
Selebriti terkenal Scha Al-Yahya dikatakan mempunyai wajah seiras dengan selebriti dan Marion Caunter.
Baru-baru ini, kedua-dua model itu telah bergambar bersama dan memuat naik ke akaun Instagram masing-masing.
Susulan itu, ramai yang beranggapan bahawa wajah mereka kelihatan sama dari segi raut wajah, bentuk mata dan hidung.
View this post on InstagramAlways effortlessly cool @marioncaunter ♥️ #bvlgarimalaysia
A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on
View this post on InstagramSome say we look alike. What do you think?
A post shared by marioncaunter (@marioncaunter) on
Kedua-dua mereka tampil anggun dan vogue mengenakan busana berwarna merah hati (Scha) dan unggu gelap (Marion).
Lalu, rata-rata netizen bersetuju dan menganggap mereka bagaikan ‘kembar’ kerana wajahnya yang seiras.
Difahamkan, gambar tersebut diambil dalam sebuah majlis sempena ulang tahun satu jenama di Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada korang, mereka sama ke tidak?
Foto : Instagram Scha Al-Yahya/Marion Caunter
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Drama 7 Hari Mencintaku 3 Bakal Bersiaran 16 April, Liza Abdullah; “Mesti Ramai Dah Tak Sabar Nak…”

Khabar gembira buat peminat setia drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 3 yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.
Pelakon senior, Liza Abdullah memaklumkan, naskhah itu akan bersiaran di kaca televisyen, mulai 16 April depan.
Liza yang dikenali ramai memegang watak sebagai Mak Leha menerusi drama bersiri berkenaan meluahkan rasa teruja dan berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya.
“PENGUMUMAN Nantikan drama 7 Hari Mencintaiku 3 karya Siti Rosmizah. Arahan pengarah hebat Jamal Khan @khanmancung di slot Akasia TV3 (Isnin-Ahad) bermula 16 April, pukul 6.58 petang.
“Mesti ramai dah tak sabar nak tonton drama ini. Esklusif di TV3!,” tulisnya pada kapsyen entri terkini berkenaan.
Sebelum ini, drama adaptasi novel karya penulisan Siti Rosmizah ini telah mencipta fenomena industri hiburan tanah air, sekitar tahun 2016.
Selain Liza, drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Siti Saleha, Shukri Yahaya, Wan Sharmila, Kazar dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Liza Abdullah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Syahid Pun Tak Mengapa,” – Zizi Kirana Ke Syria Esok Demi Bantuan Kemanusiaan, Imbas Tragedi Serangan Bom

Isi Kandungan
TogglePenyanyi Zizi Kirana meluahkan rasa teruja apabila sekali lagi diberi peluang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Syria sempena Ramadan tahun ini.
Menurut Zizi, dia dijadualkan berangkat ke Syria pada esok, 11 Mac bagi menghantar barangan bantuan yang telah disumbangkan kepada mangsa yang terjejas akibat konflik berterusan.
“Insha-Allah saya bersama team Cinta Syria Malaysia akan ke Syria dan akan masuk melalui Beirut, Lubnan. Doakanlah agar perjalanan dan misi ini berjalan lancar.
“Kami akan menghantar barangan-barangan bantuan yang telah disumbangkan oleh anda semua kepada saudara kita di Syria. Mereka juga kini sedang struggle,” katanya kepada MH.
Rindu Pengalaman Misi Lalu
Zizi menambah, dia juga tidak sabar untuk kembali ke lokasi sama selepas merasai pengalaman bermakna ketika pertama kali menyertai misi ini tahun lalu.
“Alhamdulillah, ketika pertama kali saya sertai misi ini tahun lepas, di bulan Ramadan juga, saya dapat melihat banyak kebesaran Allah ketika musafir.
“Saya berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan budaya. Itu yang membuatkan saya nak pergi lagi. Saya juga lalui banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Itu yang saya rindu.
“Alhamdulillah, tahun ini mereka ajak saya lagi dan saya berbesar hati nak pergi,” ujarnya lagi.
Tak Gentar Berdepan Risiko Serangan
Walaupun pernah mengalami situasi serangan bom, Zizi tetap bersemangat untuk meneruskan misi bersama ahli rombongan lain.
“Saya juga buat persiapan dari segi mental seperti tahun lepas. Saya memang berniat untuk hantar bantuan dan melihat keadaan sebenar di sana.
“Bila tempat kami di bom tahun lepas, kejadian itu memang buat kami terkedu seketika. Kata mereka, jika serangan bom ini bermula, akan ada serangan susulan.
“Situasi itu yang mengajar saya untuk berserah kepada Allah. Saya tawakal sahaja bila buat misi ini,” katanya lagi.
Sedia Hadapi Kemungkinan
Menyedari risiko yang bakal dihadapi, Zizi tetap bersedia dan hanya bertawakal kepada Allah SWT.
“Allah Maha Baik. Bila saya lalui insiden bom itu, panik itu sudah tentu. Kita tak pernah dengar bunyi bom sekuat itu. Bila kita rasa sendiri, baru saya tahu, inilah situasi biasa yang selalu mereka hadapi.
“Rasa takut itu memang ada. Ketika itu, hanya empat orang sahaja daripada Malaysia. Kami berfikir, kalau syahid pun tak mengapalah. Harap segalanya dipermudahkan. Itulah mindset kami.
“Lokasi itu sangat jauh. Nak ke sempadan pun jauh. Jadi, kami tawakal sahaja,” akhiri Zizi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sheila Rusly Kata Tidak Akan Ada Leftenan Zana 2, Tetapi…

Penerbit dan pelakon yang turut beraksi di dalam drama rantaian, Leftenan Zana, Sheila Rusly memaklumkan produksinya tidak akan meneruskan sequel kedua drama berkenaan.
Katanya, meski drama lakonan Janna Nick dan Redza Rosli itu mendapat sambutan baik pencita drama Melayu dan ramai yang mahukan sequel keduanya, namun Sheila tetap dengan keputusannya.
Malah memetik Astro Gempak, Sheila mengakui perkara tersebut tidak akan berlaku.
“Ramai yang minta saya menerbitkan Leftenan Zana 2 dan Leftenan Zana Raya, tetapi itu tidak akan berlaku,” katanya yang akan menerbitkan drama ketenteraan lain bercorak pertempuran, tahun hadapan.
“Saya masih berbincang dengan pihak Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) dan akan ada naskhah baharu daripada JS Pictures Sdn. Bhd. yang lebih gah daripada Leftenan Zana.
“Genre drama ketenteraan sedikit berbeza dan lebih kepada aksi dan kombat. Namun, elemen percintaan masih diselitkan dan saya luaskan skop cinta itu kepada keluarga, negara dan agama.
“Sebenarnya sudah ramai yang menyerah diri untuk membintangi drama itu dan saya akan memilih pelakon yang betul-betul memiliki jiwa ketenteraan.
“Bukan datang set semata-mata nak bergambar pakai baju tentera,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Leftenan Zana arahan suaminya iaitu Azman Haji Yahya atau Jinggo itu turut dibintangi Tunku Hanis, Redza Rosli, Aprena Manrose dan ramai lagi.
Foto: Instagram Sheila Rusly dan Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI