : Instagram Ian Haziq
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Tak Jual Cheese Tart Sementara Waktu, Penyanyi Shalma Eliana Bengang Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Pembekal
Penyanyi remaja, Shalma Eliana mengakui berasa amat kecewa selepas mendedahkan dirinya didakwa menjadi mangsa penipuan daripada pembekal.
Jelas Shalma, insiden tersebut telah menyebabkan dirinya terpaksa menangguhkan dahulu operasi bisnes pencuci mulutnya buat sementara waktu.
Katanya lagi, meskipun dia telah memberikan banyak peluang dan waktu kepada pembekal tersebut, namum mereka dikatakan tidak mengendahkannya.
“Im sorry to all my beloved customers who was waiting for our lotus biscoff cheese tart. This irresponsible girl here from ALLABOUTBISCOFFTASTE was very ignorant as she took our money and didn’t deliver the biscoff we bought.
“This happened to ramai lagi orang. Not only us. She even had the audacity to ignore us at one point after months of waiting.
“I rasa I dah cukup baik dah, to not reveal them before and bersabar and put my trust in them when they said they will eventually bagi the biscoff,” tulisnya.
Luahan tersebut disuarakan penyanyi lagu Rambang itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram.
Dalam pada itu, Shalma turut memberitahu, dia tidak menyangka bisnes yang baru dimulakannya itu bakal berdepan dengan isu-isu seperti ini.
“Sumpah I tak kisah kalau dia just bagitahu stocks habis. Tapi dia ignore semua orang. Tak kisah lah duit and amount tu sikit or banyak.
“Once we beli, its your responsibility to deliver. I am so pissed and I harap further actions will be taken from this.
“I have a small business that I just started and I cant believe this happened. MAKE THIS VIRAL UNTIL EVERYONE GETS THEIR MONEY BACK. THIS IS NOT FAIR,” ujarnya lagi.
Shalma turut berharap agar pihak berkuatkuasa dapat mengambil tindakan serius terhadap individu berkaitan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata turut terkejut selain berkongsi pengalaman masing-masing.
Sumber: Instagram Shalma Eliana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI