Pelakon, Diana Amir memberitahu ada individu yang tidak bertanggungjawab telah mengunakan foto anak dan dirinya untuk tujuan penipuan scammer.
Menurut Diana, ramai yang telah menjadi mangsa penipuan lalu meluahkan rasa marah dengan tindakan individu tersebut.
Dalam pada itu, Diana berharap orang ramai untuk lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa penipuan scammer.
“SCAM alert!!! JZKK kepada sis Myraa Khalid drp twitter yang bgtau benda ni, and @affieqahmalik yg notify diana pasal berita ni.
Ads
“Ni anak Diana masa die umur 2 tahun, sekarang die dah 4 tahun alhamdulillah sihat walafiat.
“Tapi gambar dia di hospital, masa ni umur dia 2 tahun sebab jatuh terhantuk kepala and hospitalized, digunakan scammer untuk minta duit. Katanya ramai dah tertipu
Ads
“Please jangan percaya SCAM ni. Dan doakan family saya,anak2 saya sihat . Sukahati je nak cakap anak sy ada penyakit kronik. Khadija sihat walafiat anak cerdik solehah ok??#HasbunAllahwanikmalwakeel,” tulisnya.
Ads
Terdahulu, Diana atau nama sebenar, Nurdiyana Amir Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibullah A Rahman pada 25 Oktober 2013.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Khaulah Al Azwar, 5, Khadija Azzehra, 3, dan Muhammad Khalid Al Habib, 1.
Foto: Instagram Diana Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Akhirnya setelah 53 tahun, nama Malaysia kembali dilaungkan di pentas Miss Universe sebagai semi-finalis. Satu kejayaan yang dinantikan sekian lama oleh banyak pihak.
Kali terakhir wakil Malaysia berjaya bergelar semi-finalis adalah pada tahun 1970 menerusi perwakilan Josephine Lena Wong. Untuk pengetahuan pembaca, Josephine merupakan ibu kepada Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka.
Biarpun begitu, Andrea tidak berjaya mengulangi kejayaan ibunya itu di pertandingan berprestij itu.
Kejayaan Sandra Lim atau nama penuhnya Sandra Lim Shue Hui menempatkan diri dalam kelompok top 30 menjadi satu detik manis khususnya pageant lovers yang sudah lama mahu mendengar nama Malaysia muncul sebagai antara yang terbaik.
Merupakan anak jati Selangor dan memiliki ketinggian 175cm, Sandra bukanlah orang baharu dalam dunia ratu cantik.
Sebelum ini dia pernah bergelar Miss Global Malaysia 2022 dan berjaya menang kedudukan naib juara di pertandingan Miss Global 2022 yang diadakan di Bali, Indonesia.
Berusia 23 tahun, Sandra bukanlah tin kosong, merupakan seorang yang mementingkan pendidikan, dia merupakan seorang graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari City University Malaysia (CityU).
Paling membanggakan Sandra bergelar pelajar terbaik atau valedictorian sekaligus diberi peluang untuk menyampaikan ucapan ketika hari konvokesyen.
Bukan sekadar cantik, Sandra merupakan seorang atlet dalam sukan Wushu. Jadi tidak hairanlah ketika melakukan aski di sesi Kostum Nasional Miss Universe 2024, dia cukup tangkas dan bertenaga.
Miss Universe 2024 telah dimenangi oleh wakil Denmark, Victoria Kjær Theilvig.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres, Nora Danish berkongsi khabar duka apabila memaklumkan dirinya kini didapati positif Covid-19.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Nora menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Menurut Nora, dia telah pun melakukan ujian saringan Covid-19 pada Sabtu selepas dimaklumkan ada melakukan kontak rapat bersama individu yang disyaki dijangkiti virus yang sama.
“Dukacitanya nak maklumkan Nora didapati positive Covid-19 harini 9 Mei 2021.
“Semalam, Nora ada buat test sebab close contact kategori C.
“Keputusan pagi tadi mendapati Nora positive walaupun langsung tak ade sebarang symptoms,” tulisnya.
Ibu kepada dua orang anak ini turut menambah, dia kini harus menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari bagi memastikan tiada ahli keluarganya yang turut dijangkiti wabak merbahaya itu.
Dalam pada itu, Nora turut menyeru kepada sesiapa yang ada berjumpa dengan beberapa hari ini untuk turut sama melakukan ujian swab sebagai langkah berjaga-jaga.
“Sekarang Nora self-quarantine di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan PCR test jam 12 tghri tadi dan doakan untuk kami semua ye 🙏🏼
“Pagi ini sepatutnya Nora ada
appointment untuk divaksin di UKM, Bangi. Tapi dinasihatkan kuarantin dulu. Insha’Allah pasti ada hikmah atas apa yang terjadi.
“Bagi sesiapa yang ada jumpa Nora antara 4hb – 8hb Mei, pls do your swab test ya. Stay safe dan jaga SOP. Maafkan saya,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa terkejut selain turut menitipkan doa semoga Nora akan pulih seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan raja sehari, Isa Khan dan isterinya Risteena bersyukur akhirnya mereka selamat disatukan sebagai suami isteri dan majlis akad nikah berjalan sempurna pada pagi Jumaat.
Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan berkata, majlis akad nikah yang diadakan Masjid Tunku Sultan Mizan Abidin, Putrajaya itu hanya dihadiri kira-kira 15 tetamu iaitu ahli keluarga sahaja.
Tambah pelakon berusia 28 tahun ini, dia juga memberikan wang hantaran kepada Risteena berjumlah RM32,000 sebagai simbolik usia isteri tercinta.
“Alhamdulillah… akhirnya kami selamat diijab kalbulkan pada pagi tadi di Masjid, Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi. Ikutkan perancangan kami memang nak bernikah pada tahun lalu tapi PKP pula. Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Acara akad nikah tadi pun mengikut SOP dan hanya 15 orang sahaja tetamu iaitu ahli keluarga. Untuk kahwin saya beri RM1000 manakala wang hantar RM32,000.
“Ikutkan kita nak buat majlis tahun lepas, ketika itu Risteena berusia 32 tahun jadi jumlah wang hantaran itu merupakan simbolik usianya. Wang hantaran itu merupakan atas permintaan dia juga, saya tunaikanlah janji,” kata Isa.
Sementara itu, Risteena yang setia di samping suami mengakui masih belum percaya sudah bergelar isteri orang.
“Sampai sekarang, masih tidak percaya. Malah saya cakap dengan Isa, kita dah berkahwinlah. Kiranya ini aturan Allah sebab selama ini menantikan bila tarikh sebenar, rupanya inilah masanya.
“Bila sampai ke masjid untuk dinikahkan, ya Allah … berdebar. Sampai saya cakap kata keluarga adakah perasaan ini normal? Bila semuanya sudah selesai, saya makin lega alhamdulillah,” dedah Risteena.
Pasangan selebriti ini ditemui ketika majlis resepsi yang diadakan bersama rakan media dan keluarga terdekat di Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur malam tadi yang turut berlangsung dalam norma baharu.
Terdahulu, pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Zainul Ilyas Zainul Abidin dan pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang, selain menerima mas kahwin bernilai RM1,000.
Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk bernikah pada 20 November lalu, bagaimanapun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut berikutan pandemik Covid-19 yang melanda.
Mereka sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia.
Bercakap mengenai soal cahaya mata, pasangan sama cantik sama padan ini tidak menolak rezeki andai dikurniakan zuriat awal.
“Perancangan cahaya mata… kitaorang kalau boleh terus nak ada anak. Kalau ada rezeki, insyaAllah. Kalau boleh nak dua tiga orang anak. Kembarlah… ,” seloroh Isa yang turut mengakui dia dan Ristenna cukup sukakan kanak-kanak.
Mereka pada masa sama tidak menolak andai digandingkan bersama di dalam mana-mana naskhah drama selepas ini.