Korang dah tengok logo Visit Malaysia 2020 (Tahun Melawat Malaysia) pada tahun 2020 yang dilancarkan baru-baru ini?

Saat ia dilancarkan, pelbagai reaksi diterima oleh masyarakat tapi kebanyakkannya mengkritik teruk logo tersebut yang dikatakan seperti direka oleh ‘budak sekolah’ dan dilihat tidak profesional.

Bagaimanapun, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkeras dengan keputusannya untuk menggunakan logo tersebut walaupun mendapat kecaman hebat netizen.

“Kritikan itu perkara biasa. Saya lancarkan di Chiang Mai dan semua orang memuji logo itu. Ianya untuk pelancong asing, bukan untuk kegunaan dalam negara, saya tak kisah.

“Di Chiang Mai, kami terima respon yang cukup baik kerana mereka tidak pernah melihat logo itu sebelum ini. Berbeza pula dengan rakyat Malaysia yang pernah melihatnya. Saya tak akan tukar. Saya telah lancar dan rasmikannya.

“Nazri Aziz tidak akan tarik balik tindakan itu. Logo ini akan digunakan untuk dunia, hanya satu-satunya. Kami tidak guna pihak luar dan tidak habiskan sesen pun.

“Semuanya dibuat secara dalaman, oleh staf kami. Saya percaya kepada staf sendiri dari menghabiskan ratusan ribu Ringgit kepada orang luar. Ianya percuma kerana preka grafik adalah salah seorang daripada staf kami” jelasnya.

Namun begitu, lain pula pendapat netizen apabila ada diantara mereka bertindak mereka sendiri logo Visit Malaysia yang dirasakan lebih menarik dan bakal menarik perhatian lebih ramai pelancong luar.

MH sendiri cukup kagum melihatkan gaya kreatif rakyat Malaysia ini. Macam tak percaya bahawa yang buat ‘design’ itu orang kita.

Ads

[Gambar] Dikecam ‘Buruk’ Logo Visit Malaysia 2020, Menteri Pelancongan Tetap Dengan Pendirian!

[Gambar] Dikecam ‘Buruk’ Logo Visit Malaysia 2020, Menteri Pelancongan Tetap Dengan Pendirian!

Design oleh: Hakim Hamizi

Ads

[Gambar] Dikecam ‘Buruk’ Logo Visit Malaysia 2020, Menteri Pelancongan Tetap Dengan Pendirian!

[Gambar] Dikecam ‘Buruk’ Logo Visit Malaysia 2020, Menteri Pelancongan Tetap Dengan Pendirian!

Ads

design oleh Syaher Ahmad
[Gambar] Dikecam ‘Buruk’ Logo Visit Malaysia 2020, Menteri Pelancongan Tetap Dengan Pendirian!

Design oleh: Muhd Hiyatullah

[Gambar] Dikecam ‘Buruk’ Logo Visit Malaysia 2020, Menteri Pelancongan Tetap Dengan Pendirian!

design oleh: Teholimauice

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI