[GAMBAR] “Dulu Ada Laki Tak Pernahnya Nak Bersyukur…,” – Komen Melampau, Rita Rudaini Tempelak Sinis Netizen Ini

Share

Beberapa hari lalu, pelakon Rita Rudaini telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

Pelakon asal Kangar, Perlis itu telah berkongsi foto ketika dia membuat persiapan raya buat anak-anak.

Di ruangan kapsyen, pelakon berusia 43 tahun itu telah berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu tunggal dalam membuat persiapan untuk menyambut bulan syawal.

“Setiap kali raya mesti mommy siapkan dorg awal2…senang,sbb mommy pon keja xtentu masa…lgpon mommy sorg2 yg urus kan segalanya…mommy suka planning,susun biar smuanya smooth…”

“bukan mudah handle sorg2 ,tp klau kena cara nya,insyaallah di permudahkan apa saja …xpernah mommy pikir ‘tak bole’ walaupon mommy xtau apa jd di dpn …baju raya,baju melayu,kasut raya utk anak2 mommy…”

“tu pon dorg xmintak bli kasut n bj casual..sbb dorg ckp kasut dah ada,bole pakai lg…tp mommy nak jugak bli sbb apa yg mommy dpt ni pon adalah ‘rezeki mereka’ …tkasih ALLAH…alhamdulillah…”tulisnya.

Lantas, perkongsian Rita telah menerima kecaman daripada seorang individu di ruangan komen pada gambar tersebut.

“Itulah, dulu ada laki tak pernahnya nk brsyukur. Sekarang dah sorang2 ngadu ke ig ajelah jawabnya..”tulis individu tersebut.

Lalu, kata-kata individu tersebut telah dibidas oleh pelakon yang terkenal dengan filem Mami Jarum Junior.

“syukur alhamdulillah…tkasih kerana follow ig i ni sbb nk tau sgt kehidupan n perkembangan i jgn goyang ..ig i xde benda..xbahagia mcm sis…dun worry sis…jaga laki elok2”tulis Rita.

Rata-rata netizen berasa marah dengan kata-kata yang ditulis oleh invidivu tersebut.

Di samping itu, peminat turut memberi kata-kata semangat kepada Rita untuk terus cekal dan tabah.

Foto : Instagram Rita Rudaini

Published by
Nazar Rafiqhi